Bab 6

Romance Series 7483

Ellen pov

Selepas mengetuk pintu beberapa kali, aku masuk ke dalam bilik Asher dengan menatang sedulang nasi dan juga air. Bukan nasi tu sedulang okay. Atas dulang tu ada pinggan nasi.

Asher menolehkan kepalanya seketika tetapi nampak sahaja muka aku dekat pintu, dia kembali menghadap laptop kerjanya semula.

Pergh, terasa beb. Sampai mati hidup semula pun rasanya tak habis lagi terasanya tu.

"Ada apa?" tanya Asher mendatar. Wajahnya hanya kekal beku. Biasalah tu. Normal its normal. Lagi heran kalau dia nampak muka aku pastu dia senyum buat pantun tiba tiba.

Itu lagi seram.

Dahi aku berkerut sikit dengar pertanyaan Asher tadi. Dah nampak aku bawak dulang ada nasi, ada air ni mestilah nak suruh makan. Takkan nak suruh mengaji pulak. Kan?. Ada ke patut tanya soalan bodoh macam tu.

Malas nak ambik pusing aku terus sahaja meletakkan dulang itu di atas meja sebelah katil Asher.

"Ellen ada masak nasi ayam dengan air apple jus ni. Baru buat tadi. Ash makanlah dulu. Dah tengahhari dah. Tadi pun Ash tak sarap kan? Kerja tu nanti nanti pun boleh buat, kalau perut masuk angin nanti sakit" pesanku mendatar.

Tetapi Asher hanya diam, langsung tidak membalas kata kata aku tadi. Nafas dilepas panjang. Lantak kau lah bipolar, malas aku nak layan.

"Ellen keluar dulu" kataku pasrah namun baru sahaja aku ingin melangkah ke arah pintu namaku dipanggil semula.

"Ell, Kau nak kemana?" .

"Err, keluar lah. Takkan Ell nak tunggu sini pulak".

"Habis makanan ni?" tanya Asher dengan mulut yang dijuihkan ke meja tepi katil.

Aku sudah mengaru kepala yang tidak gatal.

"Makan lah? Takkan buat hiasan pulak? Rasanya tak pernah lagi orang jadikan nasi ayam sebagai hiasan bilik" jawabku laju.

"Suapkan aku".

Kata kata Asher hampir membuatkan rahang aku menyentuh lantai. Seriuslah? Aku rasa yang kena 21 jahitan tu dekat kaki, bukan dekat tangan. Apasal tiba tiba nak jadi manja macam anak orang utan bersuap bagai ni?.

"Suapkan?" .

"Ye suapkan aku," ulang Asher lagi.

Aku sudah tersenyum hambar. Dah kenapa pulak si Asher ni nak bersuap suap bagai. Kepalaku digaru lagi. 

"Err...".

"Cepatlah, aku dah lapar dah ni. Yang kau tergaru garu kepala tu kenapa? Nak jadi beruk" kata kata Asher menyebabkan aku automatik berhenti menjadi monyet sementara.

Hilang terus senyuman hambar aku yang aku tayang untuk dia tadi. Diganti pula dengan muka yang penuh terpaksa.

"Cepat Ellen. Aku lapar ni" arah Asher dingin.

Akhirnya aku akur. Nak taknak terpaksa juga aku melangkah semula ke katil Asher dengan hati yang berat. Kerusi di hadapan meja kerja diambil sebelum diletakkan di sebelah sisi katil Asher.

Namun baru sahaja aku ingin mengambil nasi di atas meja sebelah katil, niatku termati apabila Asher merenungku dengan pandangan tajam setajam pisau.

"Siapa suruh kau duduk atas kerusi" tanya Asher dingin.

"Hah?".

"Aku kata siapa suruh kau duduk atas kerusi?" ulang Asher lagi. Muka tak payah cakaplah. Memang dingin habis dia tayang dekat aku.

"Tapi tadi Ash yang suruh Ell suapkan".

"Ada aku suruh duduk atas kerusi?".

Aku sudah terpinga-pinga.

"Duduk sini sebelah aku" kata Asher lagi dengan tangan yang menepuk lembut sisi katilnya yang kosong.

Aku hampir ternganga. Apahal pulak dia ni. Tiba-tiba je nak baik baik. Ajal dah nak sampai ke?.

Tanpa banyak songeh aku terus sahaja duduk atas katil seperti yang diarahkan tadi. Karang kalau aku ingkar habis mengamuk pula si bipolar ni karang. Pinggan atas meja aku capai semula.

"Cepat baca doa" arah Asher sambil menadah tapak tangannya.

"Awak yang nak makan, awak lah yang baca. Kenapa pulak Ell yang kena baca" balasku laju.

"Aku suruh tu buat jelah. Tak payah banyak bunyi" kata Asher sedikit tegas.

Aku mengalah. Mulut aku terkumat kamit membaca doa makan sebelum diaminkan oleh Asher.

Sudu yang aku sertakan dalam dulang aku capai dan mula menyuap Asher makan. Asher pula menyambung kembali menaip di laptop kerjanya. Suasana dalam bilik sunyi sahaja. Hanya kadang kala bunyi sudu kedengaran setiap kali aku menceduk nasi di pinggan.

Aku pun malas nak bukak mulut sangat, bukan dapat apa pun borak dengan Asher ni. Paling kurang dapat makan hati je.

"Diam je kau? Selalu banyak bunyi" soal Asher yang seperti ingin mencari gaduh dengan aku. Eh. Ke aku sorang je yang fikir macam tu?.

Ah lantak.

"Banyak ke kerja?" soalku malas.

"Banyak lah jugak" balas Asher acuh tak acuh dengan mulut yang mengunyah nasi ayam.

"Susah ke?" soalku lagi.

"Bolehlah" balas Asher sepatah.

Eh dia ni karang. Tadi nak ajak borak sangat lepas tu jawab soalan macam nak taknak je. Sekali aku cepuk kau kang. 

Kemudian suasana kembali sepi. Tiada topik lagi aku nak bangkitkan. Tangan aku pula daripada tadi tidak berhenti menyuap ke mulut Asher. Macam budak kecik betul.

"Nak air" kata Asher tiba-tiba.

Aku menghulur gelas yang berisi air apple kepada Asher.

"Thank you" selepas sahaja Asher berkata sedemikian laptopnya diletakkan ke tepi. Kemudian dia merenung wajah aku dengan renungan yang susah untuk aku tafsirkan saat ini.

"Kenapa?" soalku setelah lama Asher merenungku tanpa sebarang kata.

"Kau ke yang masak?".

"Yelah, mestilah saya. Takkan Thaqid pulak yang masak". .

"Tak sedap" kata Asher dua patah.

Aku mengetap gigi kuat mendengar komen Asher. Dah separuh pinggan kau makan baru nak kata tak sedap. Hempuk karang nasi ni dekat muka kau.

"Tak sedap kenapa makan" bidasku semula.

"Dah kau yang suap. Aku makan jelah" kata Asher semula.

Aku memandang wajah Asher yang ditayang bersahaja. Jangan nak tunjuk sangat perangai budak budak tu boleh tak?. Kalau aku ni takda akal dah lama aku piat piat telinga dia lepastu pijak sikit hidung dia yang mancung tu bagi leper. Tapi nasib baik aku masih berakal saat ini.

"Apasal? Kau tak puas hati aku cakap kau masak tak sedap?" nada suara Asher seakan memerli.

"Kalau tak sedap kenapa awak telan jugak".

"Kan aku kata tadi sebab kau yang suruh. Lagipun aku tengah lapar. Makan jelah walaupun rasa macam makanan kucing. Hurmm aku rasa kalau kucing yang makan pun mesti termuntah balik" kata Asher selamba.

Muka aku berkerut kerut menahan marah. Menyesal pula aku tak ludah dekat nasi si bipolar ni tadi. Alang alang kau nak kutuk tu kan.

"Kau takpayah nak buat muka depan aku boleh tak? Aku cakap tak sedap tu sebab kau masak memang tak sedap" terus sudu yang berada di tangan aku dirampas sebelum Asher menceduk sedikit nasi dalam pinggan. Kemudian sudu itu dihala betul betul depan mulut aku.

"Rasa cepat" arah Asher.

Aku dengan tanpa rasa ragu ragunya terus sahaja membuka mulut. Baru sahaja dua kali kunyahan aku ludahkan semula nasi dalam mulut aku ke dalam pinggan.

Tak sangka pula si bipolar ni tak menipu dengan kata kata dia tadi. Sumpah nasi aku masak tu tak sedap wey!.

Betullah kata Asher. Agaknya kalau bagi kucing, kucing pun muntahkan semula.

"Kau berangan apa hah masa masak nasi ni? Berangan si Henri tu? Ke kau memang sengaja masakkan aku makanan yang tak sedap macam ni?".

Tak sempat nak menjawab soalan Asher aku terus sahaja merampas gelas yang berada di tangannya sebelum diteguk laju sehingga habis.

Asher pula sudah tersenyum sinis memandang aku.

"Kenapa awak tak kata yang nasi ni masin?" .

Asher menongkat dagunya menggunakan tangan kiri sambil mata ralit merenung aku.

"Kan aku dah kata tadi" balas Asher selamba.

"Tapi tu lepas awak dah makan separuh! Eeey macam mana awak boleh telan separuh nasi ni" balasku sambil membuat muka jijik. Pinggan dan gelas tadi aku letakkan semula ke dulang.

"Dah tu, kau dah penat penat masak. Paling kurang pun aku kenalah jamah. Kan?" kata Asher sedikit lembut tidak dingin seperti tadi.

"Awak nak makanan baru tak? Saya pergi masakkan kejap. Kalini Ell janji tak buat masin" aku terus sahaja bangun daripada katil namun baru sahaja aku ingin mengangkat dulang di atas meja, Asher menarik sedikit lengan aku.

"Takpayah, aku dah kenyang. Kau masak untuk kau je okay. Kau mesti tak makan lagi kan?" kata Asher lembut. Mulutnya mengukir senyuman manis.

Untuk seketika aku tergamam apabila menerima layanan baik daripada Asher. Ingatanku terimbas kembali disaat Asher memeluk aku tempoh hari.

"Ash..."

"Hmm?".

"Ash jom kita pergi psikitaris".

Asher terdiam sebentar mendengar ayat aku sebelum dia ketawa terbahak bahak. Heran jugaklah aku tengok dia gelak tiba tiba. Rasanya ayat aku tadi takda pula selit mana mana lawak maharaja lawak mega.

"Kenapa pulak aku nak kena pergi psikitaris?" tanya Asher sambil mengesat sisa sisa air mata akibat gelaknya tadi.

Muka kacak Asher aku renung tajam.

"Ash, Ash tahu tak yang Ash ni tak normal? Ash tahu tak yang mood Ash ni berubah ubah macam musim cuaca? Ellen penat tahu tak kena herdik, kena tengking, kena marah tiba-tiba. Kadang kadang tu sampaikan Ell sendiri tak tahu mana silap Ell sampaikan Ash nak herdik, nak maki Ell" luahku serius.

Senyuman Asher berganti sinis.

"Dah tu? Kau nak kata apa? Kau nak kata aku ni gila? Apa? Kau dah tak tahan nak duduk dalam rumah ni? Sejak Henri tu datang, kau dah tak tahan dah dengan perangai aku? Henri tu ke yang suruh kau cakap macam ni? Hah?" kata Asher dengan nada yang semakin tinggi dari ayat ke satu ayat.

"Henri takda kena mengena dalam hal ni. Saya cuma risaukan keadaan awak tahu tak. Bukannya sebab saya dah tak tahan ke apa".

"Tapi tadi kau baru je cakap yang kau tak tahan kena herdik dengan aku" bidas Asher laju.

"Ash dengar dulu, maksud Ell bukan macam tu. Memang betul saya tak tahan. Tapi kesihatan awak tu. Awak sedar tak yang mood awak ni boleh berubah sekelip mata? Sampaikan boleh membahayakan diri awak sendiri. Kaki awak tu? 21 jahitan tahu tak? Awak sedar tak ni".

"Kau cuma jadikan aku sebagai alasan je kan? Cakap jelah kau memang dah tak tahan dengan aku. Kau nak keluar dari sangkar rumah ni. Kau nak pergi ikut Henri kan!" tuduh Asher membuta tuli.

"Saya kata dia takda kena mengena dalam hal ni!" suara aku juga sudah naik sama tinggi dengan suara Asher.

Beberapa saat bilik itu menjadi sunyi sepi. Hanya hembusan nafas masing masing sahaja yang kedengaran.

"Ellen keluar dari bilik aku sekarang" kata Asher mendatar. Mukanya sudah menghadap ke arah lain.

"Ash..."

"Ellen, Get out from my room now" kata Asher semakin tegas.

Lambat lambat aku mengambil dulang di atas meja sebelum kakiku melangkah ke arah pintu. Entah mengapa wajah Asher tadi nampak macam sangat kecewa, bukan riak wajah marah tetapi riak wajah kecewa. Mungkin dia tidak suka mendengar cadangan aku.

Aku mengeluh panjang. Salahkah aku untuk mengambil berat tentang kesihatan Asher. Walaupun ada juga sekali sekala terlintas dalam hati aku nak bubuh racun tikus dalam makanan dia, tapi salah ke aku nak ambil berat?.

Baru sahaja beberapa langkah aku keluar dari bilik Asher. Telingaku menangkap bunyi seperti laptop dihempas ke pintu bilik. Selepas itu ada lagi barang barang lain yang turut di campak sama.

Aku mengeluh lagi. Tak lain tak bukan muka aku lah yang nak kena kemas tu nanti.

Anjai, menyusahkan aku betul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience