Bab 12

Romance Completed 24359

12

Maya membuka matanya. Dia tertidur semula di atas katil sewaktu menunggu giliran untuk ke bilik air. Matanya mengerling jam di atas meja di tepi katil. Sudah pukul tujuh pagi. Mujur dia tidak boleh solat. Kalau tidak, saja mencari dosa pagi-pagi lagi.

Maya mengirai rambutnya sambil bangkit dari pembaringannya.
Baru setapak dia hendak melangkah, kakinya tersadung sesuatu. Tanpa dapat mengawal keseimbangan, dia terjatuh. Bukan terjatuh atas lantai, tapi di atas tubuh Adam.

"Ouch..." Afiq mengaduh kesakitan. Dia yang sedang lena di atas sejadah terus terbangun apabila Maya menyepak kakinya dan menghempap tubuhnya. Terbatuk-batuk lelaki itu.

Maya terkebil-kebil sendirian. Sedap sahaja dia landing di atas dada bidang Afiq. Afiq segera bangun dari baringnya sekali dengan Maya yang memang sedap landing di atasnya. Tangannya memaut pinggang Maya agar isterinya itu tidak melorot sampai ke riba.

"Ni kenapa pagi-pagi dah serang orang ni?" soal Afiq mendatar.

“Maaf, saya tersandung,” jawab Maya, malu.

Wajahnya semakin merah menyala. Maya cuba bangun dari dakapan Afiq, namun Afiq menguatkan pautannya pada pinggang Maya.

"Ni, aku nak tanya... Kenapa tidur bawah semalam?" soalnya lagi masih dengan nada mendatar. Maya masih membisu.

Maya mengangkat wajah. Rasanya sakit hatinya takkan terbalas kalau dia pendamkan sahaja.

"Siapa Dina?" soalan Afiq dijawab dengan soalan. Berkerut kening Afiq. Maya berlawan pandang dengan Afiq. Namun dia kalah juga. Dengan debaran yang tidak menentu, dia melarikan anak matanya.

"Dina mana pula?" soal Afiq semula. Maya mengetap bibir.

"Yang menggatal call awak malam semalamlah!" Tiba-tiba sahaja Maya melenting membuatkan Afiq bertambah hairan. Pertama kali dia mendengar Maya meninggikan suara.

Lama Afiq terdiam sebelum tawanya pecah mendadak.

“Hah? Apasal awak gelak?” Maya bertambah hairan.

"Awak cemburu ke?" soal Afiq sebelum menyambung tawanya.

“Mestilah saya cemburu.”

"Bagus. Cemburu tanda sayang. Sekurang-kurangnya kau dah mula sayang dengan aku." tambah Afiq.

Maya menjeling tajam pada Afiq. Mula sayang kepala otak berjambul dia. Sudah setahun dia memendam rasa. Afiq sahaja yang tidak pernah menghargai.

"Kenapa? Awak nak hina saya kalau saya ada rasa sayang pada awak? Awak nak seksa hati saya sama-sama dengan girlfriend gedik awak?" sinis nada suara Afiq.

Tawa Afiq mati. Lama lelaki itu merenung wajah Maya yang masam mencuka.

"Cup! Cup! Cup! Aku rasa kita ada salah faham dekat sini. Siapa seksa hati siapa ni?" Afiq mula pening dengan bicara Maya.

"Awaklah..." Tiba-tiba hati Maya dipagut sayu. Air mata mula jatuh ke pipi.

“Saya?”

"Malam perkahwinan kita, awak buat saya macam tak wujud. Awak tak mahu makan semeja dengan saya. Awak tak sudi sentuh saya. Saya berhias untuk awak, awak buat tak tahu. Awak lagi menjauh dari saya. Bila sebilik macam ni pun, awak tak pandang saya. Awak buat tak peduli bila saya tidur atas lantai." Tersekat-sekat suara Maya meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Air matanya semakin deras mengalir.

"Hah? Apa awak cakap ni? Malam perkahwinan kita, awak duduk peluk lutut dekat bucu katil macam menangis. Nampak sangat awak tak sudi jadi isteri saya. Takkan saya nak pergi paksa awak. Saya tak reti pujuk-memujuk ni. Pasal makan. Kalau kita semeja, awak selalu nampak tak selera. Tak selera tengok muka saya lah tu. Awak yang sakit hati. Bila awak tiba-tiba pakai baju seksi tu, mestilah saya terkejut. Saya takut saya tak dapat kawal diri, jadi saya keluar. Saya tak nak sebab ikutkan keinginan, awak jadi bencikan saya. Dah lah awak nampak macam terpaksa kahwin dengan saya. Saya tak buat apa-apa pun, awak selalu takut dengan saya sampai cakap pun tergagap-gagap. Saya tak nak nanti awak lagi takut dengan saya kalau saya paksa awak. Bila awak tidur dekat lantai, saya ingatkan awak memang tak sudi sekatil dengan saya." Giliran Afiq pula meluahkan apa yang dia rasa.

Maya tergamam. Esakannya sudah berhenti mendengar luahan Afiq.

"Tapi, saya tergagap-gagap sebab saya malu. Sebab saya cintakan awak sejak dari setahun lepas lagi," ujar Maya perlahan.

Afiq tersentak. Beberapa ketika pasangan itu terkaku. Cuba mencerna apa yang berlaku sebenarnya. Seketika, tawa mereka berdua pecah.

"Jadi kita salah fahamlah selama ni?" soal Afiq dalam tawa. Dia cuba memeluk tubuh Maya, namun dia pantas menolak.

"Kejap. Dina siapa?" soal Maya lagi yang masih tidak berpuas hati. Afiq cuma tersengih.

"Dina tu Angahlah. Saya yang suruh dia menyamar. Suruh dia buat awak cemburu. Saya ingat kalau awak cemburu, saya mesti ada peluang," akui Afiq jujur. Maya menepuk manja bahu Afiq.

"Saya ingat saya seorang je bertepuk sebelah tangan," adu Maya.

"Saya pun. Kalau saya tak cintakan awak, saya tak terima cadangan papa untuk nikah dengan awak," bisik Afiq di telinga Maya.

“Eleh, kita kahwin pun sebab tangkap basah kan?” Maya sengaja memberi alasan.

"Memanglah. Tapi lain kali kalau cinta, cakap cinta. Jangan pendam apa-apa dah. Macam saya tak tahu yang awak crush dengan saya sejak semester pertama lagi," tambahnya lagi. "I love you..." sambung Afiq.

“Hah, saya crush dengan awak? Siapa bagitahu awak ni? Ni mesti Ira kan?” teka Maya mencari jawapan. Sebetulnya, memang Ira pun yang memberitahu rahsia hatinya kepada Afiq. Afiq yang tahu, lalu sengaja buat-buat ‘jual mahal’ pula sepanjang perkahwinan mereka. Mana tidaknya sakit hati Maya.

Tapi semua itu terbongkar jua malam ini. Rahsia hati mereka kini bukanlah satu rahsia lagi. Dan kalaulah mereka lebih jujur sesama sendiri sebelum ini, atau kalaulah mereka tidak diamkan sahaja apa yang bermain di hati mereka, rasanya tidak akan wujud salah faham sampai sebegini sekali. Ini semua memang salah Afiq!

Akhirnya sepasang suami isteri yang sudah lama bernikah itu baru menemui suara hati masing-masing lalu bersatu dalam pelukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience