Completed
24359
I Tackle You, My Hubby
Oleh: Nazehran Jose Ahmad
1
Di meja makan, Maya sedang menghirup sedikit demi sedikit sup ayam panas yang baru di beli di restoran tadi. Sambil makan, fikirannya mengelamun jauh. Entah apa yang dia lamunkan pun tidak tahu. Tiba-tiba sedang asyik dia mengelamun, datang seseorang mengejutkannya dari belakang.
"Wei! Kau dah siap assignment Prof. Razak bagi?" Ira menepuk kuat bahu Maya. Tersedak gadis itu yang sedang asyik menghirup sup ayam itu. Berair matanya menahan batuk.
“Kau ni! Tak nampak ke orang sedang makan ni?” marah Maya.
"Sorry!! Aku tak sengaja." Ira merasa bersalah melihat wajah Maya yang memerah dan batuknya yang panjang. Segera dia menghulur segelas air kosong kepada rakannya itu.
"Kau ni memang. Tak pasal-pasal masuk paru-paru sup ayam ni. Aku dah hantar dah pun assignment tu. Bukan macam kau. Last minute baru nak buat." Ira tarik sengih.
"Ala... Kau kasi le aku copy. Aku janji aku ubah kasi tak nampak sama. Please...." pujuk Ira manja. Hujung selendang Maya dicapai lalu dipintal-pintal. Matanya terkelip-kelip memandang Maya.
Maya menolak pipi Ira hingga gadis itu terteleng.
"Tak payah nak buat muka comel dengan aku. Comot je yang aku nampak. Nah. Aku memang ada simpan pun untuk kau. Jangan copy bulat-bulat," ujar Maya sambil menghulurkan pendrive kecil kepada Ira yang sudah tersenyum lebar hingga ke telinga.
"Wah... Thanks! Kaulah sahabat aku dunia akhirat. Aku kagum betul dengan kau ni. Dah kahwin pun, assignment kau tak pernah tertangguh. Result exam pun, dekan selalu," puji Ira.
"Alah... Kahwin pun tak macam kahwin. Dia buat hal dia, aku buat hal aku," ujar Maya selamba.
"Kau dengan Afiq sama macam tu juga? Dah berapa lama dah?" tanya Ira lagi.
"Dah enam bulan kot..." Maya angkat bahu.
"Parah korang ni. Aku tahulah masing-masing kena kahwin paksa, tapi takkan sampai ke sudah nak hidup macam orang luar kot?" komen Ira.
Maya menongkat dagu.
"Entahlah... Aku sayang dia kot. Dari first year lagi aku dah jatuh cinta dengan dia. So, dari pihak aku memang tak ada masalah. Dia je yang tak pernah pandang aku. Buruk sangat agaknya aku ni," keluh Maya.
Ira memandang simpati pada kawan baiknya itu. Dia tahu Maya sememangnya telah memendam rasa dengan Afiq sejak hari orientasi mereka di universiti ini. Cuma dia tidak berani hendak meluahkan rasa cinta itu sahaja. Waktu itu, lelaki itu adalah pelajar senior tahun ketiga. Namun, sewaktu masuk semester kedua, kelasnya ada buat rombongan berkhemah di sebuah hutan simpan. Senior mereka turut serta sekali termasuklah Afiq. Akan tetapi, bala menimpa mereka. Mereka ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat di dalam khemah. Lantas, mereka dinikahkan secara ‘tangkap basah’ sejak menuntut di sini lagi.
"Aik? Tak buruk pun. Comel je kawan aku ni," puji Ira. Pecah tawa Maya.
"Kau puji aku sebab kau kesian kat aku ke sebab kau dapat salin assignment aku?" usik Maya.
"Aku puji kau sebab benda tu betul. Si Afiq tu, mata dia memang rabun kot. Tu yang tak boleh nampak betapa cantiknya bini dia ni." Maya tersenyum senang. Ira memang bijak mengusir masalah dari kotak fikirannya.
Share this novel