Completed
24359
4
3 bulan sebelumnya...
"Awak... Sarapan dulu sebelum pergi kerja," ajak Maya.
Tanpa sepatah bicara, Afiq menarik kerusi di dapur.
Maya menyuap makanan dengan perlahan. Meja itu sunyi tanpa gurau senda. Berbeza sungguh keadaannya dari masa mereka tinggal di rumah keluarga Afiq. Ceria setiap saat.
Afiq memandang sekilas Maya yang seperti tiada selera untuk makan. Afiq meletakkan sudu yang dia pegang. Air jus mangga diteguknya hingga habis.
"Lepas ni, kita makan asing. Kalau awak makan, saya tak ganggu. Kalau saya makan... Well, terserah," ujar Afiq mendatar.
Dia mencapai briefcase-nya sebelum melangkah meninggalkan Maya termangu sendirian.
Sebaik bunyi enjin kereta Afiq meninggalkan laman rumah, setitis demi setitis air mata Maya jatuh membasahi pipi.
Sampai macam tu sekali ke Afiq membencinya? Mahu makan semeja pun sudah tidak sudi? Jadi, pasti lelaki itu juga tidak sudi sekamar dengannya. Apa lagilah yang dia harapkan. Baik dia sendiri memindahkan barangannya dari bilik utama sebelum Afiq menendangnya keluar.
Share this novel