Bab 9

Romance Completed 24359

9

"Angah, tiba-tiba je datang?" tegur Afiq. Terkejut juga dia apabila dia mendapat mesej dari Maya bahawa Aina akan bertandang selama tiga hari di rumah mereka.

Aina yang sedang seronok berbual dengan kakak iparnya hanya tersengih.

"Angah rindu dengan kak long," rengek Aina sambil memeluk bahu Maya. Dia hanya tersenyum kerang.

"Aih? Rindu dengan Kak long je? Dengan Along?" usik Afiq. Lagaknya seperti anak kecil yang sedang merajuk.

"Tak pe... Adik rindu dekat Along," Afzan tiba-tiba muncul lalu meloncat ke atas riba Afiq. Melatah dia dibuatnya.

"Eh? Adik pun ikut sekali?" soal Afiq kehairanan. Yang dia tahu Aina sahaja yang mahu menumpang di rumahnya. Matanya melirik ke arah Maya yang hanya mengangkat bahu.

"Mestilah... Adik kan rindu Along. Along belanja lah kita makan dekat luar malam ni..." pujuk Afzan.

"Okay, pergilah bersiap," suruh Afiq.

“Yeah…!” Afzan dan Aina bersorakan gembira. Dua beradik itu berlumba-lumba ke bilik Maya ditingkat atas. Tinggallah Maya dan Afiq sahaja di ruang tamu.

"Macam mana dengan barang kau dekat bilik tu?" soal Afiq serta-merta.

"Saya dah pindah semua dalam bilik awak. Apa-apa pun, kita kena sebilik selama tiga hari ni," ujar Maya.

Sedikitpun dia tidak bertentang mata dengan Afiq. Takut pula suaminya itu dapat menghidu rancangannya.

Afiq hanya mengangguk faham.

"Kau pun pergilah bersiap," arahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience