Bab 8

Romance Completed 24359

8

Ira memandang lama wajah suram Maya. Baru semalam gadis itu ceria, hari ini sudah berduka semula. Ira menggelengkan kepalanya.

"Jangan-jangan Afiq tu gay tak? Tak pun incompetent?" tuduh Ira melulu.

Maya menoleh pantas ke arah Ira. Sangka Ira, Maya mahu membentaknya kerana tuduhannya yang tidak berasas. Namun, sangkaannya meleset. Maya kelihatan takut.

"Ira... Kau rasa macam tu ke? Adam gay? Adam...gay?" soal Maya berkali-kali. Tangannya mencengkam bahu Ira lalu digoncang laju.

"Woah! Woah! Stop! Pening aku kau goncang macam ni. Kau ingat aku milkshake ke apa?" Maya melepaskan cengkamannya. Dia memegang pula kedua-dua belah pipinya.

"Oh gosh! Suami aku gay? Kan? Kan? Sebab tu dia tak sentuh aku. Dia...gay?" ulang Maya lagi.

Tapi bila difikir berkali-kali, betul juga katanya. Selalu sangat dia nampak si suaminya itu keluar dengan lelaki sama setiap hari. Itulah yang membuatkan dia berasa lebih curiga dengan Afiq.

Kali ini giliran Ira pula mencengkam bahu Maya, lalu ditarik menghadapnya.

"Hoi! Kau jangan panik macam ni. Aku teka je. Belum tentu lagi betul. Mungkin dia cintakan perempuan lain ke?" Ira cuba menenangkan Maya.

Mata Maya berkaca. Wajahnya mula berkerut seperti mahu menangis. "Itu tak membantu Ira. Sama teruk je," ujarnya dalam sendu.

"Haha...Maaf," ucap Ira perlahan.

Lama Ira diam membiarkan Maya mengelap sisa air matanya.

"Hah!" Ira menepuk meja kuliah. Terhenjut bahu Maya. Dia memandang pelik ke arah Ira.

"Kau kena masuk bilik dia. Kalau betul dia gay, dia takkan sentuh kau langsung. Kau uji dia. Kalau dah terperap berdua je dalam bilik, mana-mana lelaki boleh kalah. Itu baru lelaki normal," cadang Ira lagi.

"Macam mana? Takkan aku nak tiba-tiba tarik bagi masuk bilik dia? Malulah..." jawab Maya.

Ira terdiam mendengar alasan Maya.

Tiba-tiba telefon Maya berbunyi. Terpampang nama pemanggil 'Angah' di talian. Maya dan Ira memandang lama telefon pintar berjenama Samsung itu sebelum mereka saling bertukar pandangan. Perkara yang sama bermain dalam otak mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience