Bab 6

Romance Completed 24359

6

Ira melambai-lambaikan tangannya ke arah Maya sebaik ternampak kelibatnya dari jauh di bangku taman fakultinya. Dia baru habis kelas petang itu. Dia yang dilihatnya sudah jauh termenung. Sudahlah tersenyum sendiri, risau pula Ira dibuatnya. Tangannya ringan menampar pipi Maya perlahan. Tersentak Maya dibuatnya.

"Apa?" soalnya tidak senang. Tidak senang Ira menganggu angannya.
"Tak adalah. Kau ni pelik je aku tengok. Senyum-senyum sendiri. Berangan apa kau ni. Eh, kejap! Ke kau dengan Afiq dah berbaik? Maksud aku…" tebak Ira dengan senyuman nakal. Keningnya dijungkitkan berkali-kali.

Maya tersenyum malu.

"Dia usap kepala aku," ujar Maya dengan wajah yang memerah.
Hampir-hampir sahaja Ira tergolek dari kerusi yang dia duduki.

"Baru usap kepala kau dah angau macam ni?" soal Ira hampir tidak percaya. Parah sungguh penyakit cinta si Maya ni.

"Maya., aku rasa kau tak boleh terus macam ni. Apa kata kau..." Ira mengisyaratkan Maya mendekatinya lalu dia membisikkan sesuatu ke telinganya.

"Hah? Goda?" jerit Maya kuat. Laju Ira menekup mulut Maya.

"Eh, perlahan sikitlah suara tu. Didengar orang nanti," marah Ira.

Mujur sahaja ditempat itu tidak ramai pelajar melepak di situ. Cuma ada dua tiga pelajar sahaja yang baru tiba dibangku taman difakultinya itu.

"Sekarang, kau kemas barang kau. Ikut aku shopping," arah Ira.

“Hah, shopping? Kita nak shopping kat mana?” tanya Maya terpinga-pinga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience