Completed
24359
7
Maya memerhati imejnya di cermin. Macam mana dia mahu keluar dari bilik dengan berpakaian sebegini? Baju tidur berfabrik nylon jarang berwarna hitam yang baru dibelinya bersama Ira tadi, terasa begitu seksi. Sangat seksi sehingga menampakkan susuk tubuhnya yang tidak bersarung apa-apa di dalamnya.
Idea Ira memang gila, tapi dia ikuti juga. Jangan-jangan dia pun sama gilanya dengan Ira.
“Atau lebih gila,” keluh Maya sendirian, tidak bersemangat.
‘Biarlah dia cuba. Mana tahu Adam akan berubah,’ bisik hatinya.
Maya mencapai cardigan hitam lalu disarung ke tubuhnya. Rambutnya yang panjang hingga mencecah pinggang disanggul kemas menggunakan sebatang pensil sebelum dia melangkah keluar dari bilik untuk ke dapur.
Baru dia hendak memasak, kelibat Afiq muncul di dapur. Mata Afiq tidak lepas dari memandang tajam ke arah Maya. Maya sedaya upaya menahan malu di wajahnya.
‘Apa bejadah dia ni pakai macam gini malam-malam ni?’ bisik Afiq dalam wajah penuh kehairanan.
Seketika kemudian, Afiq mencapai sebotol air sejuk lalu melangkah laju ke tingkat atas. Maya mengekori langkah Afiq dengan bebola matanya. Kecewa! Itu yang dia rasa. Sangkaannya, Afiq akan memeluknya dari belakang atau cuba menggodanya. Tapi sangkaan itu meleset sama sekali!
'Biasanya kucing tidak akan menolak ikan depan mata.' Itu kata-kata Ira. Nampaknya, dia bukanlah ikan dan Adam bukanlah kucing. Jangan-jangan Afiq tidak memandangnya seperti wanita sekalipun apatah lagi sebagai isteri.
Tiba-tiba Afiq muncul di ruang dapur.
"Aku keluar dengan kawan. Kau tak payah tunggu. Aku bawa kunci. Oh, lagi satu, masak sikit je. Aku makan dekat luar," pesan Afiq sebelum melangkah keluar dari rumah.
Sekali lagi air mata Maya mengalir lagi. Dia merasakan dirinya seperti tunggul kayu di rumah ini. Usahanya untuk ‘tackle’ suami seperti yang dicadangkan oleh Ira itu tidak menjadi.
Share this novel