BAB 11

Family Completed 12061

"Sarah boleh besarkan dia tanpa abang.Abang hampir menyebabkan Sarah kehilangan anak kita.Nasib baik Intan cepat hantar Sarah ke hospital."Pilu hatinya mengingati peristiwa semalam.Peristiwa yang hampir meragut nyawanya dan nyawa anak dalam kandungannya.

"Abang minta maaf..bagi abang peluang ya?"Dia tahu Sarah menderita.Dia tahu Sarah sedih dengan tindakannya semalam.

"Pergilah bang.."

"Dah tak ada peluang ke untuk abang sayang?"

"Buat masa ini hati Sarah dah tertutup buat abang.Pada masa akan datang,hanya tuhan saja yang tahu."Hatinya sudah tiada buat lelaki yang bernama Mohd Alif Idzwan.Segunung cintanya terhadap Idzwan telah runtuh berkecai.Selaut sayangnya pada Idzwan sudah kering kontang.Semarak api kasih terhadap Idzwan telah padam bisu.

"Sarah..please.."Idzwan terus merayu.

"Pergilah bang..tak guna abang merayu lagi."

"Abang akan tunggu saat Sarah akan kembali pada abang."

Sarah diam.Akan tibakah saat yang ditunggu oleh suaminya itu? Dia sendiri pun tak pasti.Luka hatinya bukan sekecil kuman.Dan masa untuk dia mengubati luka itu sehingga sembuh bukannya singkat.

"Abang pergi Sarah..tapi abang akan tetap tunggu Sarah.Jaga diri baik-baik sayang."Idzwan mengucup lembut pipi isterinya.Terasa kasihnya segar buat Sarah.Idzwan mengorak langkah ke pintu.Air mata di pipinya diseka.

"Abang.."Sarah memanggil.

Idzwan berpaling."Ya sayang?"

"Bila anak kita lahir,abang datanglah.Sarah nak abang azankan anak kita nanti.Hidup baik-baik abang.."Kata-katanya diiringi sendu yang pilu menghimpit hatinya.

Idzwan hanya mengangguk.Kata-kata Sarah menjemput sayu di hatinya.Betapa berdosanya dia pada Sarah.Wanita yang dinikahinya dua tahun lalu itu terlalu baik untuk dilukakan.Dia sedar dia yang kejam.Dia menyesal.Mengapalah hatinya mudah jatuh cinta kepada Edora.Mengapalah hatinya begitu rapuh.

Sarah sayu memandang langkah suaminya.Dia menarik nafas mengumpul kekuatan.Pergilah cinta..dia rela cintanya pergi dari hidupnya.Dia rela mengusir jauh cintanya buat Idzwan.Dia rela hidup sendiri tanpa suaminya.Idzwan telah merobek rakus segala isi hatinya.Moga dia akan bahagia tanpa cinta Idzwan..

Yes, ini adalah pilihan yang tepat, satu keputusan sukar tapi mukatamad. No turning back!

-----------------------

Idzwan melangkah ke dalam bilik.Hatinya kosong.Sarah sudah tiada disisinya.Dia menyesal tak sudah.Tegarnya dia melukakan hati Sarah.Tegarnya dia menduakan Sarah.Dia juga tahu tiada guna dia menyesal sekarang.

Sarah..abang akan tunggu Sarah kembali pada abang..hati lelakinya merintih.Dia duduk di birai katil.

Tiba-tiba matanya terpandang gitar di sudut bilik.Dia senyum kelat.Gitar itu adalah hadiah Sarah buatnya sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.Dia mengimbau kembali sejarh percintaannya dengan Sarah.Sewaktu mereka bercinta dulu,dia selalu memetik gitar mengalunkan lagu cinta buat Sarah.Dia bangun mengambil gitar yang sudah lama tidak disentuhnya itu.Kemudian dia kembali duduk di birai katil.

"Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi..membuatku terpuruk rasa ingin mati..derita yang mendera kapan akan berakhir..hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku.."Dia mengalunkan lagu sambil jarinya memetik gitar.Dia teresak sendirian.Kesal di hatinya hanya tuhan saja yang tahu.

Deringan telefon bimbit mengganggu emosinya.Pantas dia meyeluk poket.Nama Edora yang tertera pada skrin telefonnya membuatkan hatinya mendidih tiba-tiba.Dengan satu ayunan tangan dia melontar telefon bimbitnya ke dinding sehingga pecah berderai.Dibiarkan air matanya mengalir.Hari ini dia tewas dengan perasaannya sendiri.

Hari ini adalah hari penyesalan yang sudah tidak mempunyai apa-apa makna baginya.Dia kehilangan wanita yang amat dicintainya.Dia kehilangan isteri yang sempurna padanya. Walau dia menangis airmata darah sekalipun amat mustahil isterinya itu akan kembali ke pangkuannya.

Share this novel

Norita Yahya
2021-03-31 18:35:40 

bl nk update lg dear...

Nur Amirah
2020-03-18 20:48:05 

takkan tamat kot. alaaa. sambung laa lagi

Nur Amirah
2020-03-18 20:48:04 

takkan tamat kot. alaaa. sambung laa lagi


NovelPlus Premium

The best ads free experience