BAB 4

Family Completed 12061

Idzwan menaip sesuatu di laptop.Sesekali dahinya berkerut seolah tidak memahami sesuatu.Sesekali dia menggaru-garu kepalanya.Ketukan di pintu bilik sedikit sebanyak mencuri tumpuannya.

"Come in.."Dia menjerit lantang.

Edora melangkah masuk.Dia menghampiri Idzwan lalu mengukirkan senyuman untuk lelaki itu.

"Saya ganggu En.Idzwan ke?"Sebuah pertanyaan terlontar dari bibir mungilnya.

"Tak..ada apa-apa saya boleh bantu?"Entah mengapa dirasakan jantungnya berdegup laju tatkala memandang wajah Edora.Panahan mata bundar Edora seakan tepat menikam jantungnya.

"Saya nak ucapkan terima kasih sebab bagi saya peluang jayakan iklan Inner Beauty tu."Edora berkata lancar.

"My pleasure..lagipun iklan tu berjaya sebab awak juga.Awak sudah lakukan yang terbaik."Dia senyum.

"Dan saya harap hubungan kita tak putus sampai di sini saja."Dalam makna kata-kata Edora.Raut tampan Idzwan ditatap lama.

"Semestinya.Kalau ada projek lagi syarikat kami akan hubungi awak."Dia membalas renungan Edora.Dia tidak tahu mengapa hatinya goyah saat itu.Renungan mata Edora seolah air yang memadamkan api ingatannya terhadap Sarah.

"Bukan itu maksud saya.."Dia mara mendekati Idzwan yang resah di kerusi.Tangannya mengusap lembut tangan Idzwan.

"Please..apa maksud awak sebenarnya?"Idzwan tidak senang duduk.Namun tindakan berani Edora tidak pula ditepisnya.

"Saya sukakan En.Idzwan."Edora berterus terang.Dia memang angau terhadap lelaki itu.Hatinya mula memainkan lagu rindu sejak dia mula berjumpa Idzwan.

"I’m a married man Edora."Idzwan pantas bersuara.Gembirakah dia dengan kata-kata Edora tadi? Gadis seseksi Edora sukakannya? Gadis sejelita Edora mendambakannya? Perasannya seolah digaul-gaul bercampur aduk.Dia keliru.

"Saya tahu dan saya tak kisah.I just need you.."Tangannya mendarat di bahu Idzwan.Dia memicit-micit lembut bahu Idzwan.

Idzwan terpana.Dia membiarkan tangan Edora lincah di bahunya.Sudah tergodakah dia? Apa yang pasti dia berasa aman saat itu.Wajah Sarah seolah sudah pudar dari mindanya.Apakah yang sedang dilalui oleh hatinya saat itu? Apa yang dia tahu dia beruntung kerana gadis muda seperti Edora tertawan padanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience