BAB 7

Family Completed 12061

Idzwan melangkah perlahan masuk ke dalam rumah.Matanya melilau mencari Sarah.Matanya terhenti pada susuk tubuh sarah yang enak menyandar di sofa.Dia mendekati isterinya itu.

"Hai sayang.."Idzwan membelai mesra rambut Sarah.

Sarah diam.Perkataan sayang yang diucapkan oleh Idzwan seakan memijak-mijak lumat hatinya.Sayangkah Idzwan padanya? Kalau sayang mengapa suaminya itu sanggup bermain kayu tiga dengannya.

"Kenapa diam je ni?"Idzwan duduk di sebelah Sarah.Wajah polos Sarah ditilik lama.Wajah itu masih mampu memikat hatinya.

"Sarah okey je.Lambat abang balik hari ni."Lemah suaranya.Dia mengerling jam di dinding.Sudah jam satu setengah pagi.

"Banyak kerja kat pejabat tadi."Bohong Idzwan.Masanya banyak dihabiskan bersama Edora sebaik sahaja habis waktu pejabat.Bukan dia tidak mahu pulang awal tetapi Edora melarangnya.Dan kehendak Edora terpaksa diturutinya.

Sarah hanya mengangguk.Dia tidak mempercayai kata-kata Idzwan.Sebelum ini pun suaminya sibuk tetapi tidaklah sampai balik sehingga lewat malam begini.

"Sayang ada masalah ke ni? Muram saja."Idzwan mengelus lembut pipi Sarah.Sayangnya pada Sarah masih tetap tidak berubah.

Sarah tiba-tiba berasa sebak.Suaminya masih peduli akan dirinya.Suaminya masih mengambil berat terhadap dirinya.Mengenangkan kasih suaminya terhadapnya telah dibahagi dua hatinya terasa seperti ditoreh kejam.

"Abang..ada sesuatu yang abang sembunyikan dari Sarah?"Dia bertanya lembut.

Idzwan tersentak.Sudah tahukah Sarah akan hubungannya dengan Edora? Memang dia menyembunyikan sesuatu daripada Sarah.Menyembunyikan cintanya yang baru berputik terhadap Edora.Terasa jantungnya semakin laju mengepam darah ke seluruh sel-sel dalam tubuhnya.

"Sembunyikan apa ni sayang?"Pertanyaan Sarah dijawab dengan pertanyaan juga.

"Kalau ada apa-apa abang nak berterus terang dengan Sarah,abang cakaplah.Sarah dengar dan tak akan marah."Lembut kata-kata itu keluar dari bibirnya.

Idzwan terkedu.Kata-kata Sarah sebentar tadi mempunyai maksud yang seakan dapat ditafsir olehnya.

"Sayang.."Ditariknya Sarah ke dalam pelukan.

Sarah menahan air matanya daripada tumpah.Kenapa saat itu dia tidak berasa bahagia berada dalam pelukan suaminya? Kenapa saat itu dia tidak berasa selamat berada dalam dakapan suaminya?

"Abang..Sarah sudah tahu semuanya.Sarah nak dengar dari mulut abang sendiri."Dia meleraikan pelukan Idzwan.

"Apa yang Sarah tahu ni?"Idzwan tidak senang duduk.Wajah tenang sarah direnungnya lama.

"Pasal abang dan Edora."Lambat-lambat Sarah berkata.Dia perasan riak cemas pada wajah Idzwan.

"Sarah tahu daripada Halim?"Hatinya mendidih.Halim memang tidak boleh menyimpan rahsia.

"Sarah yang tanya dia.Sarah perasan kebelakangan ni abang berubah.Puas Sarah desak dia barulah dia ceritakan semuanya pada Sarah.Betul ke bang?" Dia bertanya ingin tahu.Dia amat berharap apa yang diceritakan oleh Halim adalah tidak benar.Dia amat berharap suaminya akan menidakkan hubungan cinta dengan Edora.

"Betul Sarah.."Idzwan berkata perlahan mengakui hubungannya dengan Edora.Berat hatinya untuk mengaku.

Kata-kata Idzwan bagaikan pisau tajam yang menghiris hatinya.Bagaikan cemati yang melibas jiwanya.Air matanya gugur ke pipi.

"Maafkan abang Sarah.Abang tak dapat kawal hati abang."Idzwan rasa bersalah yang amat.Melihat air mata Sarah mengalir kerananya hatinya tiba-tiba terasa pedih.

"Apa kekurangan Sarah bang? Apa lebihnya dia?" Suaranya bersulamkan esakan.Hiba dihatinya cuba ditahan.

Idzwan mencapai tangan Sarah lalu digenggamnya erat.Dibawa tangan Sarah ke bibirnya.

"Sarah tak ada apa-apa kekurangan.Sarah sempurna segalanya.Abang yang banyak kekurangan."Dikucup tangan isterinya lembut.

"Kalau Sarah tak ada kekurangan kenapa hati abang berpaling pada dia? Kenapa bang.."Bahunya terhenjut-henjut bersama esakan yang tiada berpenghujung.

"Abang tak tahu Sarah..abang sendiri pun buntu."Idzwan keliru dengan perasaannya.Dia cintakan Sarah dalam masa yang sama juga dia inginkan Edora.

"Abang cakaplah apa yang abang tak suka tentang Sarah..Sarah akan ubah semuanya untuk abang."Sarah memegang bahu suaminya lembut.

"Abang suka semuanya tentang Sarah.Dalam hal ni Sarah tak salah.Abang yang salah."Idwan menyeka air mata yang mengalir laju di pipi isterinya.

"Abang,apa yang perlu Sarah buat?Sarah nak jadi wanita yang abang cintai seperti empat tahun dulu.Wanita yang abang gila-gilakan seperti empat tahun dulu.."

Kisah cinta dia dengan Idzwan empat tahun lalu amat indah.Idzwan amat mencintainya dan lelaki itu berusaha untuk menjadikan dia sebagai milik mutlak. Tapi sekarang? Adakah cinta suaminya terhadap dia tetap tidak berubah seperti empat tahun lalu? Atau cinta itu telah berlalu seiring dengan masa?

Kata-kata Sarah perlahan-lahan menyentuh hati lelakinya.Dia berasa sebak.Dia akui cintanya pada Sarah tidak pernah berubah walaupun cinta baru Edora telah mencuit hatinya.

"Sarah tak perlu buat apa-apa.Sarah tetap abang cintai."Dia memegang wajah Sarah yang basah dengan air mata.Beratnya penderitaan isterinya itu.Air mata lelakinya bergenang.

"Abang..Sarah sayangkan abang.."Sarah merintih.Lengan suaminya dipeluk erat.Dia tidak mahu kehilangan suaminya.

"Abang pun..Sarah jangan fikir sangat hal ni.Abang masuk bilik dulu."Idzwan bangun.Dia tidak sanggup lagi berlama-lama dengan isterinya.Hatinya sedih,hatinya perit melihat air mata Sarah yang tumpah kerananya.

Jangan fikir? Mudahnya Idzwan berkata-kata.Sarah memandang sayu langkah Idzwan.Air mata yang setia mengalir di pipinya dibiarkan.Dia tidak menyangka begini jadinya.Bahtera cinta yang dibina bersama Idzwan yang baru hendak meniti usia dua tahun telah dilanda badai hingga hancur berkecai.Namun digagahkan jua hatinya mengutip sisa kepingan-kepingan bahtera cintanya.Kepingan-kepingan itu akan cuba dicantumkannya semula supaya dia dan Idzwan akhirnya dapat belayar ke pulau bahagia.

Sarah memandang Idzwan yang telah lena di atas katil.Bibirnya mengukir senyum hambar.Dia menuju ke bilik air.Dengan tertib,dia mengambil wudhu’.Selepas itu dia berjalan ke sudut bilik.Tikar sejadah dibentangkannya.Dia mahu menunaikan solat hajat.Dia ingin berdoa untuk kebahagiaan rumahtangganya.

Usai memberi salam,dia bersimpuh di atas tikar sejadah.Tangannya diangkat untuk berdoa.

"Ya Allah,tabahkanlah hatiku,kuatkanlah imanku menerima dugaan hidupMu.Aku akur dengan qada dan qadarMu.Ya Allah kembalikanlah kebahagiaan rumahtanggaku.Kembalikanlah suamiku yang dulu.Suami yang sempurna segalanya di mataku.Janganlah cintaku terhadap suamiku semakin menjauh dari hati.Ya Alllah berilah jalan penyelesaian yang terbaik pada kebuntuanku ini.."Dia mengadu kepada yang Esa.Air matanya sekali lagi mengalir.Kegelapan malam menambahkan lagi syahdu dihatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience