BAB 2

Family Completed 12061

"Wan..aku ada berita buruk."Halim masuk meluru ke dalam bilik Idzwan.

"Berita buruk apa ni Halim?"Wajah rakan kongsinya itu dipandang.Kehadiran Halim secara tiba-tiba membuatkannya sedikit terkejut.

"Model yang tandatangan kontrak dengan kita tu tarik diri."Termengah-mengah Halim berkata.Ditariknya kerusi lalu duduk berhadapan dengan Idzwan.

"Hah? Maksudnya kita tak ada model untuk produk Inner Beauty tu?"Idzwan bertanya meminta kepastian Halim.

"Ya..ni yang buat aku pening ni.Bukan senang nak cari model.Nak kena ujibakat lagi.Lagipun iklan produk kosmetik Inner Beauty tu akan disiarkan dua minggu lagikan.Mana nak cari model dalam masa sesingkat tu."Halim menggaru-garu kepalanya tidak tenang.

"Ni aku bengang ni.Dah elok tandatangan kontrak nak tarik diri pula."Idzwan mengeluh keras.

Telefon di atas meja Idzwan berbunyi nyaring.Idzwan dan Halim saling berbalas pandang.Idzwan mengangkat gagang.

"Really? Okey suruh dia masuk."Idzwan mengarah.

"Siapa Wan?"Halim bertanya ingin tahu.

"Setiausaha aku cakap ada orang nak jumpa kita."

Seketika kemudian pintu bilik Idzwan diketuk perlahan.Idzwan membetulkan duduknya.

"Masuk.."Suaranya dikuatkan.

Mata Idzwan dan Halim serentak memandang seorang gadis yang berdiri di hadapan mereka.

"Yes,may I help you?"Idzwan bertanya.Dia tidak mengenali gadis itu.

"Saya Edora,sepupu Azura.Model yang tarik diri tu."Gadis itu kelihatan yakin bersuara.

"So?"Halim menyoal ringkas.

"Dia cakap syarikat ni perlukan model untuk gantikan dia.Jadi saya datang nak mencuba nasib."Mata Edora tepat memanah mata Idzwan.Entah kenapa lelaki itu amat menarik minatnya.

"Awak ada pengalaman sebelum ni?"Tanya Idzwan tanpa memandang Edora.Dia perasan mata gadis itu kaku di wajahnya.

"Ada.Saya pernah jadi model produk kesihatan ‘Be Well’.Selain itu saya buat part-time modeling."Edora tersenyum manis.

Idzwan mengangguk-angguk.Senyuman Edora tadi seakan menarik hatinya.Kemudian dia memandang Halim.

"Halim,apa pendapat kau?"Idzwan mengangkat keningnya.

"Aku rasa kita ambil dia dululah sebagai model produk ni.Lagipun kita dah terdesak sangat ni.Lagipun dia ada pakej."Halim berkata perlahan.

Idzwan diam memikirkan kata-kata Halim.Matanya kembali memandang Edora.Ditiliknya gadis itu.Benar kata Halim,Edora mempunya pakej yang lengkap.Wajah Edora jelita memukau.Dan susuk tubuh Edora juga menggiurkan.Hati lelakinya sedikit bergoyah.

"Kalau kau dah cakap macam tu aku okey je.Tapi kita kena cari seorang lagi model.Manalah tahu kot yang ni ada masalah lain pula."Idzwan mengingatkan.

Halim mengangguk."Okey Edora.You’re accepted.Awak tunggu kat luar.Nanti setiausaha kami akan bagi awak kontrak."

"Terima kasih encik."Edora tersenyum gembira.Kakinya diatur ke luar bilik pejabat.

"She’s beauty right?"Halim senyum nakal.

"Ya."Idzwan menjawab pendek mengakui kata-kata Halim.

"Tapi dia tak boleh lawan isteri kau.Isteri kau bukan saja cantik malah hati baik.Perfect!"Halim memuji Sarah,juga sahabat seuniversitinya.

"Tengoklah siapa suami dia."Idzwan tersengih.Bangga dirinya apabila isterinya dipuji begitu.

"How’s Sarah?"Dia sudah lama tidak mendengar khabar sahabatnya yang seorang itu.

"Haa lupa pula nak bagitau.Sarah dah mengandung dua bulan."Idzwan senyum bahagia.

"Wahh tahniah Wan.Aku akan bagitau isteri aku.Mesti dia pun turut gembira dengar berita ni."Halim menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Idzwan.Dia gembira dengan berita yang didengarinya dari Idzwan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience