BAB 5

Family Completed 12061

"Abang.."Sarah memanggil lembut.Secawan neskafe diletakkan di atas meja di hadapan suaminya.Kemudian dia melabuhkan duduknya ke atas sofa di sisi Idzwan.

"Thanks sayang.."Matanya memandang isterinya sekilas kemudian kembali menonton drama di tv.

"Tengok drama apa bang?"Dari tadi dia melihat suaminya asyik menonton tv.

"Drama kat astro ria ni.Abang lupa tajuknya.Alahh yang Rita Rudaini berlakon tu."Idzwan menjawab.Tangannya mencapai cawan di atas meja.Air neskafe yang masih berasap dihirupnya perlahan.

"Ooo.."Sarah dapat menangkap drama apa yang dimaksudkan oleh suaminya.Dia pun kadang-kadang ada juga menonton drama tersebut.

"Sarah tak minum sekali?"Soal Idzwan.

Sarah memandang matanya.Keningnya diangkat-angkat.Suaminya seolah lupa sesuatu.

"Oppss..abang lupa.Kafein tak elok untuk ibu mengandung.Sori sayang."Dia mengambil tangan Sarah lalu dikucupnya berkali-kali.

"Haa tau pun."Sarah tergelak.

"Abang ni kadang-kadang nyanyuk juga.Sarah pun kena selalu ingatkan abang apa yang Sarah tak boleh makan semasa mengandung ni.Nanti kang abang terbeli pula."Tangan Sarah kekal dalam genggamannya.

"Yelah bang."Sarah membalas ringkas.

"Anak abang ada buat hal tak hari ni?"Idzwan bertanya.

"Aucchhh.."Sarah mengaduh sambil memegang perutnya.

"Kenapa ni?"Idzwan risau melihat kerutan di dahi Sarah.

"Abang,cuba rasa.Baby tengah menendang.."Tangannya yang bersatu dengan tangan suaminya dibawa ke perutnya.

Idzwan diam.Tangannya melekap kemas di perut sarah.Dia dapat merasa sedikit gerakan di dalam perut Sarah.Kemudian bibirnya mengukir senyum.

"Nakal juga ya anak papa ni tendang-tendang mama."Idzwan tunduk.Bibirnya didekatkan ke perut Sarah.

Sarah hanya tersenyum melihat kelakuan suaminya.Wajah Idzwan ditenung lama.Terasa cintanya terhadap suaminya itu semakin mekar membunga.Dia berdoa agar ikatan hati antara dia dan suaminya akan terus berkekalan.

"Eh abang.Tu kan produk syarikat abang.Dah keluar iklan ye."Mata Sarah melekat di tv.Iklan produk Inner Beauty menarik minatnya.

"Ya..dah keluar 3 hari lepas."Mata Idzwan turut dipakukan ke tv.

"Cantik model tu ya bang."Sarah memuji ikhlas.

Idzwan hanya diam mengakui.Memang Edora cantik.dan kecantikan Edora itulah yang membuatkan hatinya bergetar.Membuatkan jiwanya terpesona.Wajah jelita Edora seakan menari-nari di ruang matanya.Entah mengapa dia rasakan dia sudah jatuh cinta sekali lagi.Dipandang isterinya di sebelah.Sarah,maafkan abang..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience