BAB 6

Family Completed 12061

Idzwan merenung jauh ke dalam anak mata Edora.Mata Edora juga kaku di wajahnya.Dia berasa seperti di awang-awangan.Cintanya yang baru ini seakan indah membalut jiwanya.

"You tengok apa ni?"Edora bertanya manja.

"Tengok youlah.Cantik.."Idzwan memuji.

"You ni saja je."Edora tersenyum simpul.Hatinya bahagia kerana Idzwan memberikan sedikit tempat buatnya di hati lelaki tiu.

"Betullah I cakap.Patutlah you ramai peminat."Suaranya dikendurkan.

"You jeles ya.."Edora bangun menghampiri Idzwan.Pipi Idzwan dielusnya lembut.

"Siapalah I nak jeles.I tak ada hak pun."Ujar Idzwan.Dibiarkan tangan Edora bermain-main di pipinya.Dia senang dimanjakan begitu.

"You ada hak sebab I kan hak you."Sarah mencuit dagu Idzwan.

"Ni yang buat I sayang kat you."Idzwan senyum.Tangannya membelai rambut Edora.Dia hanyut dibawa arus cinta Edora.Dia karam dalam kapal kasih Edora.Saat itu jiwanya terasa dekat dengan Edora.Wajah Sarah beransur-ansur hilang pergi dari hatinya.

"Wan..kau dah.."Kata-kata Halim mati di situ.Kemesraan antara Idzwan dan Edora menyakitkan matanya.

"Kau tak reti ketuk pintu dulu ke?"Idzwan sedikit meradang.

"Sejak bila aku kena ketuk pintu nak masuk bilik kau ni?"Halim bersuara tidak puas hati.Selama ini dia tidak pernah mengetuk pintu bilik Izwan,lelaki itu tidak kisah pun.Tetapi mengapa hari Ini Idzwan seolah marah dengan tindakannya?

"Idz,I keluar dulu.See you."Edora melangkah keluar.Dia tak nak masuk campur hal antara Idzwan dan Halim.Dia perasan pandangan mata Halim seolah tidak menyukainya.

"Kau ada hubungan dengan dia?" Halim bertanya inginkan kepastian.Apa yang dilihatnya tadi dapat membuktikan sesuatu.

"Kau pun dah lihat kan.Apa aku nak cakap lagi."Idzwan berkata acuh tak acuh.

"Baik kau putuskan hubungan kau dengan dia.Sedarlah sikit Wan.Kau dah ada isteri."Halim menasihati.Dia tahu mata hati Idzwan telah buta dek kerana cinta palsu Edora.

"Salah ke? Memang aku ada isteri.Tapi aku boleh kahwin tiga lagi."Idzwan berkata angkuh.Nasihat Halim bagaikan angin lalu menjengah telinganya.

"Kau tak kasihankan Sarah ke? Dia tengah mengandung tu.Kalau dia dapat tahu macam mana? Lagipun dia isteri yang baik."Terbit rasa simpatinya buat Sarah.

"Kalau kau tak bagitahu dia tak akan tahu."Idzwan berkata selamba.

"Kalau kau nak menyesal baik kau menyesal sekarang Wan."Halim berkata lagi.

"Aku tak akan menyesal.."Angkuh dia menjawab.

"Kau dah berubah Wan.Aku tahu Edora yang pengaruh kau.Sebagai sahabat aku dah nasihatkan kau.Terpulanglah pada kau."Halim kecewa.Kecewa dengan sikap ‘baru’ Idzwan itu.

"Terima kasih sebab nasihatkan aku."Idzwan seakan memperli.

"Ini fail yang kau nak tadi."Halim mencampakkan fail biru yang dipegangnya ke atas meja Idzwan.Dia terus melangkah keluar.Hatinya berasa panas.Simpatinya pada Sarah semakin merimbun berlonggok di hatinya.

----------

"Abang..nak pergi mana?"Sarah memandang suaminya yang sedang menyikat rambut.

"Abang nak keluar kejap."Pendek dia menjawab.Hatinya tidak sabar-sabar untuk bertemu Edora.

"Abang makan kat luar?"

"Ya..Sarah tak perlu tunggu abang balik ya.Abang takut abang balik lewat."Idzwan memandang isterinya sekilas.

"Baiklah bang."Wajah Idzwan dipandang lama.Suaminya begitu sibuk sejak akhir-akhir ni.Jarang suaminya itu ada di rumah.Suaminya juga sudah jarang mahu bermanja dengannya.Rasa hairan berkumpul di hatinya.

"Abang pergi dulu.Jaga diri baik-baik."Idzwan tunduk mengucup dahi sarah.Isterinya itu masih menjadi penghuni tetap di hatinya.

Sarah menghantar langkah Idzwan dengan pandangan matanya.Sungguh hatinya tidak senang.Suaminya itu seakan menyembunyikan sesuatu darinya.Dan sesuatu yang disorokkan oleh suaminya itu seperti akan mengguris hatinya.Dia nekad,dia mahu menyelongkar kebenaran di sebalik sikap aneh suaminya.Pantas dia menghampiri telefon di sudut bilik.Ganggang telefon diangkat dan nombor seseorang didailnya.

Sarah meletakkan ganggang.Dia terduduk di lantai.Kebenaran yang diketahuinya amat menyakitkan.Kebenaran itu seakan menggigit-gigit kuat hatinya.Air mata wanitanya mengalir deras.

Kata-kata Halim tadi seperti terngiang-ngiang ditelinganya.Idzwan sedang hagat bermain cinta dengan seorang model.Mujur dia menghubungi Halim.Puas dia mendesak akhirnya sahabatnya itu meluahkan jua kecurangan suaminya.Dia mengusap lesu perutnya.Benih cintanya dengan Idzwan semakin membesar di dalam rahimnya.Dan mengapa di saat dia bahagia menantikan kehadiran insan baru di dalam hidupnya dia diuji dengan perkara yang amat melukakan hatinya.

Perlahan-lahan dia bangun menuju ke katil.Gambar perkahwinan dia dan Idzwan yang terletak elok di atas meja kecil di tepi katil dicapainya.Ditatap wajah suaminya.Abang..sampai hati abang.Hatinya merintih pilu.Direbahkan badannya ke katil.Gambar perkahwinan diletakkan di atas dada.Akhirnya dia lena bersama deraian air mata,bersama kekecewaan jiwanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience