BAB 1

Family Completed 12061

Lama diperhatikan suaminya, dipandangnya lelaki dihadapannya dengan rasa sayu. Kasihan jam sebegini suaminya masih sibuk dengan lambakan tugasan.

"Abang.."Sarah memanggil suaminya lembut.Ditenung suaminya yang sedang sibuk dengan kerja di meja komputer.

"Ada apa sayang?" Idzwan menoleh ke arah isterinya yang duduk di birai katil.Senyuman dilemparkan kepada Sarah.

"Ada benda Sarah nak cakap dengan abang."Sarah berkata perlahan.

"Sarah nak cakap apa?"Idzwan meninggalkan meja komputer lalu mendekati Sarah.Dia turut melabuhkan punggungnya disisi isterinya itu.

"Erm Sarah.."Dia tidak menghabiskan kata-katanya.Mukanya sengaja dikerutkan.

"Sayang ada masalah ke?" Idzwan hairan melihat muka isterinya yang berkerut.Bagaikan ada sesuatu beban yang ditanggung oleh isterinya itu.

"Bukan masalah.."Sarah meleretkan kata-katanya membiarkan suaminya terus berteka-teki.

"Habis tu? Kenapa ni sayang?"Idzwan gusar.Wajah Sarah direnung sayang.

Sarah hampir tergelak melihat riak risau suaminya.Niat untuk meneruskan lakonannya tidak menjadi.Perlahan-lahan dia mencapai tangan kanan Idzwan lalu dilekapkan ke perutnya.

Idzwan terpana dengan kelakuan Sarah.Namun maksud Sarah dapat ditangkap dengan pantas.Serta merta bibirnya mengukir senyum.

"Maksud Sarah.."Dia tidak menghabiskan ayatnya.Wajah Sarah dipandang lama.

"Ya bang.Tak lama lagi abang akan jadi papa."Hatinya gembira menuturkan ayat itu.

"Ya Allah syukur..abang gembira sangat." Wajah sarah dicumbuinya berkali-kali.Kegembiraannya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Sarah hanya tersenyum.Dia tahu suaminya gembira.Akhirnya cinta antara dia dan Idzwan menghasilkan benih.Dan benih cinta itu akan disemai dengan sebaik mungkin.

"Terima kasih sayang..dah berapa bulan?" Idzwan mengusap-usap lembut pipi isterinya.

"Dua bulan bang.."Jawab Sarah.

"Kenapa tak ajak abang pergi klinik?Soal Idzwan.

"Abang kerja kan.Lagipun Sarah boleh pergi sendiri."Lembut Sarah menuturkan katanya.

Idzwan senyum.Itulah yang paling dikagumi tentang isterinya.Isterinya itu tidak pernah mahu menyusahkannya.Baginya Sarah sempurna segalanya.

"Sarah..abang sayangkan Sarah.."Idzwan berbisik perlahan di telinga Sarah.

"Sarah pun sayangkan abang.."Hatinya terasa damai mengungkapkan kata-kata itu.Kasih terhadap suaminya itu semakin menggunung di hatinya.

"Mulai hari ni,Sarah kena jaga kesihatan Sarah.Jangan stress-stress.Dan kalau Sarah perlukan apa-apa jangan ragu-ragu untuk bagitahu abang ya?"Idzwan memeluk erat isterinya.

"Okey bang.."Dia membalas pelukan Idzwan.

"Anak papa jangan nakal-nakal tau.Jangan susahkan mama."Idzwan mengusap perlahan perut Sarah.Dia berbicara seolah bayi dalam kandungan Sarah bisa mendengar suaranya.

"Papa pun jangan nakal-nakal."Sarah mengusik suaminya.

"Papa baby tak nakal pun.Papa baby nakal dengan mama baby je."Dia mengucup lama dahi Sarah.

Sarah bersyukur dengan kebahagiaan yang menjadi miliknya.Dia berharap kebahagiaan akan kekal menjadi milik mereka.Wajah berseri-seri Idzwan ditatapnya lama.Wajah tampan Idzwan masih boleh mengugat hatinya,masih boleh menggetarkan rasanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience