BAB 8

Family Completed 12061

Sarah berdiri lama di luar rumah bercat kuning itu.Hatinya sedikit ragu-ragu.Betulkah tindakannya ini? Dia menarik nafas panjang lalu dihembus mengusir rawan yang bertenggek di sudut hatinya.Loceng ditekannya berkali-kali berselang seli dengan salam.Beberapa minit kemudian pintu dibuka dari dalam.

"Ya,cari siapa?" Seorang gadis menyoalnya.

Dia menilik gadis tersebut lama.Adakah gadis itu adalah Edora? Jika benar gadis itu adalah Edora,memang benar kata Halim.Gadis itu memang cantik.Tidak mustahil mana-mana lelaki boleh jatuh cinta kepada gadis itu termasuk suaminya.

"Saya Maisarah.Isteri Idzwan.Awak Edora kan?"Tenang dia berkata.

Edora terpempam.Yang berdiri di depannya adalah isteri lelaki yang dicintainya? Tiba-tiba timbul rasa cemburunya.Sarah seorang wanita yang menawan sehingga dia sendiri terpesona melihat wajah mulus Sarah.

"You nak apa?" Dia bertanya gentar.

"Saya nak cakap sikit dengan awak boleh?"Dia senyum.

"Errm masuklah."Hatinya sedikit tenang melihat senyuman Sarah.Ternyata Sarah bukan jenis wanita yang melulu menyerang apabila haknya dirampas.

Sarah membuntuti Edora ke dalam rumah.Dia duduk di atas sofa berhadapan dengan Edora.

"Boleh tak awak lepaskan suami saya?"Dia bertanya perlahan.

"Why should I?"Edora mengetap bibirnya menahan marah.Kata-kata Sarah bagaikan halilintar di telinganya

"Sebab awak rampas hak saya."Kata-kata Edora tadi membakar hatinya.

"You yang tak pandai jaga hak you."Lantang Edora berkata-kata.

"Apa perasaan awak kalau hak awak dirampas.Awak pun perempuan Edora.Awak seharusnya lebih faham hati perempuan."Dia berkata lembut.Dia tidak mahu marah-marah.Baginya kemarahan tidak akan menyelesaikan sebarang masalah.

"I tak akan membenarkan hak I dirampas.I akan jaga hak I sebaiknya.I tak akan sesekali cuai seperti you.You jangan nak salahkan I."Edora meninggikan suaranya.Wajah Edora dipandang benci.

"Saya merayu pada awak,tinggalkan suami saya..saya perlukan dia.Anak dalam kandungan saya ni pun perlukan dia."Lirih suara Sarah memohon pengertian Lin.Dia tidak kisah jika dia perlu merayu.Dia akan berusaha mempertahankan istana cintanya dengan Idzwan.Dia akan mempertahankan haknya sebagai seorang isteri.

"You suruhlah suami you tinggalkan I.Pergi merayu dengan suami you.Dan I percaya dia tak akan tinggalkan I."Edora menjeling Sarah.Rayuan wanita itu tidak diendahkannya.

"Tolonglah Edora.."Sarah mengawal getar suaranya.Masakan seorang perempuan seperti Edora tidak memahami derita hatinya.

"I rasa baik you balik sekarang.Tak ada apa nak dicakapkan lagi."Edora bangun lalu membuka pintu rumahnya.

Sarah turut bangun menghampiri Edora.Tiada guna dia merayu lagi pada Edora.Gadis itu berhati batu.Hatinya beralun lagu sayu.Usahanya untuk memujuk Edora ternyata sia-sia.

"Edora..saya nak awak sedar awak sudah jadi perampas kebahagiaan saya.Tinggalkan Idzwan.Masih ramai lagi lelaki di luar sana yang inginkan awak."Sarah bersuara tegas.Kakinya di atur ke keretanya.

Edora menjerit kecil.Hatinya geram dengan kata-kata Sarah.Dia tidak kisah menjadi perampas asalkan dia bahagia dengan Idzwan,asalkan lelaki itu selalu berada disampingnya.Dia mengambil telefon di atas mejanya.Nombor Idzwan pantas didailnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience