BAB 10

Family Completed 12061

Idzwan berlari-lari anak.Dia mencari-cari bilik Melor seperti yang diberitahu oleh Halim.Dia terhenti pada satu bilik.Perlahan-lahan dia memulas tombol pintu.Sayu hatinya melihat Sarah terbaring lesu di atas katil hospital.Kelihatan Halim dan isterinya,Intan duduk di sisi Sarah.Dia mengorak langkah mendekati katil.

"Kenapa dengan kau ni Wan? Kau tinggalkan Sarah sorang-sorang semalam.Nasib baik Intan pergi nak jenguk Sarah.Kalau tak aku dah tak tahu apa dah jadi kat isteri kau tu."Halim yang menyedari kehadiran Idzwan bersuara.

"Sarah okey tak? Anak kita okey?"Idzwan tidak mempedulikan kata-kata Halim.Matanya merenung wajah isterinya.

Sarah hanya diam.Bibirnya seolah sudah beku untuk berkata-kata.Air matanya terus-terusan mengalir.

"Sarah dan anak kau okey.Nasib baik tak apa-apa.Kesan jatuh tu tak menyebabkan keguguran.Doktor cakap Sarah alami tekanan,depression.Dan kau tahu penyebabnya kan."Intan menjawab bagi pihak Sarah.

Idzwan bisu tidak bersuara.Dia seperti baru tersedar dari mimpi.Dia tahu,dialah punca segalanya.

"Bang..jom kita tunggu kat luar."Intan memberi ruang kepada Idzwan dan sarah berbincang.

"Aku dah nasihatkan kau dulu Wan.Nasihat seorang kawan kadang-kadang berguna juga."Halim menepuk-nepuk bahu Idzwan sebelum melangkah keluar.

"Sayang..maafkan abang..abang tak patut buat Sarah macam ni."Idzwan duduk di birai katil.Wajah Sarah ditenung lama.Perasaan bersalahnya merimbun di hati.

"Sarah dah lama maafkan abang.Sarah langsung tak berdendam pada abang."Dia berkata perlahan.

"Terima kasih sayang.."Idzwan mengucup dahi Sarah.Dia sedar dia amat mengasihi Sarah daripada Edora.Entah mengapa saat itu wajah Edora terus hilang dari hatinya.Rindu dan cinta buat Edora juga telah sirna.

"Tapi Sarah minta abang lepaskan Sarah.."Getar suaranya dikawal sebaik mungin.

"Apa Sarah cakap ni?"Idzwan terkejut dengan permintaan Sarah.

"Hati Sarah dah tawar untuk hidup dengan abang.Sarah serik bang.."

"Please sayang..bagi abang peluang betulkan kesilapan abang."Sungguh dia tidak sengaja membiarkan hatinya dibelai oleh cinta Edora.Tangannya mengenggam erat tangan isterinya.

"Sarah dah banyak kali bagi peluang kat abang.Sarah dah cuba pertahankan cinta kita,tapi abang sebaliknya.Abang lebih pentingkan Edora daripada Sarah."Ujar Sarah bersama esakannya.

"Abang tak sengaja Sarah.Abang tak tahu kenapa abang terpaut pada dia.Abang sangat cintakan Sarah.Bagi abang peluang ya."Idzwan merayu.Ditatapnya wajah wanita kesayangannya itu.

"Lepaskan Sarah bang.."Lemah Sarah bersuara.

"Macam mana abang nak hidup tanpa Sarah..abang perlukan Sarah dalam hidup abang."Air mata lelakinya menitis.

"Abang dah tak perlukan Sarah.Abang lebih perlukan Edora.Abang pergilah pada dia.."

"Sarah..abang sedar sekarang.Abang hanya cintakan Sarah seorang.Abang minta maaf sebab hanyut dengan cinta Edora."Sungguh dia menyesal.Dia menyesal kerana dia tidak menggunakan kewarasan akalnya sewaktu memulakan hubungan dengan Edora.Dia terlalu mengikut kata hatinya.Dan ternyata kata hatinya itu salah.

"Kalau abang cintakan Sarah,lepaskan Sarah.."Ayat itu diulangnya berkali-kali.Bukan mudah bibirnya melontarkan kata-kata itu.Kata-katanya itu seakan mencantas tangkai hatinya.

"Sarah..fikirlah tentang anak kita."Idzwan cuba memancing hati Sarah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience