BAB 7

Romance Completed 23326

Aku senyap saja dalam perjalanan ke Yuko Cafe . Dia pun cuba faham situasi aku . Aku nak tanya dia , dia cakap apa dekat Laila untuk 'tutup' cerita pasal aku balik rumah dia . Tapi tak tertanya .

“Kau okay ?”

“Okay kot .”

“Aku dah cakap dengan Laila kat sekolah tadi . Dia cakap dia nak minta maaf dekat kau nanti .”

“Hmm .”

“Dia cakap she didnt mean it . Pasal arwah Mama kau tu dia betul betul minta maaf .”

“Oh .”

“So kau akan maafkan dia ke ?”

“Im only human .”

“Kau takkan maafkan dia ?”

“Aku tak tahulah . Aku serabut . Rayyan aku nak ice cream .”

Rayyan ketawa sambil menggelengkan kepalanya .

“Haish kau ni , tak berubah sikit pun . Princess betul . Fikir aku nak ikut cakap kau ?”

Aku mengecilkan mata . Baik , kalau ini yang dia mahu .

“Jangan cakap dengan aku lagi !”

“Hahaha ... Yelah sampai Yuko Cafe nanti kau order seberapa banyak ice cream yang kau nak . Anything that'll make you feel better makes me feel better .”

“Awwh so sweet of you ... Sweet lah sangat ! Hahahaha !”

Selepas order ice cream , kitorang duduk tunggu band mates Rayyan datang . Rayyan inform Mama dia lokasi kitorang supaya tak risau kenapa balik lambat .

“Broooo !”

“Eh brader ... hidup lagi kau !”

“Lama menyepi sekor sekor . Ada whatsapp bukan nak whatsapp .”

“Hahaha . Biasalah orang nak SPM .”

“So belajar 24/7 lah ni kononnya .”

“Eh , korang kenal en Safa .”

Yusuf yang merupakan drummer aka 'crush' aku mengangguk laju .

“Gila tak kenal ?! Nilah peminat number one kita !”

Perbincangan diorang aku dengar dengan teliti . Memang tengah plan nak buat comeback , cuma tengah fikir masa yang sesuai . Budjet pun kena diambil kira ... Yusuf je yang sama baya dengan kitorang tapi dia sekolah lain . Sam pulak 19 . Tengah study di Segi College . So memang kena fikirkan betul betul , masa lagi ... Hmm .

“Well bro , apa apa hal nanti contact lah . Aku akan try cari waktu untuk kita meet up lagi .”

“Okay , Sam .”

“Kitorang gerak dulu lah , Rayyan . Safa doakanlah comeback ni berjaya .”

“Haha I will .”

“Tak payah bajet kau dah tua sangatlah , Yusuf ! Hahaha .”

“Haha , gerak guys .”

Aku pandang je Yusuf sampailah dia hilang daripada pandangan mata . Rayyan menepuk meja .

“Hoi , dah dah lah tu .”

“Ish kau ni ! Kacau je .”

“Sehandsome handsome si Yusuf Taiyoob tu , handsome lagi aku ni haa .”

“Eh , dia bukan kurma lah !”

“Bla bla bla bla bla ~”

Aunty Sofia mencuba kek coklat yang aku buat bersamanya petang tadi . Sedap ke tak , jadi ke tak ? Texture macam menjadi tapi rasa dia entahlah . Aku ni kadang kadang jadi buat kek , kadang kadang ke laut .

“Sedap kan , Ma ?”

“Sedap ! Pandai betul Afa bake .”

Fuh lega sedap .

“Haha . Aunty pun tolong tadi ka”

“Apalah sangat setakat tolong masukkan dalam oven .”

“Hahahaha . Tolonglah jugak tu , Mama .”

“Eh ni , esok Rayyan balik pukul berapa ?”

“Pukul 3 lah Ma . Duty on .”

“Lah , kesian Safa tunggu satu jam . Aunty ambil Fa lah . Okay ?”

“Eh eh takpe takpe . Its okay , Aunty . Lagipun esok Afa nak pergi cari satu buku ni dekat library . So maybe cari waktu Rayyan duty lah . Hihi .”

“Hmm yelah kalau macam tu . Rayyan esok bawa kunci rumah sekali . Mama esok nak pergi saloon dengan kawan Mama .”

“Ohhh tu yang beriya nak ambil Afa kan ?! Nak ajak sama lah tu .”

“Hahaha .”

“Aah lah . Nak ajak sekali tapi orang tak sudi nak buat macam mana .”

“Ish Aunty ni . Buat Fa rasa bersalah je . Maybe next time lah ,”

Aku baring di atas katil . Check phone , takada apa apa daripada Laila . Sara je tanya aku ok ke tidak . Buka laptop , check Fac . Haa , ada mesej .

LAILA

~Sorry~

Ek eleh . Tak boleh ikhlas lagi ke dia minta maaf ?!

~....~

LAILA

~Sorry k~

Hinanya siap letak 'K' . Ugh . Aku tutup laptop dan main phone pulak .

SARA

~Kau okay ?~

Aku senyum .

~Aku okay dah ni . Thanks for your concern~

SARA

~alright . betul kau okay ni ?~

Aduh Sara … Sara .

~Ye . Hormon aku dah stabil hihihi~

SARA

~Kawan kau yg sorang lagi tu je yg belum stabil weh~

Kawan aku lagi sorang ?

~Laila ?~

SARA

~Siapa lagi ...~

Ugh .

~Hmm malaslah nak cakap pasal dia . Aku ngantuk lah . See you in school~

SARA

~Sorry eh . See you muaxxx~

Aku melelapkan mata . Tak sampai 2 minit phone aku berbunyi .

RAYYAN

“Hello .”

“Woi tidur dah ke ?”

“On the way lah .”

“Keluar kejap boleh ?”

“Keluar mana pulak ...”

“Kat balcony kejap . Kejap je .”

“Taknak lah aku . Its 10:30 I need my beauty sleep okayssss .”

“Eleh belah lah ... Come on , sekejap je .”

“Eii mengada ah . Hmm kejap kejap .”

Aku berjalan ke arah balcony . Ish . Gelap je . Jangan jangan dia nak kenakan aku .

“Hei . Takada apa pun lah .”

Tiba tiba aku nampak benda putih sebelah aku . Aku pandang je , satu lembaga melompat ke arah aku .

“ARGHHH !!! RAYYAN TAK GUNA KAU !”

Rupanya Rayyan sengaja balut diri dia dengan selimut putih . Bilik kitorang berhampiran lah jugak , sebab Rayyan sampai boleh lompat ke balcony bilik aku .

“You should see your face ! Hahaaha !!! Sumpah lawak .”

Aku tumbuk tumbuk badan Rayyan . Dia fikir lawak ke ? Nasib baik phone aku tak terjatuh . Kalau jatuh confirm crack .

“Bodoh bodoh bodoh bodoh bodoh !”

“Hahahahahhaa !!!”

Aku dan Rayyan dah duduk di atas lantai .

“Apa seh motif kau buat ni semua ?”

Rayyan diam . Lama jugaklah dia diam .

“Aku just nak cheer you up je .”

“Itu bukan nak cheer kan aku , itu namanya bagi sakit jantung sakai !”

“Haha , at least kau gelak lepas dah marah aku . And that smile on your face , wear it often . Kata Princess .”

Badan aku tiba tiba je rasa panas . Muka aku merah ke ? Selalunya kalau badan panas ni muka aku mesti naik merah .

“And about Laila , please just forgive her ?”

“I dont know .”

“Dia kata dia dah minta maaf .”

“Yeah just now . Tapi aku tak tahu ikhlas ke tidak .”

“Memaafkan orang tu kan benda yang baik . Please ?”

“Eii poyonya ! Just because dia girlfriend kau doesnt mean aku akan go all angelic on her .”

“Bukan sebab tu je , but dia jugak best friend kau kan ?”

“Tapi best friends tak sepatutnya cakap macam tu . Especially about arwah Mama .”

Suara aku tiba tiba berubah . Tahan je ni nak nangis . Sebut pasal Mama ni ...

“Hmm , eh ! Kau ingat tak dulu kau suka sangat beli bubbles .”

Rayyan cuba tukar topik . Nampak gayanya menjadi .

“Ingatlah . Lepastu aku akan paksa kau tiup then aku menari ala ala ballet gitu hahaha .”

“Those were the best moments in my life .”

“So kau suka lah aku paksa paksa kau ni ?!”

“Tak maksud aku , waktu kau menari tu macam gajah buat circus !”

“Aaaaaaa Rayyan ! Kejam gila !”

Rayyan cakap macam tu sebab dulu aku sangat chubby . Memang aku lah yang paling 'semangat' time kecil kecil .

“Hahaha betul apa !! Aku ada lagi gambar dulu dulu . Nak aku ambil ?”

“Tak payah lah gila !”

Dua dua ketawa tak henti . Sedar tak sedar dah pukul 12 malam . Berborak je , sampai masa berlalu pun tak perasan langsung .

“I think you should jump back lah .”

“I think so too . Sorry ganggu beauty sleep , Tuan Puteri .”

“Hahaha . Macam ni en rasa macam kau ni budak jahat yang sneak out malam malam nak jumpa aku .”

“Macam forbidden love , kan ?”

“Aah ! Fairytale love story .”

Dua dua terdiam sekejap . Aku baru tersedar yang Rayyan ada girlfriend and apa yang aku cakap tadi tu macam ...

“Esok bangun cepat ! Aku ada morning duty esok .”

Fuuuuhh . Awkward gila tadi . Nasib baik Rayyan pandai tukar topik seh .

“Yelah yelah . Night .”

“But seriously , think about it . Maafkan Laila , okay ? Goodnight Fa .”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience