BAB 9

Romance Completed 23326

Aku duduk menonton televisyen di ruang tamu . Semua siaran membosankan . Ugh . Boring betul lah . Badan dah tak berapa panas . All thanks to Aunty Sofia sebab buatkan chicken soup yang sebiji macam Mama punya .

"Assalamualaikum ."

Suara Rayyan . Tak sedar dah pukul 3.30 rupanya .

"Waalaikumsalam ."

"Eh . Kau dah sihat ?"

Aku angguk sikit . Tak tahu lah dah sihat ke belum . Rayyan duduk di sebelah aku dan pegang dahi . Kemudian dia tolak badan aku .

"Eleh mengada ! Dah tak panas dah ."

"Eh bodoh lah ... badan aku still lemah ni sakit lah !"

"Okay okay sorry sorry . Mama aku mana ?"

"Pergi farmasi ."

"Nak beli ubat kau ke ?"

"Maybelah ."

"Haish kau ni menyusahkan orang ah ! Mengada eh nak demam demam lah apalah ."

Aku pandang Rayyan . Kemudian aku nak nangis . Rayyan panik .

"Weh . Alah aku gurau je lah . Afa ?!"

"Janganlah ... aku tak boleh lah macam ni ."

"Sorry lah . Sumpah aku gurau je kau mana ada menyusahkan ."

Aku lap air mata .

"Kau janganlah kacau aku . Aku ..."

"Hmm . Sorry okay ? Aku tahu kau rindu ..."

"Assalamualaikum ."

Papa Rayyan dan Abang Azri dah balik . Serentak salam mereka dijawab oleh aku dan Rayyan . Abang terus datang duduk sebelah aku .

"Dah reda dah tu , bang ."

Abang peluk aku . Terasa macam budak 7 tahun bukan 17 tahun seh ."Haa Rayyan , Mama mana ?"

"Mama pergi farmasi kejap ."

"Oh . Ni Safa dah makan ?"

Aku mengangguk perlahan .

"Afa , nak pergi clinic tak ?"

"Dah puas Aunty pujuk , tak mahu dia tu Azri ."

Aunty Sofia pun dah balik . Dia letak ubat yang dibeli dekat atas meja .

"Aunty ambilkan air . Makan ubat tu ."

"Nasib baiklah Aunty Sofia ada . Boleh tolong tengok tengokkan Afa ."

"Tu lah Uncle . Tak tahu macam mana Azri nak balas jasa keluarga Uncle . Dah banyak sangat tolong kami adik beradik ."

"Apa pulaknya nak berbalas balas , ni semua sebab Daddy kamu pun banyak tolong Uncle dulu ."

"Kahwin kan aje Rayyan dengan Safa , bang ."

Tersedak sedak aku . Baru je makan ubat . Aunty Sofia ni buat lawak ke apa . Rayyan pun dah tak tentu arah . Semua pandang aku .

"Kenapa , Afa tak suka Rayyan ke ?"

Mampus . Macam mana aku nak jawab soalan ni pun aku tak tahu . Abang pun satu , tolong lah aku yang demam lagi pening ni . Dia boleh buat relax melayankan Uncle dengan Aunty .

"Uncle bukan apa , kalau kahwin , lagi eratlah kita sekeluarga ."

Sesak nafas aku dengar . Muka aku merah ke ni ? Dah terasa panas . Ada yang demam balik ni karang .

"Pa , Ma ... Rayyan naik mandi dulu lah ."

"Haa ada je cari alasan . Yang kita ni nak bincang tentang masa depan dia ."

"Abang , Afa pergi kemas dulu ."

Aku pun belah naik atas selepas Rayyan . Nak kemas sikit barang , nak balik rumah aku . Ish . Argh ! Kenapalah banyak banyak benda , topik kahwin jugak dibualkan tadi . Haish . Tak faham aku diorang ni lah .

"Ehem ."

Rayyan berdiri di pintu bilik . Aku langsung tak pandang dia .

"Kau .. kau nak balik dah ?"

"Aah ."

Aku zip beg pakaian , kemudian nak tarik turun daripada katil tu macam payah sikit (maklumlah orang demam) . Rayyan segera datang membantu .

"Sini aku bawakkan . Eh . Kau bawak batu nisan ek dalam ni ? Haha ."

Aku tumbuk lengannya perlahan .

"Kau err ... jangan lupa makan ubat kat rumah nanti ."

"Hmm . Esok kalau aku takada dekat sekolah ..."

"Tahu dah . Nanti aku bagitahu cikgu kau ."

"Thanks Rayyan .

"Thanks je ? Bayar lah !"

"Afa dah siap ?"

Abang naik atas . Aku mengangguk . Dia angkat beg pakaian aku bawa turun .

"Jumpa nanti ."

"Ok ."

Badan aku masih lemah pada keesokkan harinya . Jadi aku tak pergi sekolah lagi . Duduk sorang je dekat rumah . Lunch tadi Abang balik lepastu dia pergi pejabat balik . Maid pun dah balik sebab kerja dia dah siap .

RAYYAN

~ miss u ~

Aku tersenyum membaca whatsapp daripada Rayyan .

RAYYAN

~ sekolah tak sama kalau kau tak datang ~

~ how are you ? dah bertambah ok or sebaliknya ? ~

Banyak pulak soalan dia .

~ getting better , cuma badan lemah sikit . tapi esok aku pergi sekolah ~

RAYYAN

~ balik aku hantar ? ~

Gila ke apa dia ni . Kejap lagi girlfriend dia marah aku lagi .

~ takpelah aku balik dengan Sara ~

Lambat pulak Rayyan reply kali ni . Tapi dia dah baca . Hmm . Baru je aku nak buat benda lain , dia pulak reply .

RAYYAN

~ :( ~

Aku pulak tak reply . Haish .

SARA

~ kau ada dkt rumah ? aku nak hantar notes ~

Baiknya alahai kawan siapa lah ni .

~ kau bagi esok je lah . esok aku datang . miss the teachers ~

SARA

~ r u kidding me ? HAHAHAA . jumpa esok then ! ~

Laila asyik mengelak daripada aku . Dalam kelas pun dia tukar tempat duduk dengan Sara . Aku malas nak bercakap dengan dia . Dah lah minta maaf tak ikhlas . Kalau dia betul betul rasa bersalah , dah tentu dia akan jumpa aku bila aku dah ada dekat sekolah ni haa . Ini tidak , boleh pulak dia lagi mengelak . Bukan hari ni je , tapi hari - hari yang berikutnya pun dia langsung tak tegur aku . Aku dah malas dah , dah malas nak ambil tahu lagi . Selama ni fikirkan dia kawan , rupanya ...

"Afa , Abang nak cakap sikit dengan Fa ni ."

Pelik betul . Tiba tiba je Abang ni .

"Cakap apa ?"

"Esok Abang pergi Vietnam nak uruskan perniagaan dekat sana . Abang pergi dalam seminggu ."

Aku buat muka . Tak suka tahu tak kena tinggal macan ni . Ugh .

"Abang ni always je nak tinggal tinggalkan Afa lah !"

"Alah marah ke ? Sekejap je lah Abang pergi ."

"Seminggu tu lama , Abang . Boring tahu tak kalau Abang takada ."

"Rayyan ada ."

"Dia tu ... buat gaduh boleh lah ."

"Hahaha ... alololo , tak yah nak merajuk sangat lah . Its only for a little while . Abang janji Abang balik bawa souvenirs ."

"Hmm yelah yelah . So , Afa pergi rumah Aunty Sofia lah ni ?"

Abang Azri mengangguk .

"Alright , bos ! Afa pergi kemas baju kejap ."

"Afa ..."

Baru aku nak bangun , Abang Azri menarik tangan aku . Aku duduk balik .

"Abang nak Afa tahu yang Abang love my Princess so much . Tak kiralah dia ni mengada ke manja

ke melebih ke ... I still love her because she is my world ."

Aku diam sekejap .

"Eii apa Abang ni ?! Nak berjiwang pulak hahahha !"

"Eh , orang serious ni !"

"Hahahhha too serious too soon ."

Dua dua gelak . Kemudian suasana jadi sunyi dan serius semula .

"But really , Abang sayang Safa sangat . I dont want anything to happen to you ."

Riak muka Abang Azri menunjukkan yang dia bersungguh sungguh . Aku menghela nafas panjang .

"Yeeeee Abang . Afa pun sayang Abang jugak . Sejak Mama dengan Daddy takada , you're my protector . Jangan risaulah , Abang tak pernah lack of anything cuma ..."

"Cuma ?"

"Haish . Kahwin lah kahwin . Afa nak anak buah comel !"

Abang ketawa kecil . Kemudian dia mengeluarkan sesuatu dari dalam poket seluarnya .

"Ni , untuk Afa ."

Seutas gelang . Abang pakaikan di tangan aku .

"So pretty ! Abang beli ke ni ?"

"Taklah . Ni , arwah Mama punya ."

Aku pandang muka Abang .

"Kenapa Abang bagi Fa ?"

"Arwah Mama pesan , suruh Abang bagi isteri Abang . Tapi ..."

Aku buka balik gelang tu .

"Eii Abang ni en , simpan je lah for your future wife ."

"Afa ... Abang nak Afa ambil ni . Mana tahu Abang tak sempat nak kahwin , haa nanti benda ni selamat lah dengan Afa ."

"Ish Abang !!! Apa cakap macam tu pulak ."

"Haha . Okay , Afa simpankan lah . Boleh ?"

Aku hesitate . Tapi akhirnya accept jugak .

"Hmm okaylah okay ."

"Thanks , Fa . Jaga elok elok ."

"Tapi cantiklah gelang ni kan ?!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience