BAB 6

Romance Completed 23326

Aku , Sara dan Laila duduk bersama waktu rehat . Sambil makan sambil borak macam biasa .

“Afa .”

Rayyan yang sedang menjalankan tugas sebagai ketua pengawas tiba tiba memanggil aku . Semua pandang dia . Dia datang dekat dan bisik .

“Ikut aku kejap .”

Aku bangun dan ikut Rayyan ke belakang kantin .

“Kenapa ? Macam masalah besar je .”

“Weh , nanti kau balik dengan aku eh ? Mama ajak kau lunch dengan kitorang .”

“Oh okay ... weh ! Mana boleh !”

“Asal pulak ?”

“Nanti Laila cakap apa pulak ... kenapa kau tak ajak dia sekali ?”

“Ish ... Mama dengan Papa aku ajak kau sebab family kita kan rapat . Abang kau pun ada sekali nanti . Dia balik dengan Papa aku .”

Aku terlupa Abang sekarang ni tengah ads projek besar dengan syarikat Papa Rayyan .

“Mama kata dah lama tak jumpa family kau .”

“Hmm ... tapi kalau Laila tahu mesti dia ...”

“Jangan bagitahu dia .”

“Hahahahahah .... yelah yelah . Aku nak tunggu kat mana ni ? Confirm Laila tunggu kau kat kereta kau karang .”

“Pasal Laila nanti pandailah aku kelentong . Kau kelentong sikit , cakaplah Abang kau suruh hantar kau balik ke apa ke . Okay ?”

“Yelah yelah .”

Aku kembali duduk . Sara teruskan makan . Laila yang macam nak tanya aku sesuatu tapi tak tertanya . Aku perhati je dia dari tadi .

“Kau nak tanya kan ?”

“Haa ? Eh . Manada .”

“Eleh takada konon . Rayyan bagitahu aku harini Abang aku balik malam sebab meeting dengan client so dia hantar aku balik rumah makcik aku dekat Subang .”

“Eh . Aku ... aku taknak tahu pun lah . Hehe . Makan lah cepat , nanti lambat pulak masuk kelas .”

Eleh . Konon semua ni drama . Hahaha .

“Lama betul kita tak makan bersama macam ni kan ?”

Uncle Sufian , Aunty Sofia dan Abang Azri berborak tentang business lah , cakap pasal next project , cakap pasal bila Abang nak kahwin ... aku dengan Rayyan join sekaki waktu part gelak je . Selebihnya kitorang just dengar perbualan orang tua .

“Ni nanti esok terus ajelah rumah Aunty .”

Tiba tiba main subject aku .

“Haa ?”

Abang Azri menepuk dahi .

“Oh , Abang lupa nak bagitahu Afa . Esok Abang dengan Uncle Sufian kena pergi JB . Nak tengok site . So for your safety , Afa duduk dengan Aunty Sofia okay ?”

What ? Wait a second ...

“Abang kamu pergi dengan Uncle dalam 2 hari je .”

“Esok balik sekolah terus aje rumah ni . Balik dengan Rayyan lah senang . Nanti Aunty esok nak beli bahan buat kek . Rayyan kata Safa buat sedap .”

Tersedak sedak Rayyan . Aku perhati je perangai dia ni .

“Err .. hihi tak ada sedap mana pun . Kan , Abang ?”

“She's lying , Aunty . Boleh lah dikategorikan kalau buka bakery laris macam Secret Recipe .”

Amboi macam melebih pulak perumpamaan tu . Semua terkejut beruk .

“Wah , tak sabar Aunty nak bake dengan Safa esok . Boleh ?”

“Hahaha ... of course lah boleh Aunty . Dahlah Fa menumpang sini esok , takkanlah tak boleh haha !”

“Ish , menumpang apanya . Macam lah Aunty ni orang lain .”

“Mama , jangan manjakan sangat Afa ni . Nanti daripada Princess , duduk sini terus up jadi Queen .”

“Hahahaha kamu ni Rayyan .”

Semua pecah perut bergelak tawa di meja makan . Aku pandang Rayyan , Rayyan pandang aku . Haih . Masalah baru timbul .

“Bang , ambilkan gambar saya dengan budak budak ni haa .”

“Kamu ni , dah macam budak budak tu . Semuanya nak dipost dekat instagram . Tengok Aunty kau ni , Azri .”

“Hahaha , biasalah tu saya pun berinstagram Uncle .”

“Alah sekali sekala ... bukan selalu .”

Selelas gambar diambil , Aunty Maria terus je post instagram dan tag kitorang . Caption tu yang menarik perhatian .

~ lunch bersama anak anak kesayangan ~

Terharu baca :')

Aku kemas baju masukkan dalam beg . Macam macam aku bawa . Tak tanya pun dekat Abang kenapa kena duduk rumah Aunty Maria . Jelas sekali untuk keselamatan aku seperti yang diberitahu tadi . Aku dah buntu nak fikir ni . Kalau Laila tahu , mesti dia jealous . Tipulah kalau tak jealous .

“Fa ?”

Abang masuk ke bilikku . Aku senyum je .

“Eh , besarnya beg ! Dua hari je lah sayang intan payung ...”

“Hehehe . Biar lebih jangan kurang .”

Abang nampak frame gambar Mama dan Papa yang turut aku muatkan dalam beg baju .

“Ni frame ni ? Tinggal je lah . Dua hari Fa , bukan dua bulan .”

“Alah tak apalah ... wait if i miss them mana nak pandang ?”

“Phone ada banyak gambar kan ...”

“Phone tak besarlah tak puas ."

“Hahaha . Suits you lah , Afa .”

RAYYAN

Apa dia nak call aku ni . Haish . Aku pandang je phone tu , tak angkat pun .

“Answer it .”

“Haa ? Oh . Tu si gila tu . Biarlah dia .”

“Tak baik Afa ni . Angkatlah . Ni nanti kalau dah siap kemas beg letak kat bawah , esok Abang hantar beg tu rumah Aunty Maria . Abang nak kemas beg Abang pulak .”

“Okay bos !”

RAYYAN

Lagi sekali dia call . Aku tengok Abang dah keluar . Terus aku jawab .

“Eh weh macam mana ni ?”

“Umm hello assalamualaikum takada tetiba je terjah kau dah kenapa , Afa ?”

“Hish , assalamualaikum .”

“Haa waalaikumsalam .”

“Aku dah come to a dead end dah ni . Macam mana kalau Laila jealous ?”

“Lah .. dia nak jealous apanya pulak ?”

“Yelah ! Aku duduk rumah kau kot . Mesti dia macam 'eh eh why ni why he's my bae not hers' haa”

“Relax lah . Dia pun tahu kita rapat and we're like a family already lah . Pandailah aku jawab kalau dia tanya . Eh , ni aku call ni nak ajak kau pergi Yuko Cafe kejap esok lepas balik sekolah .”

“Asal tak cakap esok je ...”

“Nanti Laila nampak aku bisik dengan kau dia merajuk lagi ...”

“Asal kau nak ajak aku ? Eh kejap , dia merajuk ?”

“Alah hal kecik je tu pandailah aku pujuk . Kau ikut eh esok ? You cant say no lagipun kau balik dengan aku jugak esok .”

“Why me ? Asal tak ajak je Laila ?”

“Dia tu lain sikit lah . Esok aku nak jumpa band mates aku . Laila mana minat benda benda macam tu .”

“Hmm yelah . What choice do I have pun en ... Eh , korang nak comeback ke ?!”

“Haha ... tunggu ah . Belum decide , tu sebab esok nak jumpa kejap , bincang ah .”

“Omg aku harap korang buat comeback its been so long Rayyan ! Rindu AtYourOwnRisk gila gila ....”

“Nantikan AYORISK kembali , insyaallah . Eleh kau rindu band ke rindu drummer ?!”

“Eh dah lah . Aku nak kemas sikit ni . See you tomorrow .”

“Hahaha ... Madang nak berkemas lah apalah .”

Aku dan Sara berborak sementara tunggu cikgu masuk kelas . Hmm tapi aku pelik . Sejak pagi tadi , Laila macam mengelak daripada aku . Sara pun perasan . Walaupun sekarang ni dia join kitorang bergossip , tapi dia tak macam diri dia yang selalu . Hanya gelak sikit je kalau kitorang buat lawak .

“Aku rasa kalau Emma Watson kahwin dgn Logan Lerman anak mesti perfect !”

“Logan handsome kan , Sara ? Argh comel je dia muka babyface .”

“Best lunch dengan family Rayyan ?”

Itu dia . Itulah soalan yang Laila nak tanya aku daripada tadi aku rasa . Sara blur sebab dia tak tahu apa apa . Ayat tadi tu ayat pertama Laila pada hari ini .

“Kau cakap apa ni ?”

“Tak payah lah nak selindung , Fa . Aku nampak dekat IG Mama dia .”

Oh .

“IG Mama siapa ?”

Sara still blur .

“So , macam mana ? Best ke makan dengan family dia ?”

“Kenapa kau tanya aku macam tu ?”

“Aku tanya soalan kan boleh tak kau jangan jawab dengan soalan ? Best ke tak ?”

“Kalau best kenapa ?!”

Aku tercakap kasar pulak . Ish . Aku tak maksudkan pun , tapi aku dah geram sebab cara dia tanya tu macam tak puas hati . Wajah Laila berubah . Dia tenung aku lama .

“Kau ni memang perampas eh ?”

“Apa kau cakap ni , Laila !”

“Kau jangan masuk campurlah , Sara .”

Aku sabar .

“Aku tahulah kau anak manja , kau rapat dengan family dia since parents kau meninggal , kau Princess dan sebagainya tapi tak payah lah sampai tahap nak rampas boyfriend kawan baik sendiri ! Tak semua dalam dunia ni kau boleh dapat lah ! Princess konon ... boleh pergi mam ...”

“Laila !!!”

Sara berjaya menahan Laila daripada cakap perkataan tu . Aku rasa macam nak nangis sekarang . Laila kan kawan baik aku ? Tapi kenapa sebab lelaki dia sampai nak gunakan perkataan tu dekat aku ?

“Kalau dah datang daripada keturunan perampas tu , memang perampas lah ! Ikut jejak langkah arwah Mama kau !”

“Apahal ni ?!”

Rayyan masuk ke kelas aku sebab kebetulan dia lalu di koridor tadi . Aku dah tak tahan . Air mata ni menitis jugak .

“Mama aku bukan perampas .”

Ujarku perlahan kemudian aku terus belah daripada situ .

“Korang tengok apa ? Baca buku lah kalau tahu cikgu lambat masuk !”

Aku dapat dengar suara Sara cuba meredakan keadaan . Reda lah sangat . Rayyan pula mengejar aku .

“Kejarlah dia , kejar !”

Laila punya suara pulak . Aku dah menangis macam budak kecil ni . Masuk toilet kunci pintu . Duduk peluk lutut .

“Afa ... Afa kau jangan buat kerja bodoh dalam tu . Buka pintu ni .”

Rayyan ketuk beberapa kali . Aku buat tak dengar je .

“Safa Tahirah ! Kau dengar ni , kalau kau tak bukak aku pecahkan pintu ni . Kau nak ke aku buat macam tu ?”

Aku tak beri apa apa respon . Masih menangis kat situ . Dunia terasa gelap gelita sekarang ni .

“Afa , open please . Keluarlah .”

“Diam lah ! Pergilah ... jangan kacau aku . Please lah ...”

“Maafkan Laila . Kau tahu dia tengah marah dan bila marah orang akan cakap benda yang dia tak maksudkan .”

“Kau ... kau masuk kelaslah nanti cikgu marah !”

Sambil teresak esak aku bercakap .

Aku dengar Rayyan mengeluh .

“Kau keluar lah . Orang lain nak guna tandas ni jugak . Dont be selfish okay ?”

Aku gelak kecil . Dah agak . Rayyan daripada dulu lagi memang pandai je nak buat aku gelak kalau aku tengah sedih .

“Nanti aku keluar . Kau pergi je lah dulu .”

“Aku nak pergi lah ni . Kau keluar , promise ?”

“Yelah gila !”

Aku dengar bunyi tapak kaki . Confirm Rayyan dah pergi . Aku bangun , basuh muka dan kemudian betulkan rambut . Keluar je daripada tandas , Rayyan terjah daripada belakang .

“Hoi !!”

“EH KAU NI KAN !!! KAU GILA !! AKU BENCI KAU !”

Rayyan ketawa dan kemudian aku pun ketawa . Aku jalan bersama Rayyan sampai ke kelas aku semula .

“Tunggu dekat kereta aku nanti , okay ?”

“Okay .”

“Jangan marah Laila , forgive her okay ?”

“Tak okay .”

Cikgu masih belum masuk kelas . Ini akan memburukkan lagi keadaan kalau Laila asyik tenung aku je . Satu kelas senyap , tak seperti biasa . Selalunya ada cikgu ke takada cikgu ke bising bukan main lagi . Sara beritahu aku cikgu ada meeting dan tinggalkan kerja . Aku buat kerja dengan diam . Sikit pun aku tak pandang Laila - yang sememangnya duduk sebelah aku . Tapi aku dapat rasa dia tenung aku . Pergi mampus ... cakap pasal arwah Mama ... aku tak sangka Laila macam ni .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience