BAB 1

Romance Completed 23326

Trut trut ... trut trut ... Haish lambat pulak dia angkat phone . Trut trut .. trut ...

“Hello ?”

“Rayyan ...”

“Haa , kenapa Fa ?”

“Umm ... can you like , help me with something ?”

Aku terdengar Rayyan mengeluh di hujung talian .

“Haa kau ni takada lain . Everytime you call me at this hour , confirm nak minta tolong .”

“Alah kalau tak boleh tolong its okay hmm fine im alright okay dah bye .”

Aku matikan talian . Ish . Geram betul lah . Nak minta tolong sikit pun tak boleh . Apa punya kawan lah . Tiba - tiba handphone aku berdering .

RAYYAN

Rayyan ! Cis , nak pujuk aku lah tu . Aku jawab panggilan tersebut .

“Hmm .”

“Yelah yelah aku tolong . You know I cant say no to my best friend , kan ? Kau nak aku tolong apa ni ... ?”

Bibirku mengukir senyum . Ya , Rayyan sememangnya kawan baik aku yang paling baik !

“HAA ?!! KAU DAH GILA KE ?!”

Aku jauhkan phone daripada telinga . Bukan main kuat lagi Rayyan menjerit . Apa seh dia ni . Bebel pulak tu macam orang tua .

“Alah ... boleh lah ... please ?”

“No . Kali ni aku takkan tolong kau .”

“But why ? Tadi kau kata apa ?”

“Aku tarik balik kata - kata aku tu .”

Aku pulak yang mengeluh sekarang . Haish dia ni , tadi kata boleh tolong .

Aku buat suara manja .

“Rayyan pleaaaaassseee . Ni last aku minta tolong kau .”

“Safa , aku bukan taknak tolong kau ... tapi nak tipu Abang kau ish , tak berani aku .”

“Alah penakut lah kau ni .. Abang Azri bukan tahu pun kau tipu dia .”

“Habis tak takut dosa ke cemana kau ni , doh ? No way !

“Ish yelah yelah !”

Sekali lagi aku matikan talian . Sudahlah , kalau tak boleh tolong takapa . Aku boleh cari inisiatif lain lah . Bukan Rayyan sorang kawan aku . Ramai lagi orang yang boleh aku minta tolong . Dah tentu diorang akan ...

RAYYAN

Call lagi . Apa dia nak ni ?

“Apa ?!”

“Dont be mad at me ! Kau tahukan ini melibatkan Abang kau sendiri . Kau jangan nak suruh orang lain tolong kau eh ! Kalau aku dapat tahu , aku bagitahu Abang kau perkara sebenar . Dah , esok Sabtu duduk rumah je do some homework or whatever shit .”

Rayyan mematikan talian . Oh no he didnt . Selepas bebel panjang panjang dia boleh je shut me off like that ? Ergh !!! Aku campak phone dan menekup muka aku dengan bantal . ARGHHHH !!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience