BAB 13

Romance Completed 23326

Aku cakap dekat Rayyan aku tak dapat pergi tengok diorang jamming . Tapi hakikatnya , aku boleh pergi . Saja nak surprisekan dia dengan yang lain . Dari jauh aku dah nampak dia bersedia di pentas mini . Aku perlahan lahan pergi sana . Sam dah nampak dah , tapi dia buat bodoh dan sambung berbual kosong dengan Rayyan . Aku pergi belakang Rayyan kemudian tutup mata dia .

"Oi siapa ni ?!"

Sekelip mata je dia pusing belakang dan aku dah tergelak .

"Hahahahah surprise dude !

Rayyan picit tangan aku .

"Ehhh mengada !"

"Sakit lah !"

"Dah dah korang tak payah nak manja manja kat sini ."

Yusuf dengan kayu drum dia tu sibuk nak pukul pukul Rayyan . Aku ketawa lagi .

"Kata tak boleh datang ?"

"Saja ah kenakan kau ."

"Siapa hantar kau ?"

"Abang Luqman dengan Kak Maria . Kebetulan diorang nak keluar dinner so hantarkan je aku sekali ."

"Ee tapi kau ni memang kan .. mengada ."

"Apa pulak !"

Sam datang masuk campur .

"Haa baguslah Afa datang ni . Kalau tak mahu kena baling air muka Rayyan ni ."

"Hahaha . Kenapa pulak ?"

"Yelah kalau menyanyi tak ikhlas , muka masam je baik tak payah . Tadi sebelum Afa datang , muka macam ayam berak kapur . Ni dah datang , terus bercahaya ."

"Woi kau pandai eh buat cerita ."

"Hahaha ..."

Aku duduk di tempat penonton . Mata tepat pandang ke arah pentas .

"Hi !"

Seorang lelaki datang dan duduk sebelah aku . Oh tidak !!!! Lelaki semalam yang dekat IKEA tu .

"Boleh duduk ? Oh sorry saya dah duduk pun hehe ."

Good sense of humor . My cup of tea sangat haha .

"Awak ... yang ..."

"Oh aah . IKEA ."

"Haa . Patutlah ."

"Saya tahu apa awak fikir ."

"Haa ?"

"Saya handsome kan ?"

Aku ketawa kecil . Pergh . Macam mana dia boleh tahu ni bomoh ke apa ? Tapi dia tak guna kelapa pun . Eh tapi tapi tapi tapi ...

"Eh awak selalu ke datang sini ? Tak pernah nampak pun ."

"Oh tak . Saya first time . Kawan yang ajak ."

Dia melambai seseorang di atas pentas .

"Yusuf kawan awak ?"

"Awak kenal dia ? Yelah Yusuf pun dah famous sekarang ."

"Haha . Eh taklah , saya kenal dia dah lama dah sebelum famous lagi ."

Lagu pertama dah mula dinyanyikan . Aku 'menghayati' lagu tu . Mamat ni pulak asyik nak berborak dengan aku . Ah tapi aku tak boleh resist . Dah lah dia handsome , kawan Yusuf pulak tu .

"Awak memang suka eh band underground ?"

"Haa bolehlah . Plus diorang semua kawan saya jadi saya support lah . Hee ."

"Kalau saya join band ni , rasanya awak support saya tak ?"

Soalan apa dia tanya ni . Aku tersipu sipu malu rasanya . Mamat tu pandang aku tepat dalam mata . Aku tak berdebar , cuma rasa tak selesa .

"Tak saya serious ni , awak support saya tak ?"

"Err ... support kot ."

"Kot ?"

"Sorrylah saya tak kenal awak sangat lah . Lainlah diorang , saya dah lama kenal ."

"Hi saya Aiman . Dan saya suka kat awak . Ni number saya , boleh saya nak number awak ?"

WHAT ! Dia tengah mengurat aku ke ni omg omg omg !!!! Apakah binatang ini ? Banyak juga lagu yang dinyanyikan malam tu . Aku pulak berborak dengan Aiman ni . Argh !!!

"Good job guys ! Aku paling suka korang cover lagu Somewhere Only We Know tu ."

Semua high five dengan aku . Aiman baru tahu yang aku tak tipu dan aku memang rapat dengan

diorang semua .

"Aku fikir kau busy dengan Aiman je tadi sampai tak dengar kitorang hahaha ."

Rayyan pandang Aiman . Dia mengisyaratkan supaya Yusuf kenalkan dia dengan Aiman . Yang

dari tadi asyik berborak dengan aku . Muka Rayyan agak tegang . Dia macam tak suka Aiman .

"Afa kau balik abang kau ambil ?"

"Err kau hantar boleh ?"

Rayyan tersenyum . Time tu pulak Aiman masuk campur .

"Awak takada orang hantar balik ? Saya hantarkan nak ?"

Terus hilang senyuman di muka Rayyan . Aku teragak agak nak jawab . Alah ... I like Aiman . Tapi Rayyan ...

"Umm .. its okay Rayyan boleh hantar , kan ?"

"Aah aku hantar dia . Lagipun aku tahu rumah dia dekat mana and aku kenal family dia . I'm sure family dia nakkan someone yang diorang trust untuk bawa dia balik . Lagipun kan dia perempuan and dah mala-"

"Ehem ."

Rayyan stop membebel bila aku berdehem . Aiman mengangguk faham .

"Okay in that case , see you later Afa . Call me ."

"Haha see you ."

Aku nak senyum pun macam tak lalu je . Bila dia dah belah , baru Rayyan bersuara lagi .

"Dia panggil kau Afa ?"

Aku mengangguk .

"Eh dia tak rapat pun dengan kau asal dia panggil kau Afa asal kau tak marah ?!"

"Rayyan , please . Tak lama lagi rapatlah . For your information , dia lah mamat yang aku cakap tu ! Handsome kan ?"

"Yeke ? Aku lagi handsome ."

Hari hari yang berikutnya , masa aku selalu dipenuhi dengan panggilan telefon daripada Aiman . Dia tu buat aku rasa happy je . Mungkin aku dah suka kat dia kot . Dia sendiri cakap dia suka aku . Apa masalahnya lagi , Safa ? Declare je lah .

"Awak bagi saya masa boleh ?"

"Masa untuk apa ?"

"Saya nak fikir sikit lah ."

"Hmm okay . But dont take too long . Nanti saya rindu awak ."

"Hahaha . Okay ."

Talian dimatikan . Aku paling kiri tak kena , paling kanan pun tak kena . Haish tak senang duduk betul lah . Tadi siang aku dah minta pendapat Sara . Dia kata ikut kata hati . Masalahnya aku sendiri tak tahu hati aku bercakap dalam bahasa apa ni . Tak faham langsung .

Aku pandang phone . Hanya ada satu orang je lagi aku boleh harapkan .

Trut trut .... Trut trut ...

"Hellow ?"

Garau gila suara . Tengah tidur lah tu tadi .

"Ni aku lah ."

"Eh , Afa . Haaaaa ."

Sempat lagi dia menguap .

"Weh , pukul 3 pagi kot . Apsal call ?"

"Sorry kalau aku kacau kau tidur . Emm Rayyan ..."

"Hmm ."

"Are you willing to listen ?"

"Anything for Princess ah ."

"Hahaha . Okay macam ni ..."

Dekat setengah jam jugaklah borak dengan Rayyan . Sampai aku sendiri dah terkulat kulat mata ni .

"Kau suka budak Aiman tu ?"

"Mungkin ?"

"Korang baru kenal seminggu kot ."

"Tapi kalau dah jodoh ..."

"Hahaha . Jodoh sangat ."

"Weh macam mana ni , should I ?"

"Fa ... aku jujur tak tahu nak kata apa . But I think kau dengan dia tak secocok langsung hahaha !"

"Ish . Aku serious lah !"

"Okay fine . Hmm . Betul ke kau suka dia ?"

"Aku tak sure apa aku rasa but maybe its love ?"

"Or maybe not . Afa , aku bukan nak cakap apa tapi dia tu kau confirm ke orang yang baik baik ? Kau jumpa dia pun dekat IKEA . Lepastu second place dekat YukoCafe . Kawan Yusuf pulak tu . Aku bukan nak cakap Yusuf tu bercampur dengan budak budak tak baik , tapi aku kenal sangat dengan Yusuf tu . Dia memang ramai kawan masuk air . And pasal Aiman , kau yakin ke dia bersungguh suka dekat kau ? Aku ... aku bukan apa . I just dont want you to get hurt by anyone . Aku akan jadi protector kau . We're best friends afterall . Aku taknak kau dipermainkan ..."

Diam di hujung talian .

"Afa ?"

Aku tak menyahut .

"Fa kau dengar tak apa aku bebel ni ?"

Aku dah tertidur . Sumpah aku sendiri tak perasan aku tertidur . Tapi aku macam separuh sedar sebab aku boleh dengar apa yang Rayyan cakap . Dia ketawa kecil ,

"Sleep tight , Princess . I love you ."

Dan aku beri peluang kepada Aiman . Dia sekarang boyfriend aku . Dan aku girlfriend dia . Agak smooth jugak hubungan kitorang buat tiga minggu pertama . Tapi pada hari yang aku teman Kak Maria shopping aku nampak ...

"Tapi kalau Afa pakai heels ni , confirm jatuh Akak ."

"Ye ke ? Kalau macam tu try lah wedges ."

Aku mencuba beberapa pasang kasut . Kak Maria dengan aku memang semakin rapat .

"Haa kan cantik tu ."

"Cantik ke ?"

"Afa kan tak tinggi mana , so just nice pakai ni . No offense though hahaha ."

"Eleh tahulah Kak Maria tinggi .. haha ."

"So choose one . Kak Maria belanja ."

"Serious ? Omg thanks Akak . Kejap eh ."

"You're always welcome . Afa cari dulu , Kak Maria pergi tengok stiletto kejap ."

Aku belek beberapa pasang lagi . Dalam pada tu , aku terpandang ke luar butik kasut tu . Eh ! Tu bukan Aiman ke ? Dia buat apa kat sini ? Aku tersenyum nakal . Nak pergi kenakan dia lah . Aku keluar daripada butik kasut dan cuba mengekori Aiman . Dia masuk ke sebuah restoran mewah . Niat dihati nak sergah dia sekarang tapi ... Laila ? Aiman duduk di sebelah Laila . Apa kena mengena Aiman dengan Laila ? Diorang sepupu ke ? Atau kawan ? Atau kekasih ?! Cara diorang tu ... selfie sana sini . Nampak macam rapat . Hati aku panas . Aku genggam tangan dan berjalan ke arah mereka . Laila yang perasankan aku dulu .

"Aiman awak buat apa kat sini ?".

"Oopss . Nampak gayanya sampai sini je Aiman permainan kita . Dia dah dapat tahu ."

"Kau cakap apa ni Laila ? Permainan apa ?"

Laila berdiri .

"Kau kenal lagi rupanya aku siapa . Ingatkan lepas kau rampas Rayyan , kau dah lupakan kawan baik kau ni ."

"Aiman . Apa semua ni ?"

Aiman pula berdiri . Muka dia sedikit pun takada rasa bersalah .

"Semua ni permainan Laila je . Aku tak suka kau pun ."

"Awak cakap apa ni ? Laila , permainan apa ni ?!"

"Wow slow down , PRINCESS ."

Dia sengaja menekankan perkataan 'princess' tu .

"Aku dah pernah cakap dekat kau dulu kan ... tak semua yang kau nak kau akan dapat dalam dunia ni . Dan aku rasa sekarang ni baru kau rasa apa yang aku rasa bila Rayyan tipu aku kan ? Haha ."

Air mata mula bertakung . Aku tahan lagi . Sumpah rasa nak tumbuk je muka diorang .

"Aiman , I trust you . Saya percayakan awak . Saya dah mula sayang dekat awak and this is what you give back to me ?!"

"Bukan salah aku kau jatuh cinta dengan aku ."

Air mata tolonglah jangan keluar . Aku kuatkan semangat . Senyum depan diorang .

"Kau berdua memang sepadan ."

Aku terus keluar daripada restoran tu dan masuk semula ke butik kasut . Kak Maria lega nampak aku .

"There you are . Pergi mana ? Baru Kak Maria nak call . Dah pilih ?"

"Hee . Umm takapalah . Lain kali je Kak Maria belanja Fa boleh tak ? Afa .." Aku dah start nak nangis . No , not here Safa .

"Afa kenapa muka merah ni ? What's wrong ?"

"Afa nak balik ."

Kak Maria faham . Dia pun tak jadi beli kasut . Sepanjang perjalanan aku diam saja dan Kak Maria pun tak berani tanya . Sampai saja rumah , aku berlari masuk ke bilik dan kunci pintu . Aku baring dan memeluk bantal . Air mata menitis sedikit demi sedikit . Kemudian bantal semakin basah . Sakitnya hati aku . Rasa dia sama seperti kehilangan arwah Mama , Daddy dan Abang Azri . Peritnya sama ... kehilangan orang yang kita sayang . Aku sungguh tak sangka Aiman macam tu . Laila dah rancang semua ni dengan dia . Aku sepatutng dengar cakap Rayyan dulu . Apa kena dengan aku ni ? Kenapa aku bodoh sangat ? Mama , Daddy ...

JIKA SUATU HARI DUNIAMU MENJADI GELAP , INGATLAH BAHAWA MASIH ADA CAHAYA YANG MENEMANIMU .

Aku menangis saja sepanjang hari tu . Nangis sampai tertidur .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience