BAB 10

Romance Completed 23326

Aku duduk di dalam bilik di rumah Aunty Sofia . Tengah baring baring , check Twitter check Fac . "Kapal terbang terhempas ? Yeye je lah budak budak ni ."

Lepastu aku teringat gelang yang Abang bagi . Aku pakai . Hmm cantik lah . Pandai arwah Daddy pilih untuk arwah Mama . Simple but nice . Aku main main dengan gelang tu . Entah macam mana , kancingnya terputus .

"Oh shit . Abang mesti marah ni nanti ."

Tiba tiba telefon bimbit aku berdering . Aku letak dulu gelang tu .

"Hello ?"

"Hello , Cik Safa ni saya , Dania secretary Encik Azri ."

"Oh .. ye ada apa ? Abang dekat Vietnam kan ?"

"Cik Safa , saya harap Cik bersabar dan bawa bertenang . Berita yang saya nak sampaikan ni ..."

Jantung aku dah berdegup kencang .

"Kenapa ni ?!"

"Pesawat yang Encik Azri naik ..."

Telefon bimbit aku jatuh ke lantai . Aku tak menangis lagi . Aku masih dalam keadaan terkejut . Terus saja aku berjalan keluar daripada bilik aku dan mengetuk pintu bilik Rayyan . Dia membuka pintu , di telinganya ada telefon bimbit dia .

"Haha ... so tomorrow okay ? I bawa you ."

Muka aku kosong memandang Rayyan . Mulanya dia terus bercakap dengan Laila di talian . Kemudian baru dia matikan .

"Laila , I'll call you back ok bye ."

"Rayyan ..."

"Kau dah kenapa , Fa ? Kena rasuk ek tengah hari buta ni hahahaha !"

"Kau ada dengar berita kapal terbang terhempas ?"

"Takde . Eh tapi , kat Twitter trending . Aku taknak percaya sebelum keluar berita . Yelah , kau tahulah orang kita ni suka sangat reka cerita . Padahal benda tu tak sahih pu ..."

Rayyan tak sempat menghabiskan ayatnya .

"Abang ada dalam plane tu ."

Rayyan diam sekejap .

"Ap ... apa kau cakap ni ?"

"Abang ... Abang aku Rayyan . Abang ada dalam plane tu ."

Sekarang baru air mata keluar berjurai jurai . Rayyan teragak agak , tetapi dia terus je peluk aku untuk menenangkan aku .

"Pa ! Mama !! Papa Mama !!!"

Uncle and Aunty berlari ke bilik Rayyan . Semua kelam kabut . Rayyan beritahu apa yang berlaku . Aku pulak tak henti henti menangis .

"Afa ... Ya Allah dugaan apa yang Kau beri ."

Aunty Sofia memeluk aku dengan erat . Uncle pulak busy telefon orang itu dan orang ini untuk mendapat info dengan lebih lanjut . Memang kelam kabut semuanya . Aku ? Aku tak tahu apa yang jadi ...

Aku buka mata . Pandang sekeliling . Ini bukan bilik aku , bukan juga bilik di rumah Aunty Sofia . Tangan aku digenggam erat oleh seorang perempuan . Dia dah tertidur . Bila aku bergerak baru dia sedar . Sara .

"Afa ? Afa dah sedar . Allhamdulilah ."

"Sa .. Sara . Kenapa aku kat sini ?"

"Kau pengsan lepas ..."

Aku menunggu dia menghabiskan ayatnya , tapi dia tak dapat nak habiskan .

"Abang ."

Aku teringat sendiri semuanya . Abang Azri . Kapal terbang .

"Abang ! Sara , aku mimpi kan ? Abang aku still hidup kan ?"

Sara duduk di situ . Kaku .

"Sara !!! Sara cakaplah jangan diam ! Aku nak pergi cari Abang aku ."

Aku bingkas bangun . Sara menahan aku .

"Fa ... Fa calm down Fa ."

"Abang !"

Aku dah start nak meracau .

"Abang ! Abang , dengar tak Afa panggil ?!"

"Nurse !"

Aku nampak Rayyan masuk bersama Aunty Sofia . Seorang jururawat dan seorang doktor masuk sekali . Aunty Sofia cuba memeluk aku supaya aku tak lari .

"Aunty . Abang Fa mana ? Rayyan , Abang aku hidup kan ? Abang aku still hidupkan ?!"

Aku geram tengok semua orang . Aku menumbuk dada Rayyan .

"Kenapa kau diam ?! Kenapa kau diam haa ?! Beritahu aku semua ni mimpi aku nak Abang aku ..."

Teresak esak aku menangis . Doktor tadi terpaksa inject aku supaya aku tenang . Dalam tangisan , aku rebah juga akhirnya . Tapi aku dapat dengar sikit sikit perbualan mereka sebelum aku tidur sepenuhnya .

"Biar dia berehat dulu ."

"Dia masih tak dapat terima hakikat , Doktor ."

"Saya turut bersimpati . Tapi Datin Sofia jangan risau , ini bukan kali pertama pesakit kita bertindak agresif ."

"Dia tak agresif ! Saya harap lain kali Doktor jangan beri dia apa apa suntikan ."

Terdengar bunyi tapak kaki dan aku rasa Rayyan keluar daripada bilik itu . Tangan aku pula masih digenggam erat oleh Aunty Sofia . Dan aku ...

Dua hari berlalu selepas pemergian Abang Azri . Kenduri arwah semuanya diaturkan oleh Uncle . Walaupun aku dah muka redha dengan apa yang berlaku , tapi hati aku tetap taknak terima semua ni . Selepas semua tetamu pulang , aku dan yang lain duduk di ruang tamu .

"Safa , Uncle nak Safa tinggal je dengan Uncle . Segalanya Uncle tanggung nanti . Pasal syarikat keluarga , Safa jangan risau . Uncle akan handle semuanya . Yang penting sekarang ni is you ."

Aku mendengar dengan teliti . Aunty Sofia memang memeluk aku daripada tadi .

"Uncle dengan Aunty sayang Afa tau . Ingat tu ."

Aku tersenyum tawar .

"Ada hikmah kenapa semua ni terjadi , Fa . Safa kena redha ."

Aku tunduk . Mereka bincangkan beberapa perkara lagi . Aku sekadar mengangguk perlahan .

"Afa , anggap Uncle dengan Aunty ni Mama dengan Daddy ."

"Kita semua sayang Afa , okay ?"

Air mata menitis .

"Thanks , Uncle . Uncle dengan Aunty dah banyak ... banyak tolong Afa ."

"Shhh ..."

"Afa , we'll always be here for you ."

Kata kata Rayyan tu betul betul buatkan aku tersentuh . Aku dikelilingi oleh orang orang yang menyayangi aku . Allah ambil Mama , Daddy dan Abang Azri . Tapi aku dikurniakan Uncle , Aunty dan Rayyan . Ya , semua yang terjadi pasti ada hikmahnya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience