BAB 12

Romance Completed 23326

Masa berlalu dengan begitu pantas sekali . Selesai menjawab kertas terakhir untuk SPM , aku meluru keluar daripada dewan dan nampak Rayyan dah bersandar di keretanya . Dia tabik hormat , kemudian dia senyum . Aku menggelengkan kepala . Apalah dia ni . Dia kalah dengan aku waktu percubaan , jadi dia akan tabik aku setiap kali kitorang di sekolah .

"Harini last aku tabik kau , Tuan Puteri ."

"Hahaha . Kau ni beduk lah ."

"Dah jangan nak gunakan ayat pelusuk kampung mana tah dengan aku . Nanti aku tak faham , kena bodoh pulak ."

Rayyan pandu kereta ke YukoCafe . Comeback AtYourOwnRisk membuatkan mereka agak famous . Sekarang memang ramai yang kenal Rayyan sebagai vokalis band tu .

"Kau rasa , aku boleh ke SPM ni ?"

"Are you joking ? Kau dah jawab dah pun semua paper . I'm sure you're gonna nail it . Hei , kita dah graduate !!!! Wohooooo !!!"

"Hahahahha yeah !!! Kita takkan kembali ke sekolah lagi ."

"No more boring teachers ."

"No more books !"

"No more annoying classmates !"

"No more no more ~"

"No more stupid school rules ."

"Eh , kau bukan ketua pengawas ke ?! Yang selalu demerit orang tak ikut school rules !! Hahaha ."

"Aku benci sebenarnya undang undang sekolah tu hahahaha !"

"Bodoh lah kau hahahahahh ..."

"Cheers guys !!" Semua bersorak . Sorakan paling kuat sudah tentu daripada aku , Rayyan dan Yusuf yang sememangnya pelajar 'lepasan' SPM .

"Jadi lepasni kita boleh jamming bila bila masa je ."

"Eleh , Sam ... habis kalau kau ada kelas kitorang tetap tak boleh jamming jugak hahaha.”

"Aku guitarist , apa sangat function aku ."

"Eceh padalah banyak tu hahaha ."

"Excuse me , umm boleh ambil gambar tak ?"

Haa datang dah dua tiga ekor peminat nak ambil gambar . Sam mengangguk dengan poyonya .

"Boleh je takada masalah ."

"Alamak , kitorang pakai baju sekolah lah ."

Yusuf buat muka demand taknak ambil gambar berbaju sekolah .

"Alah takpe , you guys lagi hot kalau pakai macam ni hehehe ."

Aku perhati je perangai .

"Fa , snap kan please ?"

Aku tenung Rayyan . Bersungguh sungguh dia nak aku snap .

"Say raveeeeee ~"

"Thanks eh . Ni girlfriend Rayyan ke ? Sebab dari tadi kitorang tengok macam rapat je ."

Aku dan Rayyan pantas menggeleng . Yusuf tersenyum .

"Yang ni Safa , kawan baik kitorang . Boleh dikatakan scandal I . Haha ."

"Hahaha . You ni pandai lah buat lawak ."

Sam dah tak tahan . Dia 'halau' peminat tu .

"Okay okay jangan lupa beli album eh ? Kitorang busy sikit ni okay bye !"

Peminat diorang belah jugak akhirnya . Penat lah macam ni . Ni bukan kali pertama aku tolong snap kan gambar . Fikir aku photographer peribadi diorang ke ?

"Lepasni aku taknak dah lepak dengan 'artis' macam korang ni ."

"Lah , relax lah Afa ."

"Tu baru sikit , there's more to come Fa . Hahaha ."

Aku dan Rayyan sampai di rumah lebih kurang pukul 5:30 . Bergurau senda dan bergelak tawa masuk ke ruang tamu . Salam kitorang dijawab oleh ramai orang . Maksud aku , bukan Uncle dengan Aunty je yang ada dalam rumah tu . Aku dan Rayyan tercegat di situ .

"Haa dah balik dah dua orang ni ."

"Sorry balik lambat Pa . Tak sangka pulak kita ada tetamu ."

"Its okay . Last paper kan . Mama pun dah bagitahu Papa kamu dengan Afa pergi jalan sekejap . Afa , they're here for you ."

Aku tercengang . Tetamu ni cari aku ? Tapi kenapa ek .

"Umm , Afa ?"

Uncle dan Aunty mengangguk . Kedua dua tetamu tadi tersenyum memandang aku . Aku membalas senyuman itu tapi otak still blur . Aku kenal ke dengan diorang ? Seorang lelaki dan seorang perempuan . Umur mungkin dalam lingkungan 30an .

"Rayyan boleh naik mandi dulu ."

Cara Uncle Sufian cakap tu macam lebih kepada arahan dekat Rayyan . Rayyan tanpa banyak bertanya terus naik atas . Aku pula pergi duduk di sebelah Aunty Sofia .

"Afa , yang ni abang tiri Afa , Luqman dengan isteri dia Maria .".Abang tiri . Maksudnya , anak arwah Daddy dengan isteri pertama . Diorang datang nak bunuh aku ni . Mesti diorang nak balas dendam . Weh apa kau merepek ni ? Muka nampak baik je . Eh , tapi zaman sekarang ramai muka baik alim tapi ... ish Safa Tahirah ! Apa yang kau fikirkan ni ish ish ish .

"Tahirah boleh panggil abang , Abang Luqman ."

Aku senyum je . Okay apa motif datang sini ? Haha tapi tak tertanya pulak .

"Syarikat keluarga Afa , Uncle dah serahkan kepada Abang Luqman kamu . Lepasni , semuanya Abang Luqman yang handle dan bukan lagi Uncle ."

"Sorry Abang tak dapat balik Malaysia waktu Abang Azri meninggal ."

Kejap . Aku tak faham . Ni nak rampas harta ke cemana ? Eh tapi dia memang orang baik lah , Fa . Takkanlah ...

"Afa , mulai hari ini Afa akan duduk balik rumah Afa . Kak Maria akan jaga Afa dekat sana . Mereka akan duduk sekali dengan Afa ."

Kejap . Kejap . Aku menarik nafas panjang . Barulah semuanya makes sense sekarang . Diorang akan jaga aku from now onwards . Aku takkan tinggal dengan family Uncle lagi .

"So Afa kena pergi balik ... rumah lama ?"

Aunty dapat rasa yang aku macam taknak tinggalkan rumah ni .

"Afa , you can always come here . Kalau rindu , datang je . Pintu rumah ni selalu terbuka untuk Afa tau ."

"Uncle dengan Aunty tak kisah kalau Afa still nak duduk sini , tapi tak manis juga sebab Abang Luqman kamu nak jaga kamu Fa ."

"Abang bukan apa , cuma Abang menyesal kita tak dapat membesar bersama sekeluarga . Ni Abang dah balik , Abang nak kita bersama ."

Panjang lebar jugak dia berseloroh . Dalam otak aku cuma fikir satu . Rayyan macam mana kalau dia dapat tahu ?

"Kau nak balik harini jugak ke ?"

Aku mengangguk . Tangan masih melipat beberapa pakaian .

"Lepas makan malam aku balik ."

"Tak boleh ke kau tinggal sini je ?"

Aku menggeleng .

"Takpelah . Kau pun bukan tak tahu rumah aku dekat mana . Datang je lah kalau kau still nak lepak dengan someone yang tak 'famous' ni ."

"Hahaha ..."

Diam sekejap . Kemudian Rayyan menyambung ,

"Lepasni aku dah tak ada member nak lepak dekat balcony lagi ."

Aku diam .

"Takada member nak kenakan lagi ."

"Itu yang sebenarnya kan ! Nak kenakan aku je kerja kau . Haa bagus lah jugak aku balik ni . Biar aku pergi ."

Rayyan tiba tiba menyanyi .

"Tinggalkan ku , perlahan lahan ku terima ..."

"Bodoh lah kau ."

Aku campak bantal kat dia .

"Haha ... nanti aku tak dapat tengok senyuman kau lagi . Your precious smile that greets me every morning and i'll miss your voice cursing at me ."

Aku pandang dia , dia pandang aku .

"I'll miss yours too ."

Hai bilik lama . Hai katil , almari , carpet , toilet ... We meet again . Banyak benda nak kena buat sebab dah agak berhabuk . Mula mula aku bersihkan almari . Hacuuumm !!!! Ahhh gatal hidung aku ni .

"Biarkan je , Tahirah . Esok Abang panggilkan pembantu rumah tolong bersihkan ."

Kak Maria meletakkan sebuah kotak di atas katil . Kak Maria ? Emm macam pelik panggilan tu .

"Thanks . Umm , akak ... apa tu ?"

Dia membuka kotak tersebut . Aku mendekati . Ada beberapa album .

"Ni kan gambar Afa waktu kecil ."

"Yes . Arwah Daddy Tahirah buat copy dan hantar pada kami di Australia . Dia nak kami tahu tentang kewujudan Azri dan Tahirah ..."

"Umm Kak Maria , panggil je Afa ."

"Oh , okay Afa . Gambar gambar ni semua kalau Afa tengok dekat belakang ni ..."

Dia menterbalikan salah satu gambar . Ada sesuatu yang ditulis di situ .

SAFA TAHIRAH BINTI RAHMAN , 1 BULAN 3 HARI .

Gambar seterusnya pun ada tulisan tersebut . Kadang kadang ada beberapa 'caption' yang melucukan .

AHMAD AZRI BIN RAHMAN BERSAMA SAFA TAHIRAH BINTI RAHMAN . SELALU GADUH TETAPI SALING SAYANG MENYAYANGI .

Ada kalanya aku tertawa .

"Ni semua arwah Daddy yang tulis tau ."

"Ye ... ye ke ?"

"Iye . Gambar ni , favourite kakak dengan abang Luqman ."

Kak Maria tunjuk gambar keluarga . Ada arwah Mama , arwah Daddy mendukung aku , dan arwah Abang Azri bergaya bajet macho . Oh , tak lupa juga Rayyan yang photobomb di belakang . Tak silap aku ni semasa birthday aku yang ke 4 . Haha . Kecil kecil dah pandai photobomb si Rayyan ni .

"Kenapa ni favourite Kak Maria ?"

"Sebab ... baca ni ."

Bila diterbalikan , ada satu perenggan pendek yang berbunyi ,

ULANGTAHUN KE 4 PUTERI KESAYANGAN KAMI . HARI INI SAFA TERSENYUM DIKELILINGI OLEH ORANG ORANG YANG MENYAYANGINYA . JIKA SUATU HARI DUNIAMU MENJADI GELAP , INGATLAH BAHAWA MASIH ADA CAHAYA YANG MENEMANIMU .

Kemudian tulisan itu sedikit berubah . Aku fikir arwah Mama yang menyambungnya .

GROW UP WELL , SAFA . MAMA DAN DADDY SENTIASA ADA UNTUK SAFA . EVEN IF WE'RE NOT REALLY THERE , JUST PUT YOUR HANDS ON YOUR HEART . YOU'LL FEEL US . SALAM SAYANG , MAMA & DADDY .

Rasa nak menangis baca . Ni ... aku tak sangka Daddy buat semua ni . Hantar gambar gambar ni semua dekat Abang Luqman dan Kak Maria sebab nak mereka tahu yang aku dan abang orang yang macam mana , apa yang kitorang buat ...

"You can keep these ."

Kak Maria peluk aku sikit . Aku senyum .

"Apa kata kita pergi IKEA esok ? This house perlukan sedikit sentuhan Maria Larissa ."

W H A T T H E H E L L ?!

"Kejap . Akak cakap apa tadi ?"

"Rumah ni perlukan ..."

"Tak . Nama penuh akak apa ?"

"Maria Larissa binti Albert ."

Aku tak habis terkejut pasal segala yang berlaku lagi , dia tambah pula dengan kejutan ini .

"You're ... Kak Maria ..."

"Haha . Yes dear . I am Maria Larissa . Hi Afa , nice to meet you ."

AKU RASA MACAM NAK JERIT ! OMG TAK SANGKA MARIA LARISSA , INTERIOR DESIGNER YANG SANGAT TERKENAL TU JADI KAKAK IPAR AKU OMG NI SEMUA MIMPI KE APA ?!

"So , nak tak pergi IKEA esok ?"

Aku melompat lompat kemudian peluk Kak Maria . Terlalu gembira untuk tak melompat . Safa relax jangan over sangat . Ohhhh aku nak bagitahu Sara pasal ni .

"SHUT UP !"

"ARGHHHH "

"WOII !!!"

"AKU TAHU KAN !"

"UNBELIEVABLE LAH SIAK !"

Sara sendiri terkejut beruk . Aku duduk serumah dengan Maria Larissa . Dia akan 'touch up' rumah ni . Bilik aku pun sama !!!! Kepala aku nak meletup ni . Mama , did you see all these coming ? Arwah Mama mesti gembira tengok aku macam ni sebab dari umur aku 10 tahun memang aku dah minat dengan interior designer yang ada . Of course time tu Maria Larissa belum terkenal pun . But now ... please jangan cakap dengan aku . Aku famous .

Memang rambang mata kalau pergi IKEA ni . Macam macam aku nak beli . Kak Maria pun agak impress dengan taste aku sebab dia kata sesuai dengan rumah tu . Lama jugaklah belek itu belek ini . Tiba masanya nak bawa masuk kereta jadi satu masalah . Ada satu almari DIY tu , tak sangka pulak berat semacam .

"Afa pergi panggil security guard je lah tolong angkatkan ."

"Hahaha . Kejap . Akak rasa akak boleh ni ... on the count of three ."

"Emm , nak saya tolong tak ?"

Tepat pada masanya . Seorang lelaki tinggi lampai macam tiang TNB datang membantu . Aku rasa dia baya aku jugak ni sebab muka muda cuma dia tinggi dan badan agak tegap . Aku pandang je dia . Tak tahu asal macam starstruck tengok dia . Kak Maria yang jawab .

"Haa boleh sangat dik . Tolong angkatkan yang ni eh ."

"Okay Kak ."

Lelaki tadi letak barang dalam kereta , kemudian dia senyum kat aku . Dia senyum kat aku !!! Ya Allah handsomenya mamat ni .

"Terima kasih eh dik . Nah ."

"Eh takapalah Kak . Saya tolong ikhlas ."

Baiknya . Tolak duit yang Kak Maria nak bagi . Hmm calon suami hahahahahahaha .

"Ni nanti nak turunkan daripada kereta ada orang nak tolong angkatkan tak ?"

"Haha suami akak boleh tolong angkatkan . Terima kasih sekali lagi ye ."

"Sama sama ."

"Fa ?"

Aku pandang je mamat tadi .

"Afa ?"

Sampai tak perasan Kak Maria panggil .

"Safa ?!"

"Haa ye . Hee . Dah ? Jo ... Jomlah balik . Hehe ."

Lelaki tu pandang je aku sampai aku naik kereta . Then dia lambai kitorang . Awwwh so sweet so handsome so charming arghhh adakah aku dah jatuh cinta dengan stranger ni ? Ahhhhhhhh

Malam tu , aku tak boleh stop fikir pasal mamat tadi . Gila lah . Mengganggu betul dia tu . Nasib baik SPM dah habis . Kalau tak , tak boleh focus aku .

RAYYAN

Rayyan call ! Cepat saja aku angkat phone .

"Arghh Rayyan ! Kau tahu tak ?"

"Tak ."

"Memang lah sebab aku belum bagitahu . Weh , tadi en ... ada sorang mamat ni dia tolong kitorang angkat barang tau . Handsome gila ! Dia pandang je aku . His smile . Bro I think I'm in love ."

"Hmm patutlah tak call tak whatsapp aku semua . Dah dilamun cinta Tuan Puteri ni ."

"Ish ! Bukanlah macam tu . It's just that haish ... he's so charming ."

"Haa starstruck ah tu ."

"Hell yeah like a lot ! And yeah sebelum aku terlupa , kakak ipar aku Maria Larissa ."

Krik krik krik krik .

"So ?"

"So ? Eh kau tak kenal dia ke ?!"

"Nope ."

"Oh my gosh Rayyan . Dia tu ..."

Panjang lebar aku terangkan dekat Rayyan . Aku pun cerita jugak macam mana diorang layan aku dekat sini . Sangat baik .

"Eh kejap , kau call nak apa ek ?"

"Haa tu lah kau asyik 'sembur' je sampai aku takada chance nak cakap . YukoCafe esok ?"

"Ada apa ?"

"Jamming ."

"Okay set ! Pukul berapa ?"

"Macam biasa lepas isyak ."

"Alah ..."

"Why ?"

"I gotta ask Abang Luqman dulu . Yelah sebab malam and diorang tak biasa lagi dengan 'schedule' aku ni ."

"Hmm alright . Apa apa text aku . I'll be waiting ."

"Okay Rayyan ."

"Goodnight Afa ."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience