BAB 14

Romance Completed 23326

Aku dikejutkan oleh Kak Maria untuk makan malam . Senyap saja di meja makan . Abang Luqman dan Kak Maria yang banyak berbual bersama . Bila ditanya , sepatah aku jawab .

"Umm , Afa ."

Aku mengangkat muka .

"Apa sebenarnya jadi tadi ?"

Aku diam . Abang Luqman mengangkat pinggannya sendiri - buat pertama kalinya .

"Abang pergi dapur kejap ."

Saja lah tu , dia faham yang aku mungkin nak bercakap privately dengan Kak Maria .

"So ?"

Teragak agak aku nak beritahu Kak Maria . Tapi selagi aku tak cerita dekat seseorang , selagi tu aku akan tertekan .

"Kalau Afa taknak bagitahu takapalah . Nanti kalau -"

"Boyfriend Afa kenakan Afa ."

Kak Maria ketawa kecil .

"Jadi sekarang ni kiranya Afa merajuk lah ?"

"Bukan kenakan macam tu ."

"Then ?"

"Dia ... dia pura pura je suka Afa ."

Kak Maria terdiam . Agak lama jugak sebelum dia datang peluk aku . Aku tak nangis , cuba rasa sedih tu tetap ada .

"Orang macam tu dont deserve someone as good as you . Biarkan je orang buat kita ,"

"Tapi jangan sesekali kita buat orang ."

Abang Luqman duduk semula di meja makan .

"Fa , lelaki ni ..."

Agak panjang lebar Abang Luqman cerita pasal lelaki . Aku dengar je . Kak Maria pulak cuba nak beritahu aku kenapa perempuan ni dikatakan lebih 'mengambil berat' tentang relationships daripada lelaki .

"Afa pun masih muda . Jauh lagi perjalanan . Ramai lagi orang yang Afa akan jumpa nanti . Siapa nama lelaki tu ?"

"Aiman ."

"Haa buang jauh jauh nama dia . Anggap je Aiman tu datang sebab nak bagi pengajaran dekat Afa . Jangan mudah sangat percaya dengan orang , selidik betul betul dia tu , keluarga dia , perwatakan dia .."

Ada betulnya juga cakap Abang Luqman dan Kak Maria tu . Salah aku sendiri jugak sebab tergesa gesa sampai buta , tak nampak yang aku terang terang dipermainkan . Lepas ni aku kena make sure nice really means nice . Selepas 'sesi' tu , aku masuk ke bilik . On laptop . Sara ajak aku Skype . Aku mengambil keputusan untuk beritahu dia apa yang jadi . Nangis ? Of course ada nangis . Senang cakap buang dia jauh jauh , tapi bila hati dah mula sayang ...

Malam tu aku nak tidur pun susah . Kiri tak kena , kanan tak kena . Sampai 2 pagi aku masih berjaga . Tekak yang haus membuatkan aku turun ke dapur . Sambil minum , sambil teringatkan kenangan aku bersama Aiman . Walaupun hanya 3 minggu , banyak yang kami lalui . Walaupun dia berpura pura , tapi aku tak . Air mata memang akan menggedik menitis .

"Afa tak tidur lagi ?"

Aku cepat cepat lap air mata bila Kak Maria tegur .

"Eh . Akak . Dah tidur dah tapi bangun sebab haus . Kak Maria ?"

"Akak pun dah tidur . Tapi Abang kamu tu pening kepala , ni Kak Maria nak ambilkan air dengan panadol ."

"Oh ... umm . Fa naik dulu eh ."

"Haa yelah ."

Fikir macam tu mudah je ke , aku nak lupakan dia ?

Selepas bersarapan aku duduk di balcony dan memerhatikan gelagat kanak kanak yang nak ke sekolah . Jiran sebelah punya anak pun aku perhatikan . Mama , dulu Afa macam tu ke ? Tiba tiba aku nampak dua orang remaja menaiki basikal bersama . Aku agak diorang tu mesti tengah bercinta . Hmm . Aku harap lelaki tu tak tipu si perempuan tu seperti mana Aiman tipu aku . Laila . Sampai hati kau buat aku macam ni ? Bahagia sangat ke hidup kau tengok aku merana macam ni ? Aku tak faham betul lah dengan dia . Aku termenung . Kereta Abang Luqman baru saja meluncur keluar daripada garaj kereta . Dia ke pejabat lah tu .Kak Maria memerhatikan aku daripada bawah . Mulanya aku fikir dia dah masuk , tapi lepas dah lama termenung baru perasan yang aku diperhatikan oleh Kak Maria . Aku masuk ke dalam bilik dan buat buat sibuk . Tak lama kemudian Kak Maria mengetuk pintu .

"Afa okay ?"

"Okay . Hee ."

Kak Maria mengeluh sedikit , kemudian dia menghilang . Aku hargai Kak Maria dan Abang Luqman yang mengambil berat tentang aku . Tapi buat masa sekarang aku mungkin perlukan sedikit masa untuk terima semua ni , untuk 'inhale' apa yang baru berlaku dalam hidup aku . Aku berbaring , kemudian satu satu kenangan tu datang balik . Aku dah tahan , tapi air mata ni degil .

RAYYAN

Dia call ? Nak apa agaknya .

"Hello ?"

"Rindu gila Princess seh . Dah lama kau tak call aku ."

"Hihi . Err , aku busy sikit ."

"Busy ? Busy produce air mata eh ?"

Aku diam sekejap . Kemudian Rayyan bersuara ,

"Kau jangan marah Sara . Dia yang beritahu aku . Afterall , kita semua kan kawan baik . Kenapa kau tak beritahu aku pasal ni ? Boleh aku bagi sekaki dekat mamat tu !"

"Rayyan ."

"Aku paling tak boleh belah orang sakitkan hati kawan kawan aku . Lagi lagi kau . Nak je aku bagi dia makan pasir ."

"Rayyan , dah lah tu . Aku malas nak cakap pasal ni . Kau macam mana ?"

"Haih ... Afa . Aku nak kau ingat ni . I'll always be there for you . Always . So beritahu aku everything okay ? Aku akan cuba untuk faham keadaan kau , apa yang kau alami . Please dont be like this . Do not cry because of someone who dont deserve you . You're a strong girl , remember that . Beritahu aku lain kali ... please ."

"Yelah , aku memang nak beritahu kau . Haa sekarang ni aku nak beritahu kau but you're not here ."

Aku tak tahu kenapa macam sebak je aku rasa . Suara aku pun berubah sikit .

"You're not here , Rayyan . You said you'll always be there for me tapi hakikatnya kau takada sekarang ni . Kau takada ."

Suara Rayyan berubah serious .

"Hei . Siapa kata ? Look outside ."

Mulanya aku blur . Lepastu aku ke balcony dan bila pandang bawah , aku nampak ... Rayyan tengah bersandar di keretanya . Phone masih di telinga .

"See , aku dah kata dah . Aku akan sentiasa ada untuk kau ."

Rayyan melambaikan tangannya ke arah aku . Ya Allah , kenapa aku buta sangat selama ni ? Aku tak nampak apa yang ada depan mata aku . Talian dimatikan , aku senyum padanya dan dia membalas . Rayyan ...

"Kau nak suruh aku diri sini sampai rentung ke ? Panas lah Fa !!!"

Aku tergelak bila dia jerit macam tu . Kemudian aku berlari ke bawah . Berdiri di gate . Rayyan tenung aku kemudian dia senyum . Ya , senyuman dia membuatkan aku berdebar . Rayyan kenal aku dari dulu lagi . Aku pun kenal dia . Dan sekarang aku rasa aku tahu who dserves me .

"Kau bodoh ."

Rayyan menggelengkan kepalanya bila aku cakap macam tu dekat dia .

"Tak . Kita ."

"Kita ?"

"Aku bodoh sebab dengan Laila . Kau pulak bodoh sebab dengan Aiman . So , kita bodoh sebab tak nampak apa yang ada depan mata kita ."

"Kita ."

"Yeah , kita ."

Kita ...

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience