BAB 11

Romance Completed 721

Keesokan harinya, Katrina pergi lagi ke rumah Faisal . Tapi kini bersama
ibunya.

" Assalamulaikum.."

Faisal yang tengah makan menoleh ke muka pintu. Ternyata ada tetamu.

" Waalaikumussalam.."

Saat Faisal bertembung mata dengan Katrina , dia jadi kaku. Kenapa Katrina
berada di sini? Bersama makcik.

" Erk..masuklah makcik."

" Tak usah. Saya duduk di luar. Boleh awak keluar sebentar?" Katrina
memandang Faisal dengan penuh mengharap. Ibunya dikerling sekilas.

" Ibu tunggu di kereta. Bincanglah elok-elok."

Katrina hanya mengangguk.

" Tiada apa yang perlu kita bincangkan. Kenapa?" Faisal bagai orang yang
tiada perasaan saja. Tapi dalam hati rasa sakit kerana terpaksa menipu
orang yang dicintai.

Kalaulah dia beritahu Katrina perkara sebenar. Pasti dia tidak diselebungi
rasa bersalah.

" Saya nak tahu kenapa awak selalu ingin saja mengelak daripada saya.
Apa salah saya. Bukankah sebelum ini awak yang muncul dan mengambil
berat akan saya. Mana semua sikap tu. Sikap yang berjaya buat saya jatuh
cinta. Mana?" sedikit tinggi nada Katrina ketika meluahkannya.

Faisal mengeluh kecil. Rasanya dia perlu beritahu perkara sebenar. Ini
saja caranya supaya Katrina berhenti menyalahkan dirinya.

" Lisa.. sebenarnya saya ada penyakit. Saya menghidap penyakit barah.
Walaupun baru di tahap 1. Tapi ia mengambil masa untuk sembuh."

Tergamam Katrina ketika mendengar penjelasan Faisal . Sungguh dia tidak
menyangka orang sebaik Faisal menghidap penyakit barah. Ya Allah..

Faisal tersenyum pahit. Dia tahu Katrina pasti sukar untuk terima.

" Awak baliklah. Dan saya tak mahu awak simpati akan keadaan saya.
Memang betul saya mencintai awak. Tapi saya tidak dapat jamin yang kita
akan bersama. Maafkan saya jika sebelum ni saya buat awak tidak selesa."
getar suara Faisal .

Pantas dia memusingkan badan. Tak sanggup untuk berhadapan dengan Katrina .
Dia tidak kuat. Sama perasaannya ketika mendapat tahu penyakit sebenar.
Itu pun selepas hal orang tua Katrina selesai. Maafkan aku Katrina .

Katrina memandang belakang Faisal dengan pandangan sayu. Serta merta air
matanya turut menitis.

" Baliklah Lisa. Selepas ini saya akan pergi jauh dari sini. Saya akan
berpindah. Jadi awak boleh lupakan saya."

Faisal terus masuk ke dalam rumah. Wajah Katrina langsung tidak
dipandangnya. Takut dirinya tidak kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience