BAB 4

Romance Completed 721

Dumn!

Katrina tersedar daripada tidur. Bunyi yang kuat itu menyedarkannya.
Lantas kaki dilangkah turun ke bawah.

" Abang... abang kata tak mahu ceraikan saya."

Langkah Katrina terhenti di anak tangga pertama. Serta merta langkahnya
menjadi kaku.

" Maafkan saya. Saya sudah ambil keputusan untuk berkahwin lain. Tapi
awak jangan risau saya tidak akan lupakan Katrina . Dia anak saya. Maafkan
saya."

Kata-kata yang baru terkeluar dari mulut ayahnya itu buat Katrina
terduduk. Air matanya pantas mengalir keluar. Sakit hatinya kerana
melihat pergaduhan orang tuanya. Sampai bercerai. Tak kasihankah ayah
terhadap kami berdua. Ayah!

" A..ayah.." perlahan suara Katrina ketika memanggil ayahnya. Bersama
linangan air mata, dia turun daripada tangga.

" Sayang..." Ayahnya tersentak apabila melihat Katrina mendekatinya.

" Maafkan ayah Katrina . Ayah terpaksa pergi."

" Ayah!"

Katrina cuba mengejar ayahnya. Tapi malangnya, dia tersilap langkah
apabila kakinya tersadung di anak tangga. Kepalanya terhantuk pada kaki
tangga.

" Ya Allah. Katrina !" Jeritan ibu Katrina mengejutkan suaminya.

" Ya Allah..."

Katrina melihat ibunya dengan pandangan kabur. Kemudian dia mengukirkan
senyuman apabila ayahnya masih belum pergi.

" Jangan pergi ayah. Jangan.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience