BAB 13

Romance Completed 721

Setahun berlalu...

" Wuargghh!"

Bunyi tangisan bayi mengejutkan Katrina yang sedang termenung itu. Pantas
dia cuba menenangkan bayi yang berada dalam dukungannya. Dia jadi
tersenyum sendiri kerana boleh termenung.

' Ya Allah..aku merindui dia.'

" Katrina ..."

Katrina tersentak. Terasa air matanya mengalir keluar. Pantas disekanya.

" Ya saya.."

Katrina meletakkan bayi itu ke dalam buaian bayi. Senyumannya terukir
melihatnya yang sedang lena itu.

" Ada orang nak jumpa kamu di luar."

" Siapa kak?"

" Entah..pergi je.." Katrina hanya menurut. Dengan debaran dia melangkah
keluar daripada bilik jagaan bayi.

Kini dia bekerja sebagai penjaga atau pengasuh bayi di tadika. Ini
sebagai kerja sambilannya pada waktu cuti. Alhamdulillah dia boleh lakukan.

Katrina menoleh ke kiri dan ke kanan. Tapi dia tidak tahu siapa yang ingin
menjumpainya. Baru saja dia ingin melangkah masuk, terdengar namanya
dipanggil.

" Katrina .." Katrina tersentak. Suara itu!

Perlahan-lahan Katrina menoleh ke kiri. Terkaku dia di situ melihat insan
itu dihadapan mata.

" Awak masih tak berubah Lisa.." Faisal tertawa kecil melihat Katrina .
Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Katrina .

" A..awak dah balik? Macam mana awak tahu saya ada di sini?" soal Katrina
bertalu-talu.

" Saya pergi rumah awak tapi awak tak ada. Saya tanya ibu awak. Ibu awak
yang beritahu. Jadi.. terkejut?"

" Yalah.. kenapa awak tak beritahu yang awak balik hari ini?" Faisal
tersenyum.

Kepalanya didongak untuk melihat langit yang cerah itu. Sudah berapa
lama dia tidak dapat melihat langit dengan begitu tenang. Katrina
dikerling sekilas.

" Saya nak beri kejutan. Tapi tak sangka saya yang terkejut apabila
dapat tahu awak berada di sini. Atau awak ni dah berkahwin?" Faisal
dengan riak mukanya terkejut. Takkanlah?

Katrina pula tertawa kecil.

" Tak mungkin saya dah berkahwin sedangkan saya mencintai orang lain.
Itu pun takkan tak boleh fikir." sindir Katrina .

Faisal tersengih sambil tergaru-garu keningnya. Jadi tekaannya silap.
Alhamdulillah.

" Jadi..saya masih ada ruang untuk masuk ke dalam hati awak?"

Katrina tersenyum melihat wajah Faisal . Faisal memang sudah banyak berubah.

" Awak..ruang yang kosong itu memang saya khaskan untuk awak." jawab
Katrina tulus.

Faisal mengucap syukur dalam hati.

" Awak dah sembuh?" soal Katrina .

" Alhamdulillah. Makin sembuh. Erm..kalau begitu mulai hari ini saya
takkan lepaskan awak lagi."

Katrina mencebik kemudian berlari masuk ke dalam. Sesaat kemudian dia
keluar semula tapi Faisal tiada. Katrina pelik.

" Cari saya ke?" Katrina terkedu melihat sebentuk cincin berada di hadapan
matanya.

Faisal bergerak dan berhadapan dengan Katrina . Cincin yang dia pegang
dihulurkan kepada Katrina .

" untuk awak. Ia sebagai janji saya untuk menjaga awak seumur hidup
saya. Sudikah awak menerima saya sebagai suami awak?"

Katrina terpegun dan secara tak sengaja mengalirkan air mata. Kemudian dia
pantas mengangguk. Dah lama dia menantikan saat ini.

" Terima kasih kerana sudi menunggu saya. Katrina ..."

" Sama-sama..."

Kemudian mereka saling berbalas senyuman. Senyuman di mana mereka berdua
saja yang tahu maksudnya. Penantian Katrina akhirnya berbaloi apabila
Faisal pulang dan melamarnya. semua ini berkat doanya. Alhamdulillah
tidak terkata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience