BAB 3

Romance Completed 721

Katrina mendongak melihat langit yang cerah itu. Terukir senyuman di
bibirnya saat melihat burung-burung bertebangan tanpa dilanda masalah.
Alangkah bahagia jika dapat bercakap dengan binatang.

Katrina mengerling jam tangannya. Dia masih ada setengah jam untuk ke
kolej. Kerja pensyarah ini bukan mudah. Tapi dia sanggup hadapi kerana
ia cita-cita yang sudah di tetapkan dari dulu lagi.

' Ibu..Katrina pasti tidak akan hampakan ibu.'

Katrina kembali melihat langit. Langit boleh menjadi saksinya ketika itu.
Walauapapun yang terjadi, dia tetap akan menghadapinya dengan senyuman.

" Cantik kan cuaca hari ini?" Katrina tersentak apabila ditegur.

Katrina menoleh ke kiri. Ternyata lelaki tempoh hari. Faisal !

" Hai.. jumpa lagi kita." Katrina tersenyum. Kebetulan ke?

" Awak buat apa di perhentian bas ni sorang-sorang. Takkan tunggu bas?
Saya rasa bas dah lepas." ujar Faisal dengan kerutan di dahi.

Katrina tersenyum lalu mengangguk. Memang dah lepas sebab dia dah sampai.
Kolej ada di belakang.

" Belakang awak tempat kerja saya." tunjuk Katrina sambil tersenyum manis.

Faisal tersengih menunjukkan giginya itu. Kemudian dia kembali menatap
Katrina .

" Jom saya hantar awak masuk."

" Eh? Tak usah. Saya boleh masuk sendiri. Awal lagi ni." tolak Katrina
secara baik.

" Okey!" Faisal hanya menjongket bahu.

Keadaan kembali sunyi sepi. Katrina dengan lamunannya manakala Faisal
dengan fikirannya sendiri.

" Macam mana dengan family awak?" suara Faisal tiba-tiba.

Katrina tersenyum hambar. " Susah saya nak cakap. Tapi ayah saya telah
pergi tinggalkan kami berdua." lirih Katrina .

" Maafkan saya. Saya tak sangka pula yang.."

" Tak apa." pintas Katrina . Kalau boleh dia tak mahu lagi bincang soal
itu. Biarlah hanya dia dan ibu saja tahu.

" Erm..kita kawan?"

" Hah?" Katrina terpinga-pinga. Kawan?

Faisal tersenyum. Gelagat Katrina sangat comel pada pandangan matanya.

" Saya akan jadi kawan awak mulai sekarang. Jadi awak boleh luahkan
masalah awak kepada saya. Saya sudi mendengarnya. Awak jangan risau
kerana masalah awak hanya saya yang tahu. Dan awak jangan terkejut
apabila saya tiba-tiba muncul di hadapan awak. Macam sekarang." Faisal
menjongket kening dengan senyuman.

Katrina terpegun. Lelaki di hadapannya ini berjaya membuat dadanya
berdebar-debar. Sangat pantas. Lantas Katrina hanya mengangguk. Lelaki ini
terlalu baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience