BAB 1

Romance Completed 721

Katrina mengerling manusia yang berada di sebelahnya. Serta merta dia
terteguk air liur. Mana taknya, manusia di sebelahnya itu sedang
menjilat aiskrim. Dahlah aiskrim makanan favourite Katrina .

Manusia yang berada di sebelahnya itu pula jadi pelik. Tiba-tiba je dia
kena perhati macam tu.

" Erk..awak kenapa?" Katrina tersentak lalu tersengih.

" Maaf.." Terus Katrina menjauhi manusia itu.

Keluhan kecil terlepas. Langit mendung d lihatnya. Seperti faham dengan
isi hatinya sekarang. Kecewa dan sedih setelah melihat satu perkara yang
tidak dia duga. Hujan yang tiba-tiba turun itu seperti faham apa yang
sedang dia rasakan sekarang. Iaitu dia ingin menangis. Tapi sayang air
matanya tidak mahu mengalir. Pelik sungguh!

" Haih.." sekali lagi keluhan di lepaskan.

Katrina kembali meneruskan langkah dengan perlahan walaupun hujan
renyai-renyai. Dia langsung tidak peduli akan hujan dan orang
sekeliling. Yang dia tahu, dia ingin melupakan apa yang patut dilupakan.

Katrina menjadi hairan apabila dia sudah tidak merasai renyai-renyai
hujan. Pantas dia mendongak. Ternyata dia sudah dipayungkan oleh seorang
lelaki.

" Kenapa awak berjalan dalam cuaca begini? Nanti demam siapa yang susah.
Diri sendiri juga kan?" Teguran lelaki itu ternyata membuatkan hati
Katrina tersentuh.

Serta merta air matanya mengalir. Hatinya menjadi sebak. Lelaki tadi
menjadi pelik.

" Kenapa dengan awak?" soal lelaki itu prihatin.

Katrina tersenyum hambar. Pantas air matanya diseka. Tak patut dia
menangis di hadapan lelaki yang tidak dikenali.

" Maafkan saya." ucap Katrina lalu kembali berjalan. Ingin pergi sejauh
yang mungkin. Tapi bolehkah?

" Ikut saya!"

Katrina tersentak apabila tangannya ditarik oleh lelaki tadi. Dan dia
dibawa ke tempat teduh.

" Sekarang cuba awak cerita apa masalah awak?" Katrina mendongak melihat
lelaki tersebut.

" Kenapa awak ambil berat pasal saya sedangkan kita tak kenal pun." ujar
Katrina .

Lelaki tersebut tersenyum. Wajahnya di dongak untuk melihat langit yang
mendung itu.

" Saya pun tak tahu kenapa. Saya ikut gerak hati. Hati saya terdetik
ingin tahu masalah awak. Tak kenal lagi senang kan?" balas lelaki itu
lalu menoleh melihat Katrina .

Katrina mengorak langkah ke hadapan sedikit. Ingin merasa air hujan dengan
menadah tangan. Lelaki di sebelahnya dikerling.

" Saya sedih sebab saya ternampak ayah saya sendiri menampar ibu saya.
Saya tak tahu kenapa. Tapi yang pasti saya tak suka bila ayah menampar
ibu. Dan selama ini saya sering terasa hati dengan sikap ayah. Dia
kurang ambil berat pasal saya. Apabila awak tegur saya tadi, saya
teringat masa saya kecil dulu. Selalu sangat ayah saya berpesan begitu.
Tapi sekarang? Saya tidak dengar lagi."

Katrina tunduk memandang lantai. Memang dia amat merindui ayahnya yang
dulu. Dia sendiri tidak tahu kenapa ayahnya boleh berubah sedemikian.

" Mungkin ayah awak ada masalah?"

" Kalau ye pun, takkan sampai anak dia pun dia abaikan. Sedangkan saya
ni anak kandung dia. Entahlah.." keluh Katrina lagi.

" Tak baik mengeluh." Teguran itu Katrina terima dengan senyuman.

" Anyway.. saya Faisal . Awak?"

" Katrina . Terima kasih kerana sudi dengar masalah saya." ucap Katrina .

" sama-sama. Maaf..saya kena gerak dulu. InsyaAllah nanti kita akan
berjumpa lagi. Jika Allah izinkan. Assalamulaikum.."

Terus Faisal melangkah meninggalkan Katrina .

" Waalaikumussalam.."

Katrina tersenyum sendirian. Tak sangka masih ada lelaki sebegitu di dunia
ini. Moga lelaki itu lebih bahagia daripada dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience