BAB 12

Romance Completed 721

Seminggu berlalu...

Faisal merenung beg-begnya sebelum di bawa masuk ke dalam balai
pelepasan. Sungguh dia rasa sedih kerana ingin meninggalkan Malaysia dan
orang tersayang. Tapi dia terpaksa demi menyembuhkan penyakitnya.

Selepas berfikir masak-masak. Dia sudah bertekad ingin berusaha
menyembuhkan penyakitnya. Mungkin benar kata Katrina kerana dia sudah
membuat solat istikharah dan meminta pertolongan Allah. Hatinya kuat
mengatakan yang Katrina jodohnya.

Jadi untuk tidak mengecewakan Katrina , dia harus tabah dan cekal hadapi
semua ini. Moga-moga apabila dia pulang ke Malaysia, Dia dapat jumpa
lagi dengan Katrina . Sekalipun Katrina sudah berkahwin.

Selesai semua proses, Faisal bergerak menuju ke ruang menunggu. Ada lagi
sejam sebelum dia masuk ke dalam balai pelepasan.

Memang tidak dapat dinafikan, dia berasa hampa dan kecewa. Katrina tidak
datang lagi ke rumahnya selepas mengetahui penyakitnya. Tapi dia tak
salahkan Katrina kerana Katrina patut mengetahui perkara yang sebenar.

' Maafkan aku Katrina . Maafkan aku..'

Faisal tersenyum hambar melihat seorang pasangan suami isteri.
Melihatkan mereka Faisal teringat orang tuanya. Sungguh dia amat
merindui orang tuanya.

" Faisal !" Faisal tersentak. Dia terdengar ada orang memanggil namanya.
Tapi siapa?

" Faisal !"

Faisal bangun dan melihat sekeliling. Dan matanya jatuh pada kelibat
orang yang sangat dia rindui. Katrina !

" Awak..." Katrina kini berhadapan dengan Faisal . Faisal terpinga-pinga
melihat Katrina . Terkejut kerana Katrina berada di hadapannya.

" Macam mana awak tahu saya ada di sini?" soal Faisal pelik.

Katrina tersenyum. " Mana boleh saya biarkan orang yang saya cintai pergi
begitu saja. Awak dah melampau kerana tidak beritahu saya soal ini.
Mujur jiran sebelah beritahu." ujar Katrina dalam nada geram.

Faisal tersenyum. Katrina ini memang bukan perempuan yang mudah mengalah.
Dia jadi bangga akan diri Katrina .

" Awak..saya cakap dengan awak tapi awak boleh termenung pulak."

Faisal tertawa kecil. Pertama kali dia melihat Katrina dalam keadaan geram
macam ni.

" Maafkan saya. Saya tak sangka awak akan datang sini. Saya ingat awak
dah lupakan saya sebab masalah saya." ujar Faisal serius.

Katrina menggeleng. Tak mungkin dia akan buat begitu. Lagipun kalau benar
mencintai seseorang. Kita patut terima keadaannya seadanya. Tak kira
Faisal sihat atau sakit. Ini dinamakan cinta sejati yang dikurniakan Allah.

" Tak..kalau saya cintakan awak. Saya tetap akan cintakan awak sampai
bila-bila." tegas Katrina .

" Tapi...betul ke awak nak pergi? Buat apa?"

" Maafkan saya. Saya kena pergi. Kalau benar awak cintakan saya, awak
perlu tunggu saya sampai balik. Saya pergi kerana ingin menyembuhkan
penyakit saya. Saya tak mahu awak kecewa akan diri saya." jelas Faisal .

" Dekat Malaysia pun ada perubatan yang baik. Tak usahlah pergi.." rayu
Katrina .

" Tak boleh. Saya dah tetapkan tarikh untuk bertemu mereka. Awak cuma
perlu doakan saya. Semoga semuanya berjalan lancar. Dan awak janji
dengan saya yang awak tunggu saya ya? Saya pasti akan balik demi orang
yang saya cintai." Faisal tersenyum manis ke arah Katrina .

" InsyaAllah dengan izin Allah."

Faisal hanya mengangguk. Dengan langkah perlahan dia melangkah masuk ke
dalam balai pelepasan. Dengan seribu harapan yang menanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience