BAB 2

Romance Completed 721

" Tolonglah bang. Fikirkan demi anak kita. Abang!"

Katrina pantas berlari apabila ayahnya ingin keluar daripada bilik.

" Saya dah tak tahan dengan awak yang selalu curiga. Jadi mulai hari ini
biarlah saya pergi. Saya takkan ceraikan awak. Awak tak perlu risau."

" Abang!"

Katrina melihat dengan sayu kepergian ayahnya itu. Air matanya menitis
lagi. Ibunya di pandang lirih.

'Ya Allah..kenapa harus jadi begini.'

" Ibu.." Katrina melangkah mendekati ibunya dengan senyuman hambar.

" Lisa.." Tubuh Katrina dipeluk.

Katrina mengetap bibir. Dia tahu ibunya sedih apatah lagi dia. Kenapa ayah
sanggup buat begitu. Kesian ibu.

" Sabar ibu. Lisa pasti apa yang terjadi di sebalik ini ada hikmahnya."
pesan Katrina .

Dia perlu tabah jika tak mahu ibunya lemah. Dia harus cekalkan hati
menerima ini semua.

' Ya Allah..kuatkan hatiku ini. Lembutkan lah hati ayahku itu untuk
menerima kami semula.' Doa Katrina dalam hati. Bersama doa itu air matanya
turut mengalir. Berharap doanya dimakbulkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience