BAB 8

Romance Completed 721

Katrina memandang sekeliling. Namun kelibat insan yang ingin dia jumpai
masih belum muncul. Lagipun adakah dia akan muncul pada tempat yang
sama. Tempat pertama kali dia dan lelaki itu muncul? Mungkinkah?

Katrina mendongak melihat langit. Cuaca hari ini sangat cerah. Bukan
seperti sebelum ini. Langit pada hari ini macam faham isi hatinya. Tapi
dia masih belum berpuas hati selagi tidak bertemu dengan lelaki itu.

' Muncullah Faisal . Saya nak jumpa awak.'

Katrina melangkah ke arah penjual aiskrim. Dah lama dia tidak makan
aiskrim. Memandangkan dia sudah sembuh. Jadi boleh makan aiskrim.

" Vanilla satu." ujar Katrina kepada penjual ais krim itu.

" Baik."

" Dari mana ni?" Tersentak Katrina . Tapi dia masih tersenyum.

" Dari rumah. Saya datang nak cari seseorang. Tapi saya belum jumpa."
ujar Katrina . Dia tidak dapat tengok rupa penjual ais krim itu dengan
jelas kerana mukanya dilindungi topi.

" Nah.."

Katrina menyambut aiskrim itu lalu mendongak melihat penjual ais krim.
Alangkah terkejutnya dia apabila penjual ais krim itu adalah Faisal .

" Terkejut?" Faisal menanggalkan topinya. Sengaja hari ini dia menyamar
sebagai penjual aiskrim.

" A..awak ni sebenarnya siapa?" soal Katrina gagap.

Faisal melangkah dengan senyuman. Katrina membuntuti langkah Faisal .
Perasaan ingin tahu sudah membuak-buak.

" Kalau awak dengar cerita saya pasti awak tak percaya. Tapi itulah
kenyataannya. Awak nak tahu perkara sebenar?" Katrina hanya mengangguk.
Sesekali aiskrimnya dijilat.

Faisal tertawa kecil saat melihat Katrina menjilat aiskrim. Macam
budak-budak. Tapi itulah daya tarikan Katrina yang comel. Lantas Faisal
hanya biarkan.

" Sebenarnya pertama kali saya ternampak awak di tanah perkuburan."
Katrina tersentak.

" Masa tu awak menangis atas kepergian adik kesayangan awak. Tapi awak
jenis yang cekal hati. Keesokan harinya awak mampu tersenyum semula."

Katrina memandang Faisal tanpa berkelip. Persoalannya macam mana dia tahu?

" Awak jangan terkejut. Masa pertama kali saya nampak tu, saya baru
habis melawat orang tua saya. Mereka telah pergi dalam kemalangan. Dan
pertama kali saya nampak awak, saya ingin tahu kisah hidup awak. Saya
ingin tahu kenapa awak menangis sampai macam tu sekali. Sebab saya tahu
awak seorang yang tabah dan berani orangnya. Jadi mulai hari itu, saya
selalu ekori awak. Saya mulai siasat segalanya tentang awak.
Kadang-kadang saya upah orang untuk tengok awak dari jauh. Saya pun tak
tahu kenapa saya jadi sampai macam tu sekali."

Faisal berjeda seketika. Melihat Katrina yang seakan terkedu itu, dia
kembali menyambung.

" Saya sudah mulai jatuh hati dekat awak Katrina . Makin hari, saya ikuti
perkembangan awak. Saya makin tertarik akan awak. Tak pernah dalam hidup
saya jumpa seorang gadis macam awak. Jujur sekali saya katakan yang awak
telah berjaya membuat saya bersemangat. Awak juga berjaya membuatkan
hati saya berdebar-debar. Sukar nak percaya kan? Sebab tulah saya boleh
tahu semuanya mengenai awak. Maafkan saya."

Katrina tertunduk memandang lantai. Aiskrim yang sedikit cair dibiarkan.
Hatinya kini memang telah tersentuh mendengar cerita daripada Faisal .
Tak pernah dan tidak ada seorang lelaki pun sampai sanggup buat macam
tu. Hanya kerana dia?

" Awak tak kerja ke sampai ekori saya hari-hari. Patutlah saya rasa saya
macam dilindungi seseorang. Kadang-kadang saya rasakan yang ada orang
tengah ekori saya. Tapi lama-lama rasa itu hilang sehinggalah saya jumpa
awak. Tapi kenapa awak muncul lambat sangat?"

Faisal menatap Katrina dengan penuh perasaan. Hanya satu sebab kenapa dia
takut nak muncul depan Katrina .

" Se..sebab saya tak mahu awak menangis jika saya tiba-tiba hilang
daripada pandangan awak. Saya lakukan semua itu sebab saya nak awak jadi
seorang yang ceria. Saya tak mahu awak jadi lemah." jelas Faisal .

" Kenapa pula saya perlu menangis dan ke mana awak nak pergi?" soal
Katrina bertalu-talu.

Faisal tersenyum hambar. Susah untuk dia jelaskan keadaan dia sekarang.
Kalau boleh biar dia seorang saja yang tahu dan tanggung segalanya.

" Awak tak perlu tahu. Yang saya nak awak tahu adalah awak sentiasa
berada di hati saya. Mungkin selepas ini kita tidak akan bertemu lagi."

" Ta..tapi kenapa? Salahkah kalau saya nak tahu?"

" Belum tiba masanya Katrina ."

' Maafkan aku Lisa. Kalau aku beritahu perkara sebenar, aku mungkin
susah untuk pergi dari hidup kau. Aku ada penyakit Lisa. Penyakit barah.
Walaupun baru ditahap 1. Tapi ia tidak dapat jamin apa-apa.'

" Saya pergi dulu."

Terus Faisal melangkah meninggalkan Katrina yang terpinga-pinga. Air
matanya mengalir keluar. Dia tak mahu kalau Katrina nampak keadaannya
sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience