BAB 10

Romance Completed 721

" Faisal ..."

Faisal yang sedang mengemaskan barang di luar rumah tersentak mendengar
suara itu. Suara yang sangat dia rindui. Pantas dia menoleh ke belakang.

Wajah yang manis dan comel itu dipandangnya seketika. Kemudian dia
kembali meneruskan kerja. Dia tak mahu terus-terusan mencintai Katrina .
Dia takut dia tak dapat kawal diri untuk berpisah dengan Katrina .

" Faisal .." Katrina mendekati Faisal yang langsung tidak hiraukan dia.
Katrina jadi pelik.

" Awak buat apa datang sini?" getar suara Faisal ketika itu.

" Dah lama saya cari awak. Saya nak jumpa awak. Saya nak beritahu
sesuatu kepada awak." ujar Katrina dengan lembut.

Faisal menghentikan kerjanya. Dia melihat Katrina yang meminta masanya
itu. Kemudian dia mengangguk dan melangkah ke kerusi.

" Apa yang awak nak beritahu saya?" soal Faisal acuh tak acuh. Sedangkan
di dalam hati rasa bersalah sangat.

Katrina tersenyum. " Betul ke awak nak pergi jauh dari saya? Tak nak jumpa
saya lagi? Betul ke??" soal Katrina bertalu-talu. Wajahnya yang penuh
mengharap dipandang Faisal .

Faisal hanya mendiamkan diri. Dia pun tak tahu apa jawapan yang patut
dia berikan.

" Saya tahu awak tak boleh buat begitu. Sebab itu saya nak beritahu yang
saya pun ada perasaan dekat awak Faisal ." Faisal tergamam.

" Benar Faisal . Saya sudah belajar dan entah bila saya jatuh cinta akan
awak. Saya selalu rindukan awak. Saya ada juga buat solat istikharah dan
minta pertunjuk Allah. Dan petunjuk Allah yang saya dapat adalah awak.
Wajah awak selalu muncul dalam mimpi saya. Tiga kali saya lakukan solat
istikharah , setiap kali itulah wajah awak muncul."

Katrina berjeda seketika sebelum kembali menyambung. Dia rasa sebak saat itu.

" Awak.. "

" Cukup Lisa. Saya dah tak mahu dengar apa-apa lagi. Lagipun ia sudah
tidak bermakna buat saya. Maafkan saya."

Terus Faisal melangkah masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu. Tubuhnya
disandarkan di belakang pintu. Serentak air matanya mengalir keluar. Dia
rasa bersalah sangat mengatakan sebegitu kepada Katrina yang tidak tahu
apa-apa.

' Maafkan aku Katrina . Aku tak nak kau bersama dengan aku. Aku masih tak
mampu membahagiakan kau.'

Katrina di luar rasa sedih akan sikap Faisal . Kenapa mesti Faisal
tiba-tiba berubah. Sebelum ni biasa saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience