BAB 8

Romance Completed 6754

Namun tidak semena-mena Ivana melakukan sesuatu yang drastik yang membuat aku terkejut. Dia seraya mencium bibirku dengan penuh ghairah dan secara spontan aku juga seakan terbuai dengan ciuman itu namun dengan pantas aku tepis dan hentikannya.

“Jangan Ivana, abang tak nak, abang tak boleh,” ujarku.

“Kenapa, abang jijik nak tidur dengan saya sebab dah tahu yang saya tak suci lagi?” tanyanya.

“Bukan begitu, ya memang abang pernah buat benda tak senonoh dengan ramai perempuan termasuklah buat oral seks macam yang abang pernah cerita pada Ivana, tapi itu mereka, kamu berbeza, kamu bukan mereka.”

Ivana terdiam, aku dapat melihat manik jernih mengalir dari tubir matanya.

“Ivana, kalau nak tahu yang sebenarnya sudah setahun abang menaruh hati pada kamu dan mana mungkin abang melakukan perbuatan ini pada orang yang abang sayang. Abang cuma mahu menjaga Ivana.” Kataku.

Aku melihat ada riak tergaman pada wajah Ivana yang sudah bermandi airmata.

“Ya sejujurnya, abang terkejut dengar pengakuan Ivana kemarin namun anehnya rasa sayang dan cinta itu tak berubah pada kamu Ivana .”

Kami berdua diam membisu beberapa ketika hingga Ivana memcahkan kebisuan.

“ Ivana berasa cemburu.”

“Cemburu pada siapa” tanyaku kebingungan.

“Cemburu dan sakit hati pada abanglah!!!” jawabnya.

“Apasal pulak?” aku tiba—tiba menjadi bingung.

“Abang tahu tak, sejak abang cerita segala perbuatan abang pada saya masa zaman matrikulasi dulu meskipun abang kata dah tak ulang semua perbuatan itu, entah kenapa sejak hari itu Ivana mulai rasa cemburu dan sakit hati. Kenapa gadis-gadis itu yang bersama dengan abang bukan saya?” luahnya dengan esakan tangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience