BAB 9

Romance Completed 6754

“APa maksud kamu Ivana?” aku menjadi makin bingung, sumpah aku tak faham apa yang sudah terjadi.

“Ivana suka abang, dan Ivana tak suka abang berbuat sebegitu dengan perempuan lain meskipun tak sampai tahap melakukan seks tapi Ivana tak sanggup. Ivana mahu abang untuk Ivana seorang, cuma Ivana tak berani nak luahkannya pada abang takut hubungan persahabatan kita akan renggang, biarlah saya jadi kawan, jadi adik angkat saja asalkan abang ada di sisi saya,” jelasnya.

“Jadi selama ini Ivana juga menyimpan perasaan pada abang?” tanyaku lagi

“Dah tentulah, abang ni tanya lagi. Selama setahun kita rapat dan tak pernah sekalipun abang meluahkan perasaan suka pada saya, saya sedih sebenarnya. Jadi sebab itulah saya come up dengan idea gila iaitu berbohong tentang keperawanan saya dan mempertaruhkan semuanya dengan mengajak abang bermalam di sini supaya saya dapat memiliki abang.” Jelasnya lagi.

“Saya cuma berharap, dengan melakukan hubungan seks dapat membuat abang melihat saya lebih sekadar kawan buat abang.” Tambahnya lagi hiba.

Apalagi saat itu, aku menjadi lelaki paling terbahagia ternyata cintaku tidak bertepuk sebelah tangan dan gadis pujaanku ini masih lagi dara. Semuanya hanya satu sandiwara untuk meraih cintaku.

Ya Tuhan… ternyata dia begitu mencintaiku sehingga sanggup mempertaruhkan keperawanannya untuk aku. Dan untuk seketika, segala kepedihan ku tadi hilang sama sekali.

“Ivana, abang menyinyai kamu setulus hati abang. Jadi mulai hari ini jangan fikir yang bukan-bukan ya, kemarin memang abang nak luah perasaan pada Ivana tapi sebab shock dengar ‘pengakuan’ Ivana terus niat tu terbantut.” Kataku

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience