BAB 1

Romance Completed 6754

Aku tak pernah merasa kepedihan seperti ini, gila! Sangat gila dan aku merasa terseksa. Dah kenapa aku perlu terkesan seperti ini.

Tidak! AKu adalah jejaka yang punya prinsip dan takkan mudah menangis apatah lagi sudah lama aku tidak pernah merasa bagaimana rasanya menangis.

Tapi mungkinkah kerana seorang gadis aku bakal menjadikan hidupku huru-hara dan berakhir dengan airmata?

Aduhhhh sakitnya!

Ya benar sekarang ini aku sedang angau dan galau pada seorang gadis yang lebih senang ku panggil Ivana dan dia lebih senang memanggi aku Adam dan adakalanya abang, aduh lantaklah abang ke Adam yang penting saat ini aku masih terkejut dan bersedih, pedih dan seangkatan dengannya kerana gadis yang aku dok usha selama setahun baru sahaja curhat padaku mengaku bahawa dirinya sudah tidak lagi dara.

Hancur hatiku bila mendengar kata-kata itu keluar dari mulutnya. Padahal yang sebenarnya aku baru sahaja mahu menyatakan yang aku menaruh hati padanya namun dia boleh pula dengan selambanya meminta aku untuk merahsiakan perkara yang baru sahaja diberitahu padaku.

AKu hanya mengangguk namun sudahnya segala yang aku pendam telah mengheretku ke alam insomnia, membuatkan aku duduk di jendela bilik menikmati biskut kering yang dicicah dengan bercawan-cawa kopi yang menjadi menu santapan ku sejak dirundung galau, ditemani rokok dan gitar kapok yang sepertinya sudah tidak mahu berlagu kerana aku si tuannya, sedang kesedihan.

Ya seperti Ivana, aku juga pernah berkongsi cerita padanya bahawa aku juga punya kenangan masa lalu yang benci untuk aku ingatii, ya dulu aku bolehlah dikatakan buaya darat, paras rupa ku yang katanya mirip Chris Evans versi Asia sering membuatkan aku dikelilingi ramai gadis-gadis yang mendambakan hatiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience