BAB 10

Romance Completed 6754

“Jadi sekarang bagaimana? Apa status kita?” tanyaku. Dan serta merta riak wajahnya berubah jadi manis dan ceria kembali. Ivana mengangguk tanda setuju seray memberi ciuman lembut di pipiku.

“Tapi Ivana, abang ada permintaan, abang mahu serius dengan kamu dan sama sekali tak mahu lagi mengulangi perbuatan lama. Jadii tolong abang ingatkan abang selalu, salinglah kita mengingati agar tidak melanggar batasan ya. Boleh?” tanyaku sambil melihat wajah si gadis manis ini.

“Baiklah abang Adam, sejujurnya Ivana juga takut kalau abang apa-apakan Ivana tadi, tapi Ivana percaya abang bukan lelaki jahat.” Tuturnya.

“Baiklah sayang, adik manis” kataku sambil memeluknya.

“Abang temankan Ivana tidur di sini ya, Ivana lagi senang dan selesa ada abang temani Ivana. Just in case, kalau abang nak menggatal, Ivana akan pukul abang pakai terompah kayu ni,” Ivana memberi amaran.

“Okay fine tapi kalau nak gomol-gomol peluk cium je boleh kan?” usikku dan disambut dengan hilai tawa manis dan penuh bermakna dari Ivana.

“Tuhan, ku mohon jagalah hubungan kami ini dari perbuatan zina sampai pernikahan nanti. Di saat aku menghalalkan hubungan kami ini dengan ikatan nikah yang suci, Amin.” Bisikku dalam hati.

Dan hari itu berlalu dengan pantas namun tenang dan harmoni tanpa sebarang perkara yang tak elok.

Akhirnya kami cuma bersembang dan bergurau canda tanpa tidur. Satu lagi hari Insomnia namun kali ini bersama si dia yang ku sayang.

Ivana juga kelihatan tenang bersandar di dadaku sambil kami bersama-sama melihat transisi langit yang dari gelap kini bertukar indah dek hadirnya matahari terbit. Sesungguhnya gadis ini adalah racun namun dia jugalah satu-satunya yang bisa menjadi penawar menyembuhkan lukaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience