BAB 5

Romance Completed 6754

“Jom sembang dalam bilik, sambil sembang minum boleh baring-baring, siapa tahu boleh terlelap lepas bersembang dengan abang,” pintanya.

“Oh jadi abang datang sini cuma nak babysit or dodoikan Ivana jelah?” tanyaku berseloroh.

“Lebih kuranglah,” jawab Ivana juga boleh tahan pandai berguraunya minah ni sambil menarik tangan aku masuk ke dalam bilik.

Ya, aku memang selalu masuk ke dalam bilik Ivana, namun cuma sekadar lepak bersembang selepas menghantar Ivana dari kelas atau lepak saja-saja bila dilanda kebosanan.

Tapi selalunya aku akan datang ke sini untuk melepaskan rindu pada Ivana meskipun setiap hari aku bertemunya.

Ivana sebenarnya adalah pelajar junior tapi kerana sering bertemu apatah lagi kami mengambil jurusan yang sama menjadikan kami kenalan rapat. Aku sering menghantarnya ke kampus atau menemaninya ke mana saja yang dia mahu.

AKu lagi senang keluar dan menghabiskan masa dengan Ivana si cantik tapi tomboy ini berbanding keluar berpelesseran dengan teman sekampus yang tak tahu arah tujuan cuma tahu membazir duit dan berparti sakan di kelab malam.

Bukannya aku tak punya kawan lelaki, adalah beberapa orang yang rapat itupun bukan teman sekampus.

Rata-ratanya kawan dari sekolah menangah, kawan dari kelab kereta dan permotoran dan kelab muzik. AKu lagi selesa lepak dengan mereka berbanding budak kampus.

Namun sejak kebelakangan ini, aku kira sejak setahun yang lalu masaku banyak dihabiskan dengan Ivana yang saat ini sedang tidur-tidur ayam sambil memeluk patung Totoro.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience