BAB 2

Romance Completed 6754

Perempuan silih ganti denganku namun tidak pula aku sampai ke tahap melakukan perbuatan terkutuk, yang ringan-ringan je. Waktu study pula aku lebih banyak menjalinkan hubungan teman tapi mesra dengan ramai gadis, bukan aku yang nak tapi gadis-gadis itu yang sanggup dan rela diperlakukan sedemikian.

Namun anehnya, mereka yang terkejar-kejarkan aku, memujuk rayu agar aku jadi kekasih mereka namun akhirnya mereka juga yang meninggalkan aku.

Adakalanya aku sampai tak faham mengapa aku ditinggalkan tanpa sebarang kata perpisahan seperti mana mereka menyapaku saat kali pertama mahu menjadi kekasih ku hatta menjadi skandalku.

Mungkin mereka tidak betah dengan caraku yang acuh tak acuh entahlah, tapi itu dulu, zaman jahiliyah yang sudah lama aku tinggalkan.

Dalam hening hati ku yang kesedihan dan suasana kamar yang sunyi sepi sesepi hatiku, sayup kedengaran lagu ‘Love Hurts’ nyanyian kumpulan Nazareth, bermakna ada notifikasi mesej masuk. Siapa pulaklah yang kemaruk hantar sms jam 1 pagi ni? Dah gila ke?

‘Ivana’ – nama itul tertera pada skrin handphone ku. Ya manusia bernama Ivana inilah yang telah menjerumuskan aku ke dalam dunia insomnia yang membuatkan aku semakin lama semakin termasuk dan terbiasa berada di alam ini.

Entahlah kenapa sejak enam tahun ini aku mengalami msalah sukar untuk tidur, di saat manusia lain beradu sementara aku pula duduk di satu penjuru kecil dunia menikmati malam dan sesisinya makhluknya tidur bersama dengkuran dan adakalanya dengan bunyian burunh hantu, cengkerik dan anjing bergonggong.

Adakalanya aku akan tidur pada jam 3-4 pagi namun kalau sudah kebosanan bisa menganjak ke waktu selepas azan barulah mata ku ini mahu pejam. Sudahnya aku akan segera menunaikan solat subuh, dah alang-alang memandangkan rumah aku berdekatan dengan masjid.

Tapi paling para bila aku boleh bertahan tidak tidur selama dua hari berturut-turut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience