BAB 6

Romance Completed 6754

“Takkanlah jadi babysitter upahnya cuma minum teh kampung Ivana oi?” rengekku.

“Cakap je abang nak apa? Nak kena bayar wang ringgit ke? cakap berapa amaunnya kot-kot saya mampu nak bayar abang.”

“Nak minta ciuman boleh?” belum sempat aku habiskan kata-kataku laju saja Ivana melayangkan hidungnya ke pipi kiriku.

“Dah! Naka pa lagi?” tanyanya dingin membuat aku jadi kaget lalu bertalu-talu memohon maaf dan menjelaskan padanya bahawa aku hanya bergura sahaja dengannnya tadi.

“Sorry, tadi tu cuma bergurau saja Ivana” kataku. Namun dibalas dengan senyuman dan sinaran mata yang berkilau-kilau.

“Tak mengapa bang Adam, saya yang nak buat macam tu.” Jawab Ivana.

“Boleh tak kalau abang tidur sini temani saya sampai pagi, tak payah pulang boleh?” pinta Ivana dan dengan gugup aku menjawabnya.

“Jangan buat hal, bukan masalah takut kantoi tapi nanti takut abang apa-apakan Ivana pula, abang ni lelaki 100% tulen bukan macam Sajat atau Safiey Ilyas Ivana, meskipun kita kawan hakikatnya kita berdua di sini,” jelasku.

“Silaplah bukan berdua tapi bertiga, bertiga dengan syaitan,” tempiknya.

“Hah, pandaipun,” balasku laju, terus terang fikiranku bagai tak keruan berada di sampingnya saat ini. Namun saat itu jugalah Ivana menarik aku dekat di sisinya dan entah kenapa aku menurut sahaja arahannya itu.

“Bang Adam, tolong matikan lampu,” pintanya.

“Serius ke?” Ivana angguk dan aku bingkas bangun mematikan lampu bilik.

Begitu lampu mati serya merta jantungku jadi berdegup laju melihat remang-remang tubuh gadis manis yang ku puja selama setahun lamanya saat ini sedang terbaring di atas katil memakai gaun tidur satin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience