BAB 4

Romance Completed 6754

“Datang tau, Ivana tunggu!” pesan Ivana di hujung talian sebelum panggilan dimatikan.

Bagaikan ada kuasa magis, serta merta aku mencapai jaket Adidasku lalu menuruni tangga untuk pergi ke rumah sewa Ivana. Jarak rumah kami tidaklah jauh cuma beberapa ratus meter saja dan aku selalu bertemunya dengan hanya berjalan kaki sahaja.

Jam sudah menunjukkan jam 1.45 pagi dan jalan yang selalu ku lewati dan sibuk di siang hari kini kelam dan sunyi, tepat jam 2 pagi aku sudah sampai di kawasan rumah sewa Ivana. Rumah teres dua tingkat yang disewakan kepada mahasiswa perempuan.

Baru sahaja aku menutup pagar rumah, kelihatan Ivana sudah bersiap sediah menanti kelibatku di depan pintu rumah.

“Rindu ke? Dari tadi dah tunggu.” Tanyaku.

“Ha ha sajajelah abang ni, dah boleh agak berapa lama masa abang sampai sini tu yang terus sambut kedatangan macam Vip bezanya tak ada karpet merah.

“Memang semua balik kampung ke? Sunyi sepi macam rumah hantu je?” seloroh ku.

“Ha’ah cuma Dewi je yang stay kat hostel di kampus sebab ada projek yang perlu disiapkan katanya,” ujar Ivana seraya membuka tombol pintu.

“Jom masuk,” ajak Ivana.

Aku teruss melangkahkan kaki masuk ke tingkat dua di mana Ivana menjadikan tingkat itu ruang tamu mereka dan setibanya aku di situ, sudah tersedia 1 jag kopi kampung dan dua cawan beserta kek lapis Apollo dan biskut kering yang sesuai menjadi snek untuk orang yang mengalami insomnia.

“Wah sejak bila pandai minum kopi kampung ni?” tanyaku pda Ivana.

“Oh tadi petang Ivana beli serbuk kopi yang selalu abang minum di kedai runcit Aceh tu. Memang nak panggil abang datang tu yang beli, yelah selalunya cuma hiding air suam takpun air coke yang memang abang tak suka.” Jawab Ivana. Aku baru sahaja mahu menuang kopi ke dalam cawan namun laju sahaja Ivana menegahku dari berbuat begitu dan meminta agar ia diangkat masuk ke biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience