BAB 7

Romance Completed 6754

Aku tak sanggup tidur disisinya. Aku tak mahu pulang ke zaman matrikulasi di mana aku hanya dijadikan teman tapi mesra atau mahu menjadikan Ivana stok geli-geli padahal aku benar-benar sayang padanya.

Sudahnya aku cuma duduk saja menyandal di kepala katil sambil memerhatikn dia terbaring, melihat wajahnya dii balik cahaya bulan.

“Dah kenapa abang duduk? Tidur sini, Ivana nak abang tidur di sebelah Ivana, tak biasalah tidur macam ni, selalunya kalau di rumah kena peluk dengan mama,” tanpa banyak kata aku pun tidur di sisinya sambil aku berperang dengan perasaan dan diri sendiri.

Aku cuma mendiamkan diri dan melihat jam pada handphone ku yang sudah menunjukkan jam 3 pagi.

Bermakna sudah hampir setengah jam aku di sisi Ivana tanpa sebarang kata, kutoleh di sebelah, kelihatan Ivana sudah pejamkan matanya.

“Ivana…” Aku cuba memanggil namanya namun tiada sahutan, sepertinya dia sudah tidur. Aku menyentuh lembut kelopak matanya yang terpejam dan semerta-merta kelopak matanya berkelip tanda belum tidur.

“kalau nak pegang, jangan pegang mata bang, kata lelaki tulen takkan tidur dengan perempuan cuma reti pegang mata?” perlinya sekaligus membuat aku terperanjat.

Gila betul makwe ni, baru sahaja beberapa hari lalu curhat padaku memberitahu yang dia bukan lagi dara dan sekrang berani pula nak ajak aku sembang benda yang menurutku ‘agresif’ ni.

Apalagi saat ini desakan nafsu serakah syaitan dan iblis seakan berkocak-kocak mahu memintaku untuk menjamah tubuh Ivana.

Dalam akalku berkali-kali dipujuk dengan kata-kata bahawa Ivana tidak dara lagi, jadi tidak salah untuk menjamah hidangan yang sudah dijamah orang. Namun berkali-kali aku berusaha untuk menepis pujukan syaitan itu.

Aku kurungkan niat untuk menjamah tubuh Ivana, tidak, aku tidak boleh sewenangnya menyentuh tubuh gadis yang aku cintai tanpa ada ikatan meskipun dia sudah tidak virgin lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience