BAB 1

Fantasy Completed 3331

Suamiku seorang cyborg. Sudah satu tahun sejak aku menjadikan lelaki tidak berdosa ini sebagai makhluk yang dikawal sepenuhnya dengan teknologi yang telah aku hasilkan sejak lama dahulu. Walaupun Adam seorang cyborg, dia masih boleh berfikir, mempunyai perasaan dan boleh seperti manusia biasa. Kami telah menjadi suami isteri sejak tiga bulan lalu dan hidup kami sama seperti cerita dongeng kerana kami menyayangi satu sama lain. Adam bekerja sebagai pegawai pemasaran sebuah syarikat yang terletak di Kota Damansara.

Setiap pagi, kami akan memulakan hari kami seperti pasangan biasa dan penuh dengan gelak ketawa. Adam akan menyediakan teh kegemaranku iaitu teh jasmine dan kopi americano untuknya. Adam merupakan cyborg yang sempurna walaupun dia tidak boleh terkena hujan kerana dia masih boleh makan dan minum seperti manusia biasa. Sebelum suamiku meninggalkan rumah, aku akan memeriksa cuaca pasa hari itu dan memastikan dia membawa paying sekiranya hari pada waktu diramalkan akan hujan.

Setelah Adam pergi ke pejabatnya, aku akan berada di rumah dan mengerjakan kerja penyelidikan tentang cyborg dan sebagainya. Pada waktu petang, Adam akan kembali ke rumah dan kami berdua akan makan malam bersama sebelum kami berehat. Pada malam itu, Adam tiba-tiba menyuarakan keinginannya untuk mengetahui tentang masa silamnya. Aku bingung pada mulanya tetapi kerana Adam sangat ingin tahu, aku ambil alat kawalan jauh yang mengawal teknologi yang ada di dalam Adam dan menukarkan matanya sebagai projektor agar kami boleh menonton kisah silamnya bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience