BAB 6

Fantasy Completed 3331

“Wah… begini lah pula rumah kamu dan Adam… ya Maysa? Dengar-dengar kamu berdua sudah berkahwin kan?” Kata Sarah dengan nada yang lembut. Aku segera menyuruh Sarah keluar dari rumah aku tapi dia pula mula mengugut aku untuk memberitahu apa yang telah aku buat dengan Adam sehingga dia tidak kenal dengan aku. Aku cuba untuk mendiamkan diri namun Sarah cuba memaksa aku sehingga aku terpaksa memberitahunya.

Dua tahun sebelum hari ini, aku sedang bekerja di sebuah makmal terkenal di sebuah agensi sains. Aku merupakan salah seorang penyelidik utama dalam makmal itu kerana pencapaian aku selama ini. Pada suatu pagi, Adam tiba di makmal itu sebagai seorang intern pertukaran dari Amerika. Aku terkejut dengan ketibaannya dan tidak gembira tentang Adam. Adam bekerja dengan baik dalam makmal namun aku cuba untuk menyalahkan Adam sekiranya ada perkara yang tidak diingini berlaku. Akan tetapi, Adam hanya berdiam diri dan tidak cuba untuk membuat aku marah. Adam selalu cuba untuk memenangi hati aku dan berbuat baik kepada aku. Pada satu malam, hujan sedang turun dengan lebatnya dan aku dalam perjalanan untuk balik ke rumah. Setibanya aku di perhentian bas, aku ternampak Adam sedang berdiri tanpa payung. Aku rasa sangat kasihan dengannya dan meminjamkan payung aku kepadanya.

Sebaliknya, Adam mahu menghantar aku pulang dengan berkongsi payung itu. Apabila kami sampai di rumah aku, Adam mengeluarkan satu fail yang mengandungi lakaran gambar Adam yang aku lukis dahulu. Aku teringat saat sata aku melukis semua itu dan tanpa disedari, mengalirkan air mata. Tiba-tiba, kertas itu semua terbang ditiup angina dan aku segera memungut kertas itu yang ada di atas jalan raya. Sebuah kereta pula sedang memecut kearah aku sehinggakan aku ketakutan dan bingung. Adam dengan segera menolak aku ke tepi dan dia akhirnya dilanggar oleh kereta itu. Kereta itu segera emecut pergi meninggalkan kami berdua berada di tempat itu.Adam dihantar ke hospital pada malam yang hujan lebat itu dan aku berada disamping dia sepanjang malam itu. Disebabkan tragedi malam itu,kami berdua jatuh cinta dan membuat keputusan untuk bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience