BAB 4

Fantasy Completed 3331

Adam menanya aku tentang wanita yang bernama Sarah. “Sarah? Sarah Yusof ke yang jumpa kamu beberapa hari ini?” Aku menanya Adam dengan penuh rasa cemas. Adam sepertinya terkejut kerana aku tahu nama penuh wanita itu dan menanyakan siapakah wanita itu. Aku cuba menutup topik itu dengan mengakui wanita yang dijumpainya itu adalah rakan sekolahku dahulu. Pada malam itu, aku tidak dapat tidur dengan baik sehingga aku terpaksa makan pil tidur yang ada di meja solek aku. Pagi hari itu, aku mula memeriksa sistem Adam setelah dia pergi ke pejabat. Aku mendapati Adam telah berjumpa dengan bekas kekasihnya, Sarah Yusof.

Sejak hari itu, aku mula rasa gelisah dan berfikiran pelik. Aku sangat takut sekiranya Adam tahu tentang perkara sebenar. Aku mula rasa tidak berfikiran stabil sehingga aku bergaduh dengan Adam kerana patung barbie aku yang jatuh dari almari perhiasan. Pergaduhan kami diakhiri dengan kata-kata maaf Adam kepada aku. Patung barbie itu telah berada bersama aku sejak aku berumur 10 tahun. Patung itu merupakan hadiah yang diberikan mama kepada aku. Aku masih ingat kata-kata mama iaitu “Lebih baik bersendiri daripada bersama seseorang yang tidak mahu bersama kita” pada pagi hari jadi aku itu. Kehidupan aku sebagai kanak-kanak tidaklah seindah mana walaupun aku membesar dalam keluarga yang berada kerana mama dan papa jarang meluangkan masa bersama aku. Aku masih ingat apabila mama datang ke bilik aku dengan keadaan sangat mabuk dan ayah yang meninggalkan rumah dengan marah. Aku hanya mampu berdiam diri di bilik aku dengan patung barbie itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience