BAB 10

Fantasy Completed 3331

Buat masa ini, aku hidup dengan penuh rasa risau dan takut akan Adam. Aku mula meragui setiap perkara yang dilakui olehnya dan mula tidak mempercayainya. Namun, pada suatu malam, Adam telah memberitahu aku bahawa dia tidak pernah memendam perasaan benci atau dendam kepada aku. Sebaliknya, dia bersyukur aku berjumpa dengannya kerana telah diberikan peluang kedua untuk hidup walaupun sebagai seorang Cyborg.

Adam mengaku yang sebenarnya, dia telah menaruh perasaan yang benar kepada aku dan sudah tidak mencintai Sarah. Adam tahu yang cintanya terhadap Sarah hanyalah cinta monyet kerana dia tidak pernah tersentuh hatinya oleh seseorang yang dia tidak sangka. Dan orang itu adalah aku. Maysa si Raksasa dan saintis terkenal. Adam juga menjanjikan kehidupan yang indah bersamanya kerana dasar cintanya kepada aku. Aku mula merasa bersalah tentang semua ini terutama sekali kerana telah meragui Adam. Aku menelefon papa untuk memintanya melakukan sesuatu.

Semasa aku berada di bilik bersama Adam, aku telah membuat keputusan untuk meminum racun dan membunuh diri aku agar Adam boleh bersama seseorang yang lebih baik. Perbuatan aku telah menyebabkan Adam sangat terkejut dan segera menelefon papa. Papa akhirnya menyelamatkan aku dengan menukarkan aku menjadi cyborg sama seperti Adam agar aku tidak dapat menyedihkan Adam dengan perbuatan aku lagi.

Aku dan Adam bersama ibubapa ku telah berkumpul di sebuah restoran untuk makan malam. Mama berbual dengan aku serta Adam dengan ramahnya dan memberi kami pelbagai nasihat sebagai pasangan. Adam pula memberitahu semua betapa bersyukurnya dia dengan adanya papa ketika aku hampir pergi meninggal dunia kerana papa telah menyelamatkan aku. Akan tetapi, tidak Adam mahupun mama tahu yang papa telah menjadikan aku seorang cyborg dan telah menyebabkan dia menangis dengan teresak-esak di meja makan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience