BAB 7

Fantasy Completed 3331

Pada hari ini, Aku memberitahu Sarah yang sebenarnya Adam telah mula mencintai aku setelah dia kembali dari Amerika dan terutama sekali sejak malam itu. Sarah hanya tertawa dengan ayat aku itu. Dia menunjukkan gambar yang dia telah bertunang dengan Adam beberapa bulan sebelum Adam bersama aku. Aku bergegar dan cuba menahan diri aku daripada marah. Sarah memberitahu aku sebenarnya mereka berdua hamper berkahwin namun secara tiba-tiba Adam membuat keputusan untuk putus tunang dan sambung belajar di Amerika. Tidak lama kemudian, dia mendapat tahu yang Adam telah bersama dengan aku. Sarah yakin yang Adam mahu bersama aku kerana hasil penyelidikan aku kerana Adam tidak pernah suka aku sebagai wanita.

Selepas memberitahu aku semua itu, Sarah berlalu pergi dari rumah ku meninggalkan aku yang masih terkejut dengan semua ini. Aku teringat perkara sebenar yang berlaku pada malam itu. Sebenarnya, Adam telah menghembuskan nafas terakhirnya pada malam itu. Kerana aku bingung , aku segera menghubungi papa untuk datang ke rumah ku. Pada masa itu, papa tidak mahu menolong aku kerana dia tidak mahu berkaitan dengan perkara sebegini. Lebih – lebih lagi dengan kematian seseorang. Namun, aku tekad untuk menyelamatkan Adam dan merayu dengan papa untuk membantu aku. Papa menanyakan aku apakah cara untuk menyelamatkan Adam yang telah meninggal dunia. Aku menjawab papa dengan satu perkataan sahaja iaitu “Cyborg”.

Malam itu, kami berdua telah menukar hidup Adam sebagai seorang cyborg dan pada awalnya, kami beranggapan semua ini tidak akan Berjaya namun sebelum papa pergi, nadi Adam telah mula menunjukkan signal yang dia masih hidup. Untuk berbulan lamanya, aku telah membantu Adam untuk menjadi seperti manusia lagi. Aku telah memprogramkan pelbagai benda ke dalam sistem badannya seperti Bahasa, perasaan, dan banyak lagi. Akan tetapi, berbulan lamanya juga Adam tidak membuka matanya dan hanya baring di atas katil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience