BAB 3

Fantasy Completed 3331

Tiba- tiba, seorang pelajar telah mahu menukar pasangannya dengan aku dan pelajar itu ialah Adam. Selepas kelas itu, aku dan Adam pergi ke perpustakaan untuk membincangkan tentang idea aku untuk projek ini. Idea aku adalah tentang teknologi cyborg dan sudah menjadi impian aku untuk membuat cyborg. Adam sangat suka dan terpesona dengan idea cyborg aku. Hari demi hari, kami berdua akan bekerja bersama untuk menyiapkan projek kami. Pada satu petang, semasa kami berbincang, Adam memberikan aku kasut yang berwarna kuning sebagai hadiah hari jadi. Sejak hari itu, aku menjadi teman wanita Adam dan hidup aku sangat gembira. Gambar kami berdua juga telah di ambil ketika kami berada di satu parti di kampus kami. Gambar itu kini berada di meja bilik tidur aku dan Adam. Itulah kisah silam yang aku ceritakan kepadanya pada malam itu. Sebelum kami tidur, Adam menanyakan aku soalan tentang hadiah harijadi yang dibaginya kepadaku kerana hari jadi aku sepatutnya 37 hari selepas hari itu. Aku hanya mampu senyum dan menyuruhnya tidur.

Keesokkan harinya, kami mulakan pagi kami seperti biasa. Aku memberi suamiku payung setelah membaca ramalan cuaca pada hari itu. Setelah Adam meninggalkan rumah, seorang wanita telah berjumpa dengan Adam dan merayu agar Adam memeriksa laman web yang dia bagi. Wanita itu juga memperkenalkan dirinya sebagai Sarah dan mengaku dirinya sebagai seorang wanita penting di hidup Adam. Adam tidak layan rayuan Sarah dan segera berlalu pergi ke pejabatnya. Ketika Adam berada di pejabat, fikirannya dipenuhi tentang wanita yang datang kepadanya sejak beberapa hari lepas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience