BAB 5

Fantasy Completed 3331

Sebenarnya, setiap perkara yang telah aku beritahu kepada Adam, ada yang telah aku manipulasi. Aku tidak mahu Adam mengenali Sarah yang merupakan kekasihnya dahulu. Semasa kami menyiapkan projek sains kami, sebenarnya Sarah ada di dalam kumpulan kami. Adam tidak pernah mencintai aku dan kasut berwarna kuning yang Adam beri sebenarnya bukanlah untuk aku tapi untuk Sarah. Sedangkan parti yang aku pergi bersama Adam itu, sebenarnya kami pergi bertiga bersama Sarah. Tetapi ada sesuatu yang telah membuatkan aku benci kepada Sarah. Dia tahu yang selama ini aku telah melakarkan wajah Adam di buku nota aku. Sarah tahu tentang semua itu dan telah membuatkan Adam tahu tentang perasaan yang telah aku pendam selama ini. Setelah semua ini berlaku, aku telah cuba untuk mengasingkan diri aku daripada mereka sehingga aku menjadi graduan di universiti.

Papa telefon aku pada satu hari dan bertanya tentang Adam. Ayah mahu “meminjam” Adam untuk Forum Sains Masa Hadapan Dunia yang akan diadakan pada 3 hari lagi. Aku merasa sangat marah dan tidak setuju dengan idea papa. Papa tahu yang Adam merupakan seorang cyborg dan kewujudannya akan mencetuskan fenomena cyborg yang akan diterima ramai. Namun, aku tahu yang semua ini akan memusnahkan hidup Adam dan aku membuat keputusan untuk menolak permintaan papa.

Tidak lama setelah panggilan telefon papa, seseorang telah datang ke rumahku. Aku pergi ke pintu dengan perlahan dan berfikir sama ada aku mahu membuka pintu itu atau tidak. Selepas beberapa ketukan, aku membuka pintu dan Sarah Yusof berada di hadapan pintu. Aku terkejut dengan ketibaan Sarah dan dia pula segera masuk ke rumah dengan tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience